27 September 2022

Hari Keusahawanan SMK Tulid Tahun 2022

 

Assalamualaikum Wbk

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka Hari Keusahawanan SMK Tulid bagi Tahun 2022 dapat direalisasikan dengan penuh kesederhanaan.

Banner Hari Keusahawanan yang direka dan disunting sendiri oleh AK. Dibuat semasa AK sedang bercuti bersama keluarga di Polumpung Kota Belud.

Hari Keusahawanan atau Karnival Koperasi kali yang terakhir telah dijalankan pada tahun 2018. Setelah beberapa tahun berlalu akibat pandemik dan beberapa kekangan, maka karnival koperasi tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2019, 2020, 2021. Syukur pada tahun ini, meskipun jalan kerja untuk program ini dilaksanakan agak kelam kabut, berkat kesabaran dan komitmen seluruh warga sekolah, dapat juga kita sama-sama merealisasikannya.

13 buah persatuan dan beberapa organisasi yang melibatkan diri dalam program pada tahun ini. Kesemua gerai jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan dapat menggandakan pendapatan masing-masing. Tidak dinafikan banyak penambahbaikan yang perlu dibuat pada program akan datang.

Insha Allah, jika tiada masalah dan kekangan, Hari Keusahawanan akan dilakukan lagi pada tahun 2023 sekitar bulan September, iaitu merupakan program penutup sempena sambutan Hari Kebangsaan.


































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































14 March 2022

Berat... Namun Ku Gagahkan Jua...

Amanah & Tanggungjawab 2022

AK pada tahun ini memikul amanah dan tanggungjawab yang agak berat apabila dilantik menjadi salah seorang ketua untuk barisan pengawas SPM di salah sebuah pusat di daerah AK berkhidmat ini.

Alhamdulillah syukur AK diberikan petugas dan rakan yang sangat komited.

Semoga kita dapat lagi berkerjasama di dalam satu pasukan di masa akan datang.

Jangan segan untuk tegur AK jika ada kesilapan, 

dan jangan malu untuk bagi nasihat jika AK ada buat kesalahan.


Barisan petugas dan pembantu AK yang sangat komited =)


Brownies yang sedap dan lazat. =)



Ust Sofwan yang banyak membantu.


Gambar sekitar jamuan ringan untuk hari penuh kehadiran petugas.
14.03.2022

Sekian, Wasalam.


27 December 2021

Tamat KDC dengan manis

 Throwback 

Tamat cerita KDC tahun 2019

Diploma Pendidikan Lepas Ijazah 
(DPLI) Pendidikan Islam Sekolah Menengah
Kursus Dalam Cuti (KDC)

Alhamdulillah..
Terima kasih buat semua rakan sekelas sewaktu KDC
Kelas SM1 Banggi
(dan semua kelas sm/sr)
IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu

Tanpa bantuan kalian, 
siapalah aku, 
mati kutulah aku. 
hahaha

Pengalaman waktu KDC..
Datang awal pagi
Balik lewat malam
Kelas direct & full seharian
Rehat 1 jam saja
Assignment bertimbun
Pembentangan berulang kali
Exam di dewan panas
Lambat masuk dewan exam
Stay up waktu study week
Ulangkaji ala-ala membentang sebelum exam
Makan-makan dalam kelas
Pensyarah strict
Pensyarah santai
BIG
Aktiviti Kokum
Praktikum
dan banyak lagi

mana yg baik, ikutlah.. 
mana yg tak baik, jangan ikut pula :)

Resepi kejayaan KDC :
1. Bantu kawan, kawan bantu kita.
2. Banyak baca, jawab exam tak gelabah.
3. Banyak minta nasihat & pendapat kawan.
4. Kalau ada info @ nota, kasi share sama orang lain.





p/s :
Ini adalah post aku terakhir tentang KDC. Tiada lagi pasal assignment @ kdc selepas ini. Jazakumullah khairan.