18 May 2012

Malam Anugerah Dekan 2012

Berkongsi kegembiraan ketika Majlis Anugerah Dekan 2011/2012.
Semoga Allah SWT memberkati semua penat lelah kita dalam meraih kejayaan ini
dan memberikan kita kemudahan untuk meraih kejayaan di masa depan.
..:: Amin Ya Rabb ::..







~ الله يبارك فيكم وجزاكم الله الخير ~

Memoir of Final Year Student

Nothing else, just wanna share few photos which have been taken during final year @ semester. 
Enjoy >_<









Hope this friendship will never end. 

 ~I wish you all love and luck ~

06 May 2012

Oh Dunia..

Oh dunia..
Kukejar dunia yang tiada akhir
Kupenuhi nafsu yang tiada kering
Kuturuti hati yang tiada bersih.

Oh dunia..
kau diami hatiku
kau tawan segalanya.

Oh dunia..
kemana lagi hendak kupergi 
andai setiap langkahku sudah kau kuasai
kemana lagi hendak kucari
andai setiap noda dosa sudah kurasai.

Oh dunia..
dimana akhirmu
dimana hujungmu
bila keringmu
bila tandusmu
hanya IMAN yang tahu.


kalam hati:
Acid Khoudri
Nilai (06/05/2012)

30 March 2012

Sambung study @ Kerja ?

Assalamualaikum buat semua. Agak lama juga AK tidak update blog ni. Sekarang AK berada di tahun akhir, jadi banyak kerja yang AK kena siapkan. Maka sebab itulah AK jarang buka blog ni.

Kali ni AK ingin ceritakan keadaan AK sekarang sabagai pelajar tahun akhir. Ya, semua pelajar tahun akhir pasti akan merasai dan mengalami perkara yang sama macam AK. Maklumlah, sudah fikir pasal masa depan.

Ramai kawan AK cadangkan supaya AK sambung study ke peringkat master bersama-sama dengan mereka, antara tempat yang jadi pilihan mereka adalah UKM, UIAM dan UM. Kebanyakan daripada mereka ajak AK sambung master of law atau LLM. Hmmm...agak berat sebenarnya mahu pertimbangan hal ni. 

AK cuba tanya seorang kawan AK, dia ni pelajar yang AK sangat respect dan kagum sebab dia ni pelajar cemerlang setiap semester sepanjang AK bersama dia. AK tanya apa yang akan dia lakukan selepas habis belajar, dia jawab ingin sambung study iaitu master. Tapi apa yang buat AK kagum dan sedikit terkejut adalah dia tak mahu sambung LLM sebab dia sudah penat study law katanya. HaHaHa. Sama la dengan AK sebenarnya. AK pun sudah penat study law. AK pun bagitahu la yang AK kalau mahu sambung master pun mungkin AK tak ambil LLM, tetapi master dalam islamic finance and banking. Hehe. AK sebenarnya sudah lama sejak dari interview dulu lagi mahu mendalami & sambung study dalam dua kursus ni, Master In Islamic Finace di INCEIF dan Master of Science In Islamic Finance and Banking di UIAM.

Tapi sebenarnya niat dan perancangan AK mahu sambung study tu agak tersasar dan terhalang apabila ibunda AK mahu AK balik ke sabah dan berkhidmat di sana. Dalam erti kata lain, AK kena kerja dulu kemudian fikir pasal study. Hmm. Untuk perancangan kerjaya ini, AK sudah letak dalam target mahu rebut dua peluang sahaja di negeri sabah, jadi seorang pensyarah sementara di mana-mana kolej swasta ataupun praktis syariah di mana-mana firma guaman yang buat sivil dan syariah supaya AK dapat belajar kedua-dua bidang.

Hmm..sekarang ni AK dan kawan-kawan memang sedih dengan isu pengiktirafan degree AK di institusi ni. AK dan rakan-rakan lain sedang berusaha supaya perkara yang kami idam-idamkan atau hak kami dalam universiti ini diberikan sepenuhnya. Memang sedih bila AK dapat tahu keadaan sebenar graduan yang sama kursus pengajian dengan AK.

Buat masa ni, AK hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan semua usaha kami, supaya Allah memberikan kemudahan kepada AK untuk teruskan perancangan hidup AK ni, tetapi dalam membuat perancangan ni semua, AK kenalah berpijak di bumi yang nyata.

Inshaallah, semuanya pasti ada hikmahnya. AMIN

28 February 2012

Semester Akhir

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan nikmat-NYA selama ini Acid Khoudri (AK) mampu meneruskan perjuangan AK di bumi USIM ini. Syukur sekali lagi kerana ini adalah perjuangan terakhir AK di sini. 

Pada semester kali ini, iaitu semester 10 (akhir) setelah 5 tahun berjuang, AK telah berjaya mendaftar beberapa subjek yang mana pada persepsi ramai orang bahawa subjek yang AK dan rakan-rakan seperjuangan ambil pada semester ini walaupun sudah berada di semester akhir agak banyak jika dibandingkan dengan pelajar universiti yang lain khususnya pelajar tahun akhir. 



Entahlah mungkin disebabkan ramai orang cakap semester akhir adalah semester yang agak sibuk dan mencabar. InshaALLAH, AK percaya dengan kekuasaan Allah dan AK akan cuba sedaya upaya untuk melalui semester ini tanpa sebarang keluhan. InshaALLAH, amin.

AK berharap semester ini adalah semester yang paling bermakna buat AK dan rakan-rakan lain. Hmmm..agak sukar untuk terima kenyataan juga sebab tidak lama lagi kami semua akan teruskan hala & matlamat hidup masing-masing. AK berharap selepas habis semester ini, AK dan yang lain dapat mengadakan satu majlis untuk meraikan perjuangan kami & sekaligus sebagai majlis perpisahan kami.

Apapun yang bakal dilalui, semester ini harus ditempuhi dengan jayanya. AK sudah ada azam yang AK mahu berubah & fokuskan bidang AK. InshaALLAH, Allah Musta'an. Amin.