09 December 2025

The Journey of Vally

"Kenapa kita jatuh? Supaya kita belajar untuk naik semula" - Batman Begins

Kata-kata itu sebenarnya membawa makna yang cukup mendalam dalam kehidupan kita. Kadang seseorang perlu melalui masa susah, masa jatuh, masa berada di bawah untuk memerhati bagaimana orang lain boleh berada di atas. Maka percayalah, jika kita melalui perjalanan seperti ini, perjalanan hidup kita sebenarnya cukup indah dan bermakna.

Penulisan ini saya ingin membawa semua memahami dan memerhati bagaimana perjalanan seorang insan yang mungkin boleh saya katakan pernah jatuh dan berusaha untuk mendaki tangga perlahan-lahan menuju suatu kedudukan yang saya kira cukup membanggakan.

Saya mengenalinya dengan nama Fernandle Yusof sewaktu berusia 15 tahun iaitu ketika dia berada di Tingkatan 3. Perwatakannya agak pendiam ketika bersama saya di dalam kelas, namun sedikit lantang bersuara ketika bersama rakan-rakannya. Sepanjang dan semasa pembelajaran, dia agak pasif dan agak sukar untuk mendengar lontaran idea darinya. Mungkin subjek PSV yang saya ajar itu bukanlah subjek kegemarannya, maka baginya cukup sekadar memberi perhatian dan dapat jawab soalan peperiksaan itu sudah memadai. Hari demi hari, saya memerhati gerak laku dan perwatakannya di dalam kelas, bagaimana dia berinteraksi dengan rakan-rakan, bagaimana dia menyiapkan tugasan, bagaimana dia memberikan komitmen dalam subjek lain, itu semua saya perhati setiap hari. 

Sehinggalah suatu hari saya melihat potensi terpendam dalam dirinya. Dari situ saya mula mendekatinya, cuba mengetahui keminatan dan daya geraknya dalam akademik mahupun sukan. Suatu hari ketika sedang menaiki tangga menuju ke kelas saya, saya terserempak dengannya dan pada ketika itulah saya mula berinteraksi dengannya secara lebih dekat. Hari demi hari, hari berlalu sehinggalah ujian akhir tahun pun bakal tiba. Pada waktu ini, saya sudah mula membantunya dan di sinilah bermulanya perjalanan seorang Vally.

Kisahnya bermula ketika murid Tingkatan 3 perlu menduduki Ujian Kelayakan untuk memasuki kelas-kelas khas di Tingkatan 4. Saya secara peribadi yang sudah mengenalinya, mahu Vally berada di kelas Perniagaan atau Geografi sahaja kerana pada penilaian saya, dia hanya layak untuk dua kelas tersebut. Namun saya tidak menghakiminya bersendirian, saya cuba mengorek keinginannya di mana kelas yang dikehendakinya. Ternyata dia sendiri hanya menginginkan atau target kelas Perniagaan sahaja. Maka bermulalah persiapan kami untuk memastikan dia mendapat tempat di kelas Perniagaan. Antaranya kami luangkan masa di dalam kelas pada waktu rehat untuk mengulangkaji tajuk @ pelajaran dalam Perniagaan. Keputusan ujian kelayakan tersebut telah dikeluarkan dan saya agak terkejut apabila dapat tahu bahawa Vally layak masuk ke kelas Sains. Namun, bagi saya kelas Sains terlalu tinggi dan perlukan komitmen yang tinggi darinya yang juga aktif dalam bidang sukan. Maka, saya berharap dan bersetuju sekiranya dia ditempatkan di kelas Perniagaan. Akhirnya, nama Fernandle Yusof diletakkan dalam senarai kelas Perniagaan. 

Namun... ia tidak berakhir di situ. Di sinilah kami sudah membuat satu ikrar untuk pastikan dia sentiasa berkembang dan menunjukkan peningkatan. Maka terhasillah beberapa syarat dan peraturan, di mana jika syarat dan peraturan tersebut berjaya dicapai dan dikekalkan, dia akan memperoleh penghargaan daripada saya. Syarat dan peraturan itu meliputi aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin. Antaranya ialah perlu datang awal ke sekolah sebelum pukul 6.50 pagi, berada kekal di kelas Perniagaan sehingga pertengahan tahun, tidak melakukan kesalahan disiplin dan mewakili kokum hingga peringkat daerah sahaja. Ternyata Vally bukan seorang yang mudah mengaku kalah, inilah sifat dan sikap yang sangat positif dalam dirinya. Dia sanggup penuhi kesemua syarat tersebut dan berjaya kekalkannya. Sejujurnya saya bukanlah ingin menyeksa atau menyusahkannya, tetapi itu adalah disiplin supaya dia dapat memperbaiki dirinya kepada sesseorang yang lebih baik. Dan ternyata dia berjaya melepasinya.

Sepanjang dia berada di Tingkatan 4, saya sentiasa memerhati dan mengikuti perkembangan akademiknya. Dalam bidang sukan pula, saya tidak menghalang dan hanya menyokong, dari segi membantu secara teknikal, itu bukan bidang saya. Dalam bidang akademik dan sahsiah di sekolah, itu dalam kemampuan saya dan itulah yang cuba saya usahakan kepadanya. Saya masih ingat sewaktu kami memeterai perjanjian dengan syarat-syarat tersebut, dia memang mahu berjaya dalam hidup dan perjanjian kami cukup mudah, dia benarkan saya untuk membantunya, dan dia pula perlu ikut apa yang saya tetapkan. Orang cakap itu adalah win-win situation. 

Keadaan semakin menjadi serius apabila memasuki alam SPM di Tingkatan 5. Di sinilah bermulanya detik-detik membuat pilihan, dapat apa yang dipilih, dan terlepas apa yang tidak dipilih. Sejujurnya saya banyak memberikan pilihan kepadanya hanya untuk memastikan masa depannya tidak terjejas kerana perkara yang kurang penting. Antara situasi yang dia perlu pilih ialah menyertai sukan ke peringkat negeri, dalam masa yang sama dia terpaksa tertinggal dalam pelajaran, dan kesannya ialah saya terpaksa kurangkan perhatian kepadanya. Namun seperti yang saya beritahu awal tadi, Vally ini seorang yang sukakan cabaran dan tidak mudah menyerah kalah. Justeru dia sanggup hilang sesuatu yang penting buat sementara waktu demi mendapatkan apa yang dia mahu, kemudia selesai sahaja hajatnya itu, dia kembali mengejar apa yang telah dia tinggalkan. Saya sebagai seseorang yang rapat dengannya sentiasa menyokong apa yang dia lakukan walaupun ada waktunya ada sedikit kekecewaan namun itu bukan bererti saya kena berhenti dari niat asal kami. Orang cakap "sebelum kau berhenti, kau fikir semula kenapa kau mulakan". Dengan memegang prinsip inilah saya terus cuba sebaik mungkin untuk membantunya.

Hari demi hari, peperiksaan pertengahan tahun pun tiba dan pencapaiannya agak baik. Saya sangat bangga dan berharap ia akan menjadi lebih baik pada peperiksaan percubaan nanti. Namun, apa yang berlaku sebelum percubaan ialah dia dipilih untuk mewakili sukan ke peringkat yang lebih tinggi. Sejujurnya saya mula risau. Saya sangat berharap dia buat pilihan yang tepat. Namun, dia memilih untuk menyertai pasukan sukan tersebut. Saya pula semakin risau. Dia terpaksa letak usaha berkali ganda supaya tidak tertinggal jauh daripada rakan-rakan lain. Pada waktu ini, hanya doa dan harapan sahaja yang mampu saya titipkan. Peperiksaan percubaan pun berlalu, keputusan pun tiba. Ada beberapa subjek beliau mengalami sedikit penurunan. Hal ini memberi kesan kepada saya kerana sepatutnya pencapaiannya menuju lebih baik namun apa yang berlaku sebaliknya. Saya cuba menyusun apa yang saya boleh bantu, membeli buku persediaan yang boleh membantunya untuk naik semula. Beberapa bulan berlalu, perkembangan positif boleh dilihat dalam pencapaiannya akademiknya. Hasilnya, dia tersenarai dalam Top 10 murid terbaik percubaan SPM 2025. Tetapi itu hanya percubaan, SPM sebenar belum bermula dan itulah kesudahan yang benar.

Hari peperiksaan SPM sudah tiba dan berlalu dengan debaran demi debaran. Saya sanggup meninggalkan jawatan sebagai Ketua Pengawas semata-mata ingin melihat batch mereka menduduki peperiksaan. Saya sanggup datang ke dewan untuk pastikan dia sentiasa positif masuk ke bilik peperiksaan. Tarikh 10 Disember 2025 pada hari rabu, merupakan tarikh keramat buat insan bernama Fernandle Yusof @ Vally, kerana pada waktu inilah kertas terakhir SPM iaitu Perniagaan bakal didudukinya. 

Percaya atau tidak, setiap kisah yang saya ceritakan, telah berlaku saat dia berada di bawah, kemudian dia belajar untuk naik semula. Vally yang saya kenal inilah yang membuatkan saya berasa bangga mengenalinya, tidak mudah putus asa, sentiasa mendengar nasihat dan cuba buat yang terbaik.

Dari tahun 2023 hingga 2025, perkenalan saya dengan insan bernama Vally bermula tanpa direncana. Meskipun Vally akan tamat persekolahan pada tarikh itu dan berakhir statusnya sebagai seorang murid SMKT, namun hubungan saya dengannya tidak akan berakhir, kerana saya sudah menganggapnya seperi anak saya sendiri. Peperiksaan SPM mungkin sudah berakhir, namun kehidupan fasa baharu sudah bermula. Semoga ukhuwah ini berpanjangan dan Vally yang saya kenali akan tetap menjadi dirinya sendiri, bukan Vally yang berbeza.

Vally @ Kompleks Nabawan, 2023


Sekian coretan saya tentang perjalanan seorang insan bernama Vally ke arah yang lebih baik dan saya yakin Vally akan menjadi harapan kepada semua di masa hadapan.


Nota;
Sekadar perkongsian peribadi dari saya, diharap tidak disalah erti.

07 December 2023

Scrabble Competition Keningau District Level Year 2023

 

Pertandingan Scrabble yang disertai oleh wakil dari SMK Tulid iaitu Azza Raihana dan Nuradila Binti Jalil telah memenangi tempat ketiga. Pasangan ini telah berlatih hampir setahun dan berlatih dibawah bimbingan jurulatih dalam hanya 3 hari sahaja.

Sedikit rumusan mengenai pertandingan, kalah disebabkan sistem yang kurang jelas dan jika mengikut mata dan kekuatan, pasangan ini sebenarnya layak ke peringkat akhir. Apapun, terima keputusan dengan hati terbuka dan mungkin ada hikmah untuk pertandingan akan datang.

Syabas dan tahniah buat kedua-dua peserta. 

Terima kasih juga buat Andre Onesimus yang sudi menjadi "guru praktikal" dan memberi motivasi kepada peserta. 









11 June 2023

Suatu Kisah Yang Tak Terlupakan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah

Sujud syukur, Dia Maha Mengetahui

Tarikh keramat 8 Jun 2023 menentukan semuanya, menjawab persoalan "adakah kisah penat lelah, tawa ria, keluh kesah selama setahun membawa khabar gembira atau duka?".

Kisahnya bermula di kantin seawal pagi, hati penuh debar cuba meneka adakah aku akan menerima khabar gembira atau sebaliknya untuk keputusan SPM 2022 ini. Cikgu Addelley menunjukkan Analisis Keputusan SPM 2022 di telefonnya kepadaku, mataku terus berlari melihat dan mencari subjek Pendidikan Islam. Jantung? Jangan cakaplah, diam aku waktu ini tapi hanya Tuhan saja tahu bagaimana keadaannya hatiku. Apabila melihat tertulis 4.03, aku tarik nafas dalam & cuba senyap, diam seketika. Selepas 10 saat, mulutku tak henti ucap "alhamdulillah ya Allah.... alhamdulillah.... alhamdulillah....". Kemudian Tuan Arudin (PK Kurikulum) pula datang dan duduk di depanku lalu mengucapkan kata tahniah kepadaku dan menyatakan bahawa hampir separuh calon memperoleh kepujian dan cemerlang untuk subjek Pendidikan Islam. Jawabku dengan pantas "Allahuakbar... saya mahu tahu bilangan murid yang dapat A sahaja sekarang ni tuan.." Namun Tuan Arudin menjawab "belum lagi dikeluarkan..". Sejujurnya pada waktu ini hati aku masih belum cukup tenang. 

Selesai saja sarapan di kantin sekolah, aku terus naik ke surau sekolah, sujud syukur atas sejadah hijau iaitu sejadah yang aku selalu guna untuk solat & berdoa mohon agar Allah swt permudahkan urusanku di sekolah. Selang beberapa saat, maka berjuraianlah gugur air mata lelaki aku. Terima kasih Allah. Allah swt menjawab doaku, Allah swt melihat usaha kami, Allah swt mengetahui perjalanan susah & payahku. Selesai di surau, aku segera ke bilik guru dan teriak sekuatnya "Azmannnnnnn... aku mahu tengok analisis keputusan..". Rakan-rakan lain yang ada dalam bilik guru mengucapkan kata tahniah tanpa henti kepadaku. Terima kasih atas ucapan kalian semua.

Perkara pertama yang aku tanya kepada Cikgu Azman, "aku mahu tahu ada calon dapat A+ atau tiada..?". Cikgu Azman pantas menjawab.."Ada sid, satu orang......" Ya Allahhhhhh bertambah lagi debaranku pada saat ini. Berlegar-legar di kepalaku beberapa nama murid yang memang aku sasarkan untuk dapat A+. Ternyata calon yang aku target A+ itulah orangnya, Siti Asnnie. Aku teruskan dengan melihat keputusan semua calon Pendidikan Islam yang lain. Mulutku tak henti ucap alhamdulillah. Hatiku pula tak henti membayangkan wajah-wajah anak didik yang bakal aku temui (ambil keputusan).


KEPUTUSAN SPM 2022

GPMP Pendidikan Islam : 4.03     |     93.33% lulus

peningkatan 1.01 daripada GPMP 2021 iaitu 5.04.

11 orang calon memperoleh gred cemerlang (kombinasi A+, A, A-)


Batch 05 SPM 2022

Aku sejak awal lagi sudah berkali-kali meratib, menyimpan satu impian yang sangat besar, bahawa Batch 05 SPM 2022 ini akan mencipta satu sejarah di bumi Tulid untuk Pendidikan Islam. Aku tidak putus-putus meminta mereka untuk membantu aku merealisasikan impian ini. Setiap kali dalam kelas, aku terkadang pernah terlanjur memarahi beberapa orang murid, aku akui bahawa aku khilaf dalam hal ini. Aku terlalu ikutkan emosi dan perasaan diri untuk capai impian yang terlalu tinggi. Namun dalam masa yang sama aku juga sedar bahawa apa yang aku lakukan ini adalah demi kebaikan mereka, no pain no gain, aku takut keselesaan membawa kepada penyesalan.

Semakin hari semakin dekat kepada peperiksaan, aku semakin berdebar. Setiap hari melihat dan menganalisis jawapan pada lembaran kerja mereka. Mana yang aku sudah berpuas hati, aku akan galakkan untuk terus mengulangkaji. Mana yang aku kurang puas hati, aku akan sebut dengan jelas nama mereka dalam kelas agar mereka tahu merekalah yang aku fokus, lantas mereka akan buat perubahan dan perbaiki diri.  Selain itu, beberapa siri bengkel teknik menjawab dilaksanakan untuk bantu mereka, iaitu sebanyak 4 kali. Alhamdulillah apa yang membuatku berasa gembira ialah apabila melihat prestasi mereka semakin meningkat. Buktinya, mereka mampu menjawab semua soalan secara spontan sewaktu Program Madinatul Ilmi di peringkat Daerah. Pada waktu itu, keyakinan aku bertambah bahawa mereka pasti akan berjaya mencipta sejarah untuk Pendidikan Islam SMK Tulid jika mereka berterusan sebegitu.

Kepada Batch 2005, ucapan terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan atas hadiah yang tak terlupakan ini. Pastinya kisahku bersama kalian, detik-detik suka dan duka, akan menjadi suatu kisah yang tak terlupakan. Apapun keputusan yang kalian raih, itu adalah hasil usaha yang Tuhan telah tentukan buat kalian. Reda dan pasrah, pasti akan ada hikmah atas setiap kejadian. Pesanku "ingat daku dalam doamu" itu sebenarnya penuh makna.

  1. Siti Asnnie Binti Abdullah
  2. Trecy Jay Aznina Binti Abdullah
  3. Saidatul Nabila
  4. Sazila Binti Philip
  5. Nurul Ain Farhanie Binti Narisin
  6. Mohamad Alif Asnif Bin Ramlee
  7. Fatin Nurrasidah Binti Eging
  8. Syakirah Binti Salim
  9. Noorshafika Atira Binti Zainal Abidin
  10. Yasmin Binti Amzath Zunaith Khan
  11. Akmal Hasyaraf Bin Hamzah
  12. Nur Farah Adila Binti Mohamad
  13. Nur Sakinah Binti Benny
  14. Aiman Bin Walter
  15. Norhasniza Binti Abdullah
  16. Siti Nur Rafidah
  17. Nazwa Sherah
  18. Nurauni Balqis Binti Rais
  19. Rynnymarzilla Binti Lawrence
  20. Nurazlina
  21. Hazlee Zayfyqrie
  22. Sitijaimah Binti Mahadi
  23. Azfaizal Bin Kamisin
  24. Fatihatul Jannah Binti Nicholas
  25. Shafarina Nadia Binti Abdullah
  26. Mohd Ikhbal Bin Sainin (Pl)
  27. Nur Nisraina Binti Justine @ Gazali Saloh
  28. Mohd Sabire Bin Molintas
  29. Mohammad Ezlan Bin Suin
  30. Muhammad Hakim Bin Abdurrashyid
  31. Jusinta Binti Marcus





























































Sekian, wasalam.

Acid Khoudri
11.06.2023
Sook, Sabah