Posts

Showing posts from August, 2017

SEPULUH APRESIASI buat SMAIP Tetap Di Hati

Image
Assalamualaikum w.b.k.. 2015 hingga 2017, walaupun singkat di pelabuhan ini namun bahtera yang aku labuhkan kini mula berlayar kembali dan penuh dengan muatan yang berharga. Pelabuhan ini walaupun pernah kujejaki, namun datang dengan berbeza tujuan. Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat. Pada awalnya, aku adalah seorang yang “zero” mengenai pendidikan, namun di pelabuhan inilah aku bertukar menjadi “hero” bagi diriku sendiri. Di kesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf, andai aku pernah terkasar bahasa, buruk pada perlakuan dan pertuturan, sama ada sengaja atau tidak sengaja, atas segala kekurangan, atas segala kelemahan, dalam menjalankan tugas dan memikul amanah. Apresiasi pertama buat Pengetua, Al-Fadhilah Ustazah Hajah Dg Apsah Binti Hj Binsin, atas semua tunjuk ajar dan cara kerja rasmi, yang aku pelajari secara langsung mahupun tidak langsung. Tegas dan baik hati den…