Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

12 November 2011

End of Holiday

...Assalamualaikum...

Today, 12.11.2011 is the last day of my holiday here: 
where? Jitra (Bukit Indah, Kubang Pasu).

Sadly, it will end today.
We'll going back to Nilai tonight.
Yeah, the old town one.

Through a week,
many experiences were gained,
I put all the happiness inside,
at the very bottom of my heart...yeah!!

Whatever it is,
it ends, since it's begun.

Thanks for every single thing & moment:
Especially to Md.Nazim's family,
a very kind & loving family, indeed I ever met,
will miss everyone here;
Ayah & Umi,
Kak Long & Bang Long
Kak Ngah & Abang Amirul (Kajang)
Kak Chik
Ucu,
Anas 
&
Alif
.


I just wanna say:

Thanks.

Thanks.

Thanks.

Jazakumullah Al-Khair..


Bye~

20 August 2011

< Raya v. Merdeka > "MERDEKARAYA" ?


..Salam Buat Semua..

Alhamdulillah..sedar ataupun tidak, sudah hampir di hujung ramadhan..
Bagaimana amalan kita setakat ini? 
Semoga semuanya semakin bertambah, dosa pun haruslah dikurangkan…:)

Pada tahun ini, hara raya adilifitri akan berkunjung di dalam hidup kita sebagai rakyat Malaysia khususnya pada penghujung bulan OGOS..
Ya, penghujung bulan itu..
Inshaallah, jika diberikan peluang untuk menyambutnya, kita akan bersama-sama memeriahkan aidilfitri pada kali ini..
Tetapi 
bukan itu sebenarnya yang acid mahu sampaikan, acid cuma ingin kongsikan disini perasaan acid untuk aidilfitri pada kali ini dan juga sambutan hari kemerdekaan Negara kita, 

ya.....pada 31 OGOS 2011 ini..

Singkatnya, MERDEKARAYA..haha..harap semuanya dapat faham kenapa ianya disingkatkan..

Mungkin kebetulan, aidilfitri jatuh pada penghujung ogos, dan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi kesesakan perasaan kita...: 
"Mahu sambut Raya, Mahu sambut Merdeka"

Menyentuh tentang persiapan, hmmm…entahlah, susah mahu cakap…
Kalau acid sendiri persiapan untuk hari raya buat setakat ini memang langsung tiada, tetapi persiapan menyambut merdeka, banyak…acid sudah kibarkan bendera, sudah buat 1 puisi bertemakan kemerdekaan dan alhamdulillah telah pun di hantar ke akhbar tempatan..hehe

Apapun, perasaan dan semangat untuk dua perayaan ini tetap harus dihidupkan, supaya kita dapat menikmati indahnya aidilfitri dan juga bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang dapat menyambut hari raya aidilfitri dengan penuh harmoni, tenang dan aman..
Jika dibayangkan, betapa peritnya keadaan rakyat Somalia, Palestine, Thailand dan sebagainya..Inshaallah, sama-sama kita ringankan beban dan berkongsi rezeki kurniaan ALLAH SWT pada kita di muka bumi ini…

Untuk 10 hari terakhir ramadhan ini, bersama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dan cuba sedaya upaya mengurangkan dosa-dosa kita, sama ada yang kita sedari ataupun tidak..
Inshaallah, apa yang penting adalah ISTIQAMAH..

Sebagai renungan:

“Barangsiapa menyembah ramadhan, ramadhan akan mati (pergi), barangsiapa menyembah ALLAH, ALLAH tetap ada dan tidak akan pernah mati.”

..Wassalam..

21 December 2010

Bersama Teman Ke Tambunan

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah kerana sekali lagi aku dapat keluar menikmati keindahan bumi bersama teman-temanku yang kesemuanya sangat menggembirakan. Kami adalah kawan yg baik sejak di bangku sekolah dahulu.

Pada awalnya, kami agak takut oleh sebab sehari sebelum itu ada satu kemalangan yg berlaku di jalan Tambunan tersebut yg meragut nyawa 4 orang. Jadi, kami hanya tawakal kepada Allah supaya kami diberi keselamatan pergi dan balik. Alhamdulillah, kami selamat..

Selama tiga hari dua malam kami berada di bumi Tambunan, Sabah yang amat sejuk. Banyak tempat yg kami lawati antaranya Air Terjun Mahua, Sungai Kinasagaran, TVRC & byk lagi...

Terima Kasih kpd sahabat kami, Mariedah @ Cgu.Mariedah, Kak Nurul, Us. Zainuddin & juga Cgu.Ramlin serta anak-anaknya yg comel...Semoga Allah memberi kalian rezeki yg melimpah-limpah...Amin.

Sepanjang kebersamaan kami di sana, byk yg telah kami kongsi bersama. Sudah namanya holiday, so tiada masa utk bersedih & berduka. Apa yg kami tahu, kami sangat gembira & enjoy ketika berada di sana..

Aini & Zila...gembira sakan.


Gossip Time...haha


Teruja dgn keindahan alam...


ni la sg.spinx...nama baru...huhu


Air yg sgt sejuk...indahkan?...hehe


24 November 2010

Aidil Adha Di Felda Redong, Segamat

Pada 17 November 2010 iaitu pada hari Raya Aidil Adha 1431 H baru-baru ni, aku bersama sorg lagi rakan, Mustaqim, sempat merasai suasana hari rara qurban di negeri orang. Maklumlah, kami ni anak perantauan, datang dari negeri nun jauh di bawah bayu...

Alhamdulillah, kami bersyuku dapat juga kami merasai suasana beraya bersama keluarga sahabat, Abdul Quddus Muhani,..Hanya Allah saja yg mampu membalas budi dan kelapangan keluarganya menerima kehadiran kami di bumi indah Felda Redong, Segamat itu...

Apa yang membuatku sedikit tersentuh pada hari raya qurban kali ni adalah ini buat kali pertama aku beraya di negeri orang, selama ini takbir kedengaran dari Masjid Al-Falah, Kg Pengalat Kecil Papar,  Sabah iaitu tanah di mana tempat aku dilahirkan..Namun kali ni, aku mendengarnya sayu sayup di bumi sahabatku...

Walau apapun yg terjadi, aku gembira dengan apa yg aku rasai pada hari tu, bersyukur pada Allah SWT atas kurniaan sorg sahabat yg sanggup menerima kehadiran kami dan juga sebuah keluarga yg byk mendidik aku makna sebenar kehidupan...

Akhir Sekali, aku bersyukur perjalanan pergi dan balik, keberadaanku di negeri orang dilindungi oleh Allah SWT. Kami selamat pergi dan selamat tiba...AK

Ziarah sahabat, Hilmi Juhari di Muar

Tiba di Masjid Felda Redong, Segamat

Di Pagi Raya, Keluarga Imam Muhani

Jambatan Utuh Hilmi.....hahaha

Berlatarbelakangkan Gunung Ledang....

Rindu Mama & Bapa terubat......:)

sempat buat aksi nakal bersama sahabat-sahabat......hehe