22 April 2018
Lakukan Kebaikan
Hidup tak semudah yang kita bayangkan.
Ada waktu kita boleh sendiri, ada waktu kita perlu teman.
Hidup ini ibarat roda, kadang kita berada di atas dan kadang berada di bawah.
Pabila waktunya kita berada di atas, usah sombong dan angkuh, malah hulurkan tangan untuk memberi kebaikan.
Pabila waktunya kita di bawah, jangan putus asa, jangan dengki pada yang di atas, malah berdoalah pada Tuhan, mohon diberi petunjuk dan kekuatan.
Hidup ini ada masanya kita merasa senang, kemudian ada masanya merasa susah.
Hidup ini juga ada waktunya kita rasa begitu ringan, dan ada waktunya begitu berat.
Saat kita merasakan ringannya hidup ini, maka bersenanglah untuk melakukan kebaikan, usah lupa panjatkan kesyukuran.
Saat kita merasa beratnya bahu memikul ujian hidup, berdoalah mohon diberikan jalan dan penyelesaian.
Temanku sekalian,
lakukanlah kebaikan, hulurkan tanganmu pada yang memerlukan.
Kerana kebaikan yang kita lakukan itu ibarat kita menanam sebiji tamar.
Pada akhirnya, ia berbuah lebat dan menghadiahkan buah tamar yang banyak.
Ayuh teman, lakukan kebaikan.
Acid Khoudri
Tulid, Keningau
22 April 2018
17 February 2018
Masih Mengekalkan Kejuaraan
Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Tuhan
SMK Tulid Keningau merangkul Johan Keseluruhan
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Keningau Tahun 2018
#Tahniah buat semua atlet.
#Tahniah buat semua jurulatih.
#Terima kasih buat semua penyumbang.
We Are The Best
#To_Lead
23 December 2017
Tenanglah Engkau Disana Abdul Muttalib
Hari ini 23 Disember 2017, belasungkawa buat kita semua.
"...engkau pergi meninggalkan dunia,
kami merindukanmu,
bagimu syurga di sana
dengan izin-Nya..."
Sedih dan sangat terkejut menerima berita pemergian seorang anak didik yang terlalu rapat dengan AK sewaktu berkhidmat di SMAN Tambunan pada tahun 2014. Arwah sangat baik dan ringan tulang, selalu bersama AK dan tidak putus mengorek ilmu daripada AK.
Allahyarham Abdul Muttalib Mohd Rizal, berasal dari Kampung Merampong, Keningau merupakan seorang murid yang sangat pendiam tetapi menyimpan seribu rahsia. Banyak rahsia dan perkongsian arwah sampaikan kepada AK. Tidak pernah jemu membantu AK dan selalu menenami AK kemana sahaja.
Moga Allah SWT menempatkanmu bersama hambanya yang soleh. Tenanglah engkau disana wahai Abdul Muttalib.
اللهم اغفر له وارحمه، وعافه ،واعف عنه ،وأكرم نُزُله ، ووسع مُدخلهُ ، واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه، وأدخله الجنة ،وأعذه من عذاب القبر
![]() |
| Abdul Muttalib Bin Mohd Rizal (1999 - 2017) |
![]() |
| Inilah potret yang AK letak atas meja kerja AK selama ini. |
Acid Khoudri
23.12.2017
Papar, Sabah
22 December 2017
Peranan Guru Sebagai Mua'llim, Mudarris, Muaddib, Murabbi dan Mursyid
Berikut adalah beberapa bahan yang telah dikumpul untuk menjana idea dan memahami konsep seorang guru yang memainkan peranan sebagai mua'llim, mudarris, muaddib, murabbi dan mursyid.
Menerusi setiap peranan tersebut, guru akan menyelesaikan dan menangani masalah yang dihadapi oleh muridnya dengan kaedahnya tersendiri sesuai dengan peranan yang dimainkannya.
Moga bermanfaat untuk semua.
![]() |
| Guru memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai murni di sekolah. |
![]() |
| Peranan guru sebagai Murabbi dan Mursyid |
![]() |
| Peranan guru sebagai Mua'llim, Mudarris dan Muaddib. |
![]() |
| Akauntabiliti seorang guru dan peranan guru mengikut Abu Talib al-Makki. |
![]() |
| Masalah GPI mengikut dapatan Abdul Muhsien Sulaiman dalam kajian Ph.D beliau. |
![]() |
| Guru sebagai Pendidik dan Pengasuh mengikut Saodah Abd Rahman. |
21 December 2017
Kemahiran Pengucapan Awam
Menjadi seorang guru adalah mustahak baginya untuk menguasai kemahiran berucap di hadapan umum. Kemahiran pengucapan awam ini juga perlu dipupuk agar mesej yang disampaikan jelas dan diterima dengan betul.
Guru yang berkualiti seharusnya memiliki cara dan kaedah yang berkesan dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran. Keupayaan dan tahap kecekapan murid perlu difahami terlebih dahulu sebelum memilih laras bahasa dan gaya penyampaian.
Apapun, kemahiran berucap di hadapan orang perlu dimiliki dan dikuasai oleh golongan pendidik. Cara untuk menguasai kemahiran ini boleh dipupuk dengan tips berikut:
1. Keyakinan dalam diri untuk menyampaikan. Yakin bahawa berucap adalah satu proses yang dibentuk dan dididik bukan dikuasai secara semulajadi.
2. Persediaan diri dan bahan yang ingin disampaikan. Persediaan penting memastikan pengucap faham dan tahu apa yang disampaikan dan pendengar mengetahui intipati ucapan.
3. Latihan sebelum naik ke pentas atau berada di depan awam. Latihan penting untuk mengenalpasti dimana kelemahan ketika berucap.
4. Percaya bahawa kita mampu menyampaikannya dengan baik. Percaya bahawa pendengar dan audiens memberi perhatian. Percaya bahawa intipati ucapan akan sampai kepada mereka.
Moga berjaya. Kita mampu lakukan bersama.
#standtoinspire
#makethisworldabetterplace
#makethisworldabetterplace
INTERAKSI DISEMBER 2017
Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti bermula dengan rasminya pada 04 Disember 2017 hingga 16 Disember 2017 selama dua minggu.
Alhamdulillah AK ditempatkan di IPG Gaya Kota Kinabalu sahaja dekat dengan rumah dan boleh ulang alik. Banyak pengalaman yang diperoleh dan ilmu pengetahuan juga mencurah-curah selama dua minggu kursus ini.
Meskipun tamat untuk Interaksi Disember 2017 ini namun tugasan yang menanti juga banyak perlu dilunaskan. In shaa Allah hingga jumpa lagi di Interaksi Mac 2018 nanti.
Moga tabah.
PDPLI KDC Ambilan November 2017
IPG Gaya Kota Kinabalu Sabah
Opsyen Pendidikan Islam (Sekolah Menengah)
Kumpulan 1 Sekolah Menengah
Wasalam.
Ahlan Wasahlan
Assalamualaikum w.b.k
Kenangan menghantar anak didik yang akan melanjutkan pengajian di peringkat universiti. Apa yang lebih membanggakan ialah universiti yang menjadi destinasi menimba ilmu seterusnya ialah Universiti Sains Islam Malaysia.
Satu pesanku, moga tabah dan teruslah menjadi hebat. Hebat pada diri sendiri sudah memadai. Banyak dan terlalu banyak dugaan yang bakal dihadapi, hanya doa mampu mengiringi.
Kepada Asyraful Aqwa, Mohd Izzudin dan Mohd Faizal,
Welcome to the club,
ahlan wasahlan,
selamat datang ke USIM.
Subscribe to:
Posts (Atom)














