18 March 2011

Tajdid iman: 4 keperluan bentuk Muslim sejati

JANGAN salahkan Islam jika anda mengenali seorang Muslim yang jahat perangainya, hidup di kawasan perkampungan Melayu kotor atau anak mereka kaki dadah, merempit dan liar. Karma kemiskinan dan kebodohan membelenggu hidup mereka. 

Adakah gambaran seperti ini mewakili nilai Islam? Sama sekali tidak. Agama ini begitu suci, sempurna dan relevan sepanjang zaman. Hanya pengikutnya yang tidak memahami dan tidak mahu mengamalkan ajarannya saja mencemar imej Islam.

Bagaimanakah Islam membentuk keperibadian pengikutnya? Bukankah sudah lahir tamadun Islam yang paling agung pada zamannya selama 800 tahun berkuasa di dunia ini? Bolehkah kegemilangan itu berulang kembali? 

Untuk membentuk imej Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seorang Muslim perlu memenuhi empat keperluan asasi bagi dirinya iaitu:


Riadah sebagai bekalan jasmani. Rasulullah SAW menggesa umatnya memiliki kekuatan fizikal seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Bersungguhlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan Allah dan jangan lemah.” (Hadis riwayat Muslim) 

Kekuatan fizikal hanya dapat dimiliki mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat iaitu seperti penjagaan kesihatan badan, gaya pemakanan seimbang dan senaman secara teratur. Bagaimana umat ini boleh berdiri sama tinggi dengan orang Barat atau Eropah yang jauh lebih maju dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan mereka, jika kita berdiri sebagai seorang pemuda Islam yang memiliki ciri 3G iaitu gemuk, gebu dan gempal.

Padahal, Baginda SAW melatih sahabatnya dengan aktiviti lasak seperti berenang, berkuda, memanah, bermain tombak dan pedang. Terbukti kekuatan fizikal mereka mampu mengalahkan tentera kufar dengan perbandingan satu lawan sepuluh.


Ibadat sebagai bekalan rohani. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” Ketenangan hati dalam sembahyang dan zikrullah, puasa dan sedekah diharapkan mampu melahirkan insan menyeluruh. Kesucian terpancar daripada hati dan kemuliaan tergambar lewat tabiat yang digayakan.

Hanya dengan ibadat kemantapan modal insan terbentuk dalam keperibadian kita. Satu kekuatan yang tidak pernah dimiliki orang kafir adalah kekuatan roh dan jiwa yang diisi dengan ibadat. Tanda orang yang taat beribadat ialah boleh mengawal hawa nafsu, dekat dengan Tuhan dan jelas matlamat hidupnya.

Jika ibadat tidak dapat melahirkan jiwa yang sebegini maknanya ibadatnya itu perlu dipersoalkan, mengapa tidak memberi kesan pada peribadinya? Sesungguhnya tiada jurang pemisah antara ibadat dan perniagaan, ibadat dan belajar, ibadat dan bekerja kerana segala perbuatan baik yang diniatkan untuk reda Allah adalah inti ibadat.

Semestinya yang paling berjaya merebut peluang perniagaan adalah mereka yang kuat beribadat, mereka yang bijak pandai semestinya juga adalah ahli ibadat. 


Ilmu bekalan untuk akal. Ilmu duniawi harus seiring sejalan dengan ilmu agama supaya tidak terjadi kepincangan dalam keperibadian kita. Asas ilmu agama seperti aqidah, ibadat, akhlak dan syariah menjadi rujukan utama yang menterjemah nilai al-Quran dan hadis. Tidak cukup belajar membaca al-Quran saja tanpa mendalami tafsir, mengupas bab muamalat Rasul SAW dalam kumpulan hadis Baginda SAW.

Pendekatan yang diguna pakai dalam menghayati ilmu amat pelbagai, ada yang menitikberatkan bacaan tanpa hafalan atau cuba menulis apa yang dituntut. Semuanya bertujuan mendekatkan kita kepada Allah SWT dan meletakkan kita pada barisan orang yang mengikut jalan Rasulullah SAW.

Daripada ilmu berbuahlah amal, jika kita tidak berada pada majlis ilmu dalam jangka masa yang lama, mungkin kita akan berasa semakin jauh daripada hidayah Allah Taala. Petunjuk yang menerangi hati dan mententeramkan adalah ilmu agama. Di sana kita belajar bagaimana menyucikan hati, menguatkan keyakinan dan melakukan amal yang sahih. Dengan ilmu seolah-olah Tuhan membukakan jalan yang luas menuju syurga-Nya.

Ilmu yang bermanfaat perlu diikat dengan bacaan, tulisan dan penyampaian kepada orang lain. Ilmuwan yang tidak mahir menulis, kurang membaca atau tidak gemar memberi tunjuk ajar akan mengalami gejala kekurangan bekalan maklumat dan penurunan tahap intelektual. Jika pepatah menyatakan makin menuntut makin berasa banyak yang kita tak tahu, bagaimana dengan yang tidak menuntut tentu lebih teruk ketinggalan.


Seni sebagai bekalan emosi dan perasaan. Manusia diciptakan selain memiliki jasad dan hati serta akal, ia juga dibekal dengan satu kekuatan yang perlu diurus supaya hidupnya sempurna. Kekuatan itu ialah emosi atau perasaan semula jadi yang Allah ciptakan untuk kita.

Pada fitrahnya manusia perlukan sentuhan pada perasaannya dengan mendengar syair atau lagu, puisi atau kisah indah yang mempunyai nilai sastera yang tinggi. Hal ini adalah keperluan asasi bagi manusia disamping ilmu, ibadat dan riadah. Nabi SAW mempunyai penyair yang hebat seperti Hasan bin Tsabit. Sahabat juga suka melantunkan syair perjuangan dan persaudaraan. Islam memberi ruang untuk kita menikmati seni dengan syarat ia tidak memuja kekufuran dan mempamerkan unsur-unsur keji. 

Diperlukan sentuhan seni untuk menterjemahkan cinta kepada Ilahi, sayang menyayangi dan memuji kesucian perasaan. Doa yang diucapkan penuh penghayatan lebih nikmat dibaca berbanding dengan doa sekadar hafalan. Penghayatan itulah yang dinamakan improvisasi dalam bahasa sastera dan khusyuk dalam bahasa orang sufi.

Akhirnya sembahyang yang didirikan itu bagaikan pementasan sejuta perasaan indah yang dipersembahkan kepada Tuhan. Bacaan al-Quran itu bagaikan karya agung yang dipuisikan sebagai gambaran ideal kesempurnaan nilai suci.

Begitulah apabila seorang hamba berjiwa seni menggerakkan penghayatannya ketika beribadat. Seni dalam Islam menjadikan jiwa kita tenggelam dalam aliran sungai yang bermuara di sisi Allah Taala, seni adalah akidah, ibadat, akhlak dan syariah. Bukan seni untuk seni semata.

Bekalan itu diharapkan menguatkan keperibadian hamba-Nya, kerana hidup ini untuk dinikmati dengan bimbingan agama bukan dieksploitasi oleh nafsu syahwat dan pujuk rayu syaitan.




sumber: Berita Harian

25 February 2011

~ Hari Penuh Makna ~

Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Adakalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.
Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.
Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorang pun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.
Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.


p/s: Hari bersama cinta, ilmu dan iman. =)

05 February 2011

~ Nasihat Imam Ghazali ~

Salam untuk kalian semua...

Hari ni just mahu share sedikit petua @ nasihat dari Imam Ghazali ....

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak- kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. 

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.. 

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..



p/s : smoga ini dpt jd panduan kita bersama...=)

29 January 2011

Cuti Pertengahan Semester

Salam untuk semua...=)

Kali ni aku mau cakap sikit pasal hidup sebagai sseorang student di universiti. huhu. Sepatutnya sekarang ni aku sudah mula bercuti sebab sekarang ni tengah cuti pertengahan semester. Tapi, aku sebagai rakyat Sabah, dan Sabah itu terletak nun jauh di sana, aku tidak dapat balik...Tapi tidak apa, sebab banyak kerja yang mau dibuat dan disiapkan secepat mungkin. Kerja? Ya itulah yg aku mau ceritakan disini.

Untuk semester ini, ada 6 subjek dan kesemuanya adalah subjek undang-undang sivil, maksudnya subjek untuk syariah, sudah habis...Alhamdulillah...Jadi semua subjek diajar dalam bahasa English..

Mahu cerita pasal tugasan untuk semester ni yang bertimbun-timbun plak. 

Untuk subjek Land Law II sahaja ada 3 tugasan yg kena siapkan. Sebenarnya tidak susah, tetapi kerja ni memerlukan penelitian dan kerjasama dari ahli kumpulan aku. Aku kena berkerjasama dengan ahli kumpulan aku walaupun pada hakikatnya aku ni jenis yang tidak suka buat kerja dalam kumpulan, lebih suka buat individu, sebab bila buat individu baru dapat rasa bebas sikit dgn hasil & idea sendiri...=)

Pastu, subjek Public International Law I, subjek yg pd pandangan pertama aku rasa sangat susah. Tidak faham apa yg diajar. Huhu. Tapi, alhamdulillah berkat ikhtiar menjelajah kesana-sini mencari bahan bacaan, aku mula nampak apa sebenarnya subjek ni cuba bawakan. Huhu. Sangat gembira dan rasanya subjek ni best sangat even org yg ajar subjek ni tidak berapa best. (caranya bukan orangnya). huhu..Untuk subjek ni, setiap minggu akan ada pembentangan @ presentation (student u suka sebut ni)..huhu...memang susah juga la mau mencari jawapan untuk setiap soalan yg digagi...rasanya macam setiap minggu kena buat assignment..huhu.. Alhamdulillah, setakat ni everything is okay, going well... Harap-harap subjek ni bukanlah subjek "killer" seperti yg diuar-uarkan oleh org ramai..haha

Subjek Administrative Law plak...ni subjek elektif tp rasa macam wajib plak..huhu..tapi tidak apa, teruskan saja mempelajarinya sebab aku ni minat Constitutional law, subjek ni memang adik kepada subjek tu..huhu jadi, aku pun menjadi suka..haha.. Cakap pasal assignment, huh...kena buat interview plak..tugasan yg ni pun kna wat dalam kumpulan, tp aku stuju la sbb kalau sudah kena deal ngan pihak luar, kena buat dalam kumpulan lah, baru senang kerja..hihi...Aku dan group first mau buat interview tu di Cuepacs, tapi setelah aku menyiasat badan tu, rasanya kurang sesuai dan kurang serasi degan kumpulan aku, jadi aku cadangkan kami buat di Badan Pengaduan Awam Putrajaya... huhu...Alhamdulillah, kumpulan aku pun bersetuju... Sekarang ni, banyak benda yg kena buat, deal ngan orang luar kan, surat menyurat dan kontek mengontek mestilah kena buat jugak...huhu...nanti kena buat laporan lagi...harap-harap dapat siap dengan jayanya...

Company Law II. agaknya ni subjek yg paling best walaupun aku tidak minat. haha. semester ni kena buat company sendiri..best kan?..huhu...tapi rasanya nanti mesti kerja banyak mau dibuat...

Evidence Law II..subjek ni sama jugak mcm semester lepas...cikgunya memang lawak...huhu..tapi aku tidak minta jugak subjek ni...hahaha..sudah jadi kebiasaan, subjek ni la yang menguasai carta kes paling banyak yang mau diingat...argh..aku tidak suka mengingat kes...huhu..tapi Inshaallah, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menghadapinya....huhu...subjek ni tidak membebankan...=)

Yang terakhirlah kan, subjek Sulh dan Rundingcara...sepatutnya subjek ni adalah subjek yg aku minat tetapi disebabkan slow progress subjek ni, aku langsung tidak minat...atau belum minat lagi...huhu....setakat ni, cikgu cakap kna buat assignment sorg2...saya sangat suka.....huhu...harapnya aku survive A ngan subjek ni....amin...=)

huhu...habis cakap pasal setiap subjek, jadi sekarang memang sah yang aku banyak keja mau dibuat...dan kerja-kerja itulah yang akan mengisi masa Cuti Pertengahan Semester aku ni...

Memanfaatkan cuti dengan sebaiknya..kena bijak dalam semua perkara yg dibuat...pasti enjoy!!!

26 January 2011

~~ Satu Cinta ~~




Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

..4 aspek pengukur kejayaan..

Bermula daripada tadika, kemudian di sekolah rendah dan akhirnya ke sekolah menengah, kita didedahkan dengan pelbagai matapelajaran. Subjek sains seperti biologi, fizik, kimia dan matematik membolehkan kita mahir menggunakan otak kiri agar dapat mengendali fikiran yang rasional dan logik. Subjek-subjek seni dan sastera seperti bahasa, geografi dan sejarah pula memacu otak kanan agar lebih intuitif dan emosional.

Sejak darjah satu hingga ke tingkatan lima, kita bertemu dengan berpuluh-puluh orang guru yang mengajar kita berbelas-belas mata pelajaran. Andainya kita belajar dengan 7 orang guru bagi setiap matapelajaran daripada darjah satu hingga ke tingkatan lima, iaitu dengan sebelas tahun persekolahan, kita sudah menuntut dengan 77 orang guru. Jikalau dicampur dengan guru-guru lain seperti Guru Besar, Guru Disiplin, guru-guru sekolah agama dan guru-guru tuisyen, ini bermakna, dalam usia 7 hingga 17 tahun, kita sudah berguru tidak kurang dengan 100 orang cikgu!

Sudah tentu, seandainya kita jumlahkan dengan golongan pensyarah apabila menuntut di institusi pengajian tinggi, pendidik yang mengajar kita bertambah berpuluh-puluh orang lagi. Jelas sekali, dunia akademik yang kita lalui selama berbelas-belas tahun mempertemukan kita dengan begitu ramai guru. Maknanya, jika kita masih belum menjadi orang selepas belajar dengan ratusan orang guru, tentu ada yang tidak kena dengan diri kita sendiri.

Malangnya, sebilangan besar daripada kita telah kembali kepada kejumudan fikiran walaupun sudah dibuka oleh beratus orang guru masing-masing sebelum ini. Ia terjadi apabila pengalaman di alam pendidikan formal dilupakan begitu sahaja, seolah-olah ia tiada kaitan dengan pembinaan minda dan pertimbangan tindakan dalam mengharungi kehidupan seharian.

Mengapa terjadi demikian? Ia berlaku apabila kita menutup buku dan memisahkan dunia pendidikan formal dengan dunia kehidupan. Memang benar, dunia persekolahan itu terkawal, penuh dengan disiplin, ketertiban dan penuh beretika. Tetapi, bukankah dunia itu yang membentuk dan menyamakan sebilangan besar daripada kita untuk memulakan langkah kehidupan di padang yang sama rata dengan orang lain?

Seharusnya, setelah berbelas tahun belajar, kita sudah boleh menjadi intelektual, boleh mengamalkan ilmu yang diperolehi, tahu membezakan yang mana yang baik atau buruk, menilai mana satu fakta, mana satu fitnah, mana satu yang hak, mana satu yang batil serta boleh menelah apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dengan mudah. Kita tidak mungkin tertipu dengan kekayaan yang nampaknya disamaertikan dengan kekayaan material semata-mata.

Tentu sekali jika wang ringgit menjadi ukuran kekayaan, kita akan lihat seolah-olah terdapat ketidakadilan daripada segi material. Ramai yang berasa tewas semata-mata apabila kalah daripada segi harta. Sedangkan material hanya salah satu aspek pengukur kekayaan. Pokoknya, siapakah yang mengajar kita untuk menilai diri sendiri hanya mengikut ukuran ini? Apakah besarnya rumah, banyaknya kereta, luasnya ladang dan melimpah ruahnya harta itu satu-satunya ukuran?

Meskipun ramai yang tahu, ramai juga yang terlupa bahawa kita tidak boleh mengukur kekayaan dengan banyaknya harta. Kekayaan mental adalah juga pengukur kejayaan. Selain daripada kelulusan atau segolong ijazah yang menjadi bukti bertulis, kekayaan mental seseorang itu dapat dinilai dengan kebolehannya mengeluarkan buah fikiran yang kritis, tegar dengan pendirian yang berpaksikan kebenaran serta tidak takut dengan seseorang hanya kerana dia mempunyai pangkat dan harta. Orang yang kaya mentalnya juga mewarisi kekayaan yang tersendiri.

Kekayaan jiwa ataupun spiritual adalah satu lagi kayu ukur kekayaan. Sudah pasti orang yang kaya spiritual dengan segala sifat yang baik budi pekerti, baik bahasa dan segala sifat kemanusiaan dan kemalaikatan itu mengatasi kekayaan ratusan jutawan dan ribuan ilmuan. Yang kaya dan berilmu pun boleh tunduk dengan ketokohan dan kewibawaan orang yang kaya spiritualnya.

Selain daripada material, mental dan spiritual ada satu lagi kekayaan yang penting, tetapi bagai dilupakan oleh ramai daripada kita. Kekayaan itu diperlukan walaupun kita mempaunyai kekayaan-kekayaan yang lain. Tanpanya, kekayaan material, mental dan spiritual tidak akan bererti lagi. Kekayaan itu adalah kekayaan fizikal. Ia bukan bererti besarnya tubuh badan, sebaliknya betapa sihatnya fizikal kita. Tanpa kekayaan fizikal, tiada gunanya kekayaan yang lain. Untuk apa berpapah, sedangkan kita sepatutnya melangkah.





sumber: sinar harian

18 January 2011

Sangat Tinggi Nilainya...

Salam, aku mahu kongsi sesuatu dengan kalian...
Lirik lagu ini jika dihayati, sangat bernilai dan penuh dengan semangat yang mampu buat aku sendiri rasa utk melakukan sesuatu yg terbaik dalam apa jua perkara...
Apa yang paling penting..."Tak Kenal putus asa!!" ~~~~


JANGAN MENYERAH - D'MASIV

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa   



p/s: memang baik kalau didengar ketika diri rasa terlalu sedih, tak mampu buat yg terbaik... we deserve to do the best, coz we are created to get the best in life and hereafter...