Posts

Showing posts from January, 2011

Cuti Pertengahan Semester

Salam untuk semua...=)
Kali ni aku mau cakap sikit pasal hidup sebagai sseorang student di universiti. huhu. Sepatutnya sekarang ni aku sudah mula bercuti sebab sekarang ni tengah cuti pertengahan semester. Tapi, aku sebagai rakyat Sabah, dan Sabah itu terletak nun jauh di sana, aku tidak dapat balik...Tapi tidak apa, sebab banyak kerja yang mau dibuat dan disiapkan secepat mungkin. Kerja? Ya itulah yg aku mau ceritakan disini.
Untuk semester ini, ada 6subjek dan kesemuanya adalah subjek undang-undang sivil, maksudnya subjek untuk syariah, sudah habis...Alhamdulillah...Jadi semua subjek diajar dalam bahasa English..
Mahu cerita pasal tugasan untuk semester ni yang bertimbun-timbun plak. 
Untuk subjek Land Law II sahaja ada 3 tugasan yg kena siapkan. Sebenarnya tidak susah, tetapi kerja ni memerlukan penelitian dan kerjasama dari ahli kumpulan aku. Aku kena berkerjasama dengan ahli kumpulan aku walaupun pada hakikatnya aku ni jenis yang tidak suka buat kerja dalam kumpulan, lebih suka buat…

~~ Satu Cinta ~~

Image
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku… Keimananku…
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri Ku percaya Engkau bisa meneguhkan Pendirianku… Keimananku…
Engkau satu cinta Yang s’lamanya aku cari Tiada waktu ku tinggalkan Demi cintaku kepada-Mu Walau seribu rintangan Kan menghadang salam diri Ku teguhkan hati ini Hanya pada-Mu Ku pasrahkan…
Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini Dari segala fatamorgana dunia Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini Dari hidup yang sia-sia

..4 aspek pengukur kejayaan..

Bermula daripada tadika, kemudian di sekolah rendah dan akhirnya ke sekolah menengah, kita didedahkan dengan pelbagai matapelajaran. Subjek sains seperti biologi, fizik, kimia dan matematik membolehkan kita mahir menggunakan otak kiri agar dapat mengendali fikiran yang rasional dan logik. Subjek-subjek seni dan sastera seperti bahasa, geografi dan sejarah pula memacu otak kanan agar lebih intuitif dan emosional.

Sejak darjah satu hingga ke tingkatan lima, kita bertemu dengan berpuluh-puluh orang guru yang mengajar kita berbelas-belas mata pelajaran. Andainya kita belajar dengan 7 orang guru bagi setiap matapelajaran daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti Guru Besar, Guru Disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu!

Sudah tentu, seandainya ki…

Sangat Tinggi Nilainya...

Salam, aku mahu kongsi sesuatu dengan kalian...
Lirik lagu ini jika dihayati, sangat bernilai dan penuh dengan semangat yang mampu buat aku sendiri rasa utk melakukan sesuatu yg terbaik dalam apa jua perkara...
Apa yang paling penting..."Tak Kenal putus asa!!"~~~~


JANGAN MENYERAH - D'MASIV
Tak ada manusia Yang terlahir sempurna Jangan kau sesali Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah Dapatkan cobaan yang berat Seakan hidup ini Tak ada artinya lagi
Syukuri apa yang ada Hidup adalah anugerah Tetap jalani hidup ini Melakukan yang terbaik
Tak ada manusia Yang terlahir sempurna Jangan kau sesali Segala yang telah terjadi
Tuhan pasti kan menunjukkan Kebesaran dan kuasanya Bagi hambanya yang sabar Dan tak kenal Putus asa   


p/s: memang baik kalau didengar ketika diri rasa terlalu sedih, tak mampu buat yg terbaik... we deserve to do the best, coz we are created to get the best in life and hereafter...

Jangan Menyerah

Renungan Bersama

KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA RASA KECEWA? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." -Surah Ali-Imran ayat 139
BAGAIMANA H…

Kejayaan Hakiki

Image
Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. PNGK 4.o menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan. Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.
Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta. Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperoleh hasil titik peluh dan …