07 June 2011

[ Sahabat Terbaik Dalam Hidup ]

Persahabatan yang lazim masa kini dapat digambarkan dalam sebuah cerita. Ada seseorang yang mempunyai 3 orang teman. Ia melakukan beberapa perbuatan jahat dan sebagai akibatnya, harus menghadap ke pengadilan. 

Ia pergi minta tolong pada seorang temannya iaitu teman yang pertama. Dengan terus terang temannya mengatakan bahwa ia tidak mau berurusan dengan kejahatan yang dilakukannya. Ia tidak mau menjadi saksi untuk menolongnya. 

Lalu ia pergi menemui teman kedua. Ketika didatangi, teman yang kedua mengatakan bahwa ia hanya akan pergi sampai ke pengadilan, tidak mau menjadi saksi. 

Kemudian ia minta tolong pada teman ketiga. Ia segera menyambut baik dan berkata: “Ya, kesusahanmu adalah kesusahanku, kesusahanku adalah kesusahanmu dan aku akan berusaha menolongmu dengan cara apa pun yang engkau kehendaki.” Sudah jelas bahwa dari antara ketiganya, yang terakhir adalah jenis teman yang terbaik. 

Dalam hidupmu, engkau juga mempunyai tiga teman seperti itu. Pada saat kematian, seseorang harus meninggalkan semua yang dimilikinya. Kekayaan dan kedudukan tidak menemanimu. Teman atau keluarga mungkin datang ke kuburan dan sesudah itu semuanya akan pulang ke rumah masing-masing. Hanya perbuatan yang baik atau jahat yang telah engkau lakukan dalam hidupmu akan menyertaimu... 



Agar tetap baik, engkau harus menjunjung tinggi kebenaran yang abadi, sedangkan segala sesuatu yang lain, termasuk tubuhmu, terpengaruh oleh perubahan, kerosakan dan maut...


p/s: Alhamdulillah, aku memiliki teman seperti yang ketiga itu....=)

05 June 2011

...Sekadar Coretan Untuk Diri...

Waktu…datang menjelma dan menemaniku kemudian berlalu pergi…membawa tawa tangis senyum dan sedih…ia mengukir warna hidup, hitam mahupun putih…aku pasrah kerana itu semua sudah takdir untukku…

Segala apa yang aku fikirkan, ada yang mengetahui….segala apa yang aku lihat, ada yang melihat….segala apa yang aku katakan, ada yang mendengar….dan segala apa yang aku lakukan, ada yang menyaksikan….tiada satu pun yang dapat aku sembunyi….



Apa yang aku cintai, pasti akan pergi….apa yang aku damba, pasti akan hilang….begitu hidup ditulis….apapun yang terjadi, hidup harus diteruskan, pedih harus dilalui, ria harus dirai…..meski semua itu melalui sebuah tangisan….tangis atas sedih, tangis kerana gembira….

Andai aku dapat ulang waktu, aku ingin isi masa yang terbuang…masa aku menghilang….andai aku dapat kembali pada saat itu, aku ingin mengubah sedih jadi gembira, hapuskan semua kepedihan dan aku ingin menikmati keindahan detik itu….

Andai aku dapat mengubah segalanya pada masa lalu, yang hitam aku putihkan dan yang keruh aku jernihkan…namun aku hanya insan biasa, semua itu hanya satu angan, mimpi yang datang dan berlalu pergi, meski airmata yang jatuh dipenuhi darah, semuanya tidak akan dapat aku ulangi dan kembali….

Sekian.

[Acid Khoudri]


p/s: Aku mungkin tidak dapat kembali, namun aku mungkin dapat mengubah apa yang akan terjadi di masa depan dengan mengubah diri jadi yang lebih baik...inshaallah...

04 June 2011

Acid Khoudri : Aku kembali..

Salam buat semua...

Aduhai...agak lama juga aku sudah tidak menulis di blog ni...mungkin kerana terlalu sibuk dengan pengajian & hal-hal lain....tapi tidak apa, sekarang aku kembali di arena ini....haha

Pertama sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang masih menyokong aku, tidak kisahlah yang sudi jadi pengikut (follower) ataupun tidak sebab aku tahu ada sesetengah orang tidak ada masa untuk menjadi pengikut....hehe...syok sendiri plak....tapi inilah kenyataannya yang aku sendiri baru tahu....huhu

Kedua, aku ingin mengambil kesempatan ini kepada semua rakan-rakan yang ada di arena ini untuk bersama-sama rakan yang lain memberi tunjuk ajar & nasihat kepada aku dalam dunia blog ini...maklumlah baru anak jagung....huhu

Akhir sekali, semoga apa yang akan aku kongsikan, tuliskan dan paparkan di halaman aku ini akan menjadi satu maklumat @ bahan yang bermanfaat buat kita semua...berkongsi & saling nasihat menasihati antara kita......@AK

~SALAM UKHWAH~

18 March 2011

Tajdid iman: 4 keperluan bentuk Muslim sejati

JANGAN salahkan Islam jika anda mengenali seorang Muslim yang jahat perangainya, hidup di kawasan perkampungan Melayu kotor atau anak mereka kaki dadah, merempit dan liar. Karma kemiskinan dan kebodohan membelenggu hidup mereka. 

Adakah gambaran seperti ini mewakili nilai Islam? Sama sekali tidak. Agama ini begitu suci, sempurna dan relevan sepanjang zaman. Hanya pengikutnya yang tidak memahami dan tidak mahu mengamalkan ajarannya saja mencemar imej Islam.

Bagaimanakah Islam membentuk keperibadian pengikutnya? Bukankah sudah lahir tamadun Islam yang paling agung pada zamannya selama 800 tahun berkuasa di dunia ini? Bolehkah kegemilangan itu berulang kembali? 

Untuk membentuk imej Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seorang Muslim perlu memenuhi empat keperluan asasi bagi dirinya iaitu:


Riadah sebagai bekalan jasmani. Rasulullah SAW menggesa umatnya memiliki kekuatan fizikal seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Bersungguhlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan Allah dan jangan lemah.” (Hadis riwayat Muslim) 

Kekuatan fizikal hanya dapat dimiliki mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat iaitu seperti penjagaan kesihatan badan, gaya pemakanan seimbang dan senaman secara teratur. Bagaimana umat ini boleh berdiri sama tinggi dengan orang Barat atau Eropah yang jauh lebih maju dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan mereka, jika kita berdiri sebagai seorang pemuda Islam yang memiliki ciri 3G iaitu gemuk, gebu dan gempal.

Padahal, Baginda SAW melatih sahabatnya dengan aktiviti lasak seperti berenang, berkuda, memanah, bermain tombak dan pedang. Terbukti kekuatan fizikal mereka mampu mengalahkan tentera kufar dengan perbandingan satu lawan sepuluh.


Ibadat sebagai bekalan rohani. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” Ketenangan hati dalam sembahyang dan zikrullah, puasa dan sedekah diharapkan mampu melahirkan insan menyeluruh. Kesucian terpancar daripada hati dan kemuliaan tergambar lewat tabiat yang digayakan.

Hanya dengan ibadat kemantapan modal insan terbentuk dalam keperibadian kita. Satu kekuatan yang tidak pernah dimiliki orang kafir adalah kekuatan roh dan jiwa yang diisi dengan ibadat. Tanda orang yang taat beribadat ialah boleh mengawal hawa nafsu, dekat dengan Tuhan dan jelas matlamat hidupnya.

Jika ibadat tidak dapat melahirkan jiwa yang sebegini maknanya ibadatnya itu perlu dipersoalkan, mengapa tidak memberi kesan pada peribadinya? Sesungguhnya tiada jurang pemisah antara ibadat dan perniagaan, ibadat dan belajar, ibadat dan bekerja kerana segala perbuatan baik yang diniatkan untuk reda Allah adalah inti ibadat.

Semestinya yang paling berjaya merebut peluang perniagaan adalah mereka yang kuat beribadat, mereka yang bijak pandai semestinya juga adalah ahli ibadat. 


Ilmu bekalan untuk akal. Ilmu duniawi harus seiring sejalan dengan ilmu agama supaya tidak terjadi kepincangan dalam keperibadian kita. Asas ilmu agama seperti aqidah, ibadat, akhlak dan syariah menjadi rujukan utama yang menterjemah nilai al-Quran dan hadis. Tidak cukup belajar membaca al-Quran saja tanpa mendalami tafsir, mengupas bab muamalat Rasul SAW dalam kumpulan hadis Baginda SAW.

Pendekatan yang diguna pakai dalam menghayati ilmu amat pelbagai, ada yang menitikberatkan bacaan tanpa hafalan atau cuba menulis apa yang dituntut. Semuanya bertujuan mendekatkan kita kepada Allah SWT dan meletakkan kita pada barisan orang yang mengikut jalan Rasulullah SAW.

Daripada ilmu berbuahlah amal, jika kita tidak berada pada majlis ilmu dalam jangka masa yang lama, mungkin kita akan berasa semakin jauh daripada hidayah Allah Taala. Petunjuk yang menerangi hati dan mententeramkan adalah ilmu agama. Di sana kita belajar bagaimana menyucikan hati, menguatkan keyakinan dan melakukan amal yang sahih. Dengan ilmu seolah-olah Tuhan membukakan jalan yang luas menuju syurga-Nya.

Ilmu yang bermanfaat perlu diikat dengan bacaan, tulisan dan penyampaian kepada orang lain. Ilmuwan yang tidak mahir menulis, kurang membaca atau tidak gemar memberi tunjuk ajar akan mengalami gejala kekurangan bekalan maklumat dan penurunan tahap intelektual. Jika pepatah menyatakan makin menuntut makin berasa banyak yang kita tak tahu, bagaimana dengan yang tidak menuntut tentu lebih teruk ketinggalan.


Seni sebagai bekalan emosi dan perasaan. Manusia diciptakan selain memiliki jasad dan hati serta akal, ia juga dibekal dengan satu kekuatan yang perlu diurus supaya hidupnya sempurna. Kekuatan itu ialah emosi atau perasaan semula jadi yang Allah ciptakan untuk kita.

Pada fitrahnya manusia perlukan sentuhan pada perasaannya dengan mendengar syair atau lagu, puisi atau kisah indah yang mempunyai nilai sastera yang tinggi. Hal ini adalah keperluan asasi bagi manusia disamping ilmu, ibadat dan riadah. Nabi SAW mempunyai penyair yang hebat seperti Hasan bin Tsabit. Sahabat juga suka melantunkan syair perjuangan dan persaudaraan. Islam memberi ruang untuk kita menikmati seni dengan syarat ia tidak memuja kekufuran dan mempamerkan unsur-unsur keji. 

Diperlukan sentuhan seni untuk menterjemahkan cinta kepada Ilahi, sayang menyayangi dan memuji kesucian perasaan. Doa yang diucapkan penuh penghayatan lebih nikmat dibaca berbanding dengan doa sekadar hafalan. Penghayatan itulah yang dinamakan improvisasi dalam bahasa sastera dan khusyuk dalam bahasa orang sufi.

Akhirnya sembahyang yang didirikan itu bagaikan pementasan sejuta perasaan indah yang dipersembahkan kepada Tuhan. Bacaan al-Quran itu bagaikan karya agung yang dipuisikan sebagai gambaran ideal kesempurnaan nilai suci.

Begitulah apabila seorang hamba berjiwa seni menggerakkan penghayatannya ketika beribadat. Seni dalam Islam menjadikan jiwa kita tenggelam dalam aliran sungai yang bermuara di sisi Allah Taala, seni adalah akidah, ibadat, akhlak dan syariah. Bukan seni untuk seni semata.

Bekalan itu diharapkan menguatkan keperibadian hamba-Nya, kerana hidup ini untuk dinikmati dengan bimbingan agama bukan dieksploitasi oleh nafsu syahwat dan pujuk rayu syaitan.




sumber: Berita Harian

25 February 2011

~ Hari Penuh Makna ~

Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Adakalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.
Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.
Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorang pun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.
Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.


p/s: Hari bersama cinta, ilmu dan iman. =)

05 February 2011

~ Nasihat Imam Ghazali ~

Salam untuk kalian semua...

Hari ni just mahu share sedikit petua @ nasihat dari Imam Ghazali ....

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak- kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. 

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.. 

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..



p/s : smoga ini dpt jd panduan kita bersama...=)