Posts

Showing posts from December, 2010

Saat Pesanan Terakhir Dibaca

Image
Semua sedih. Tunduk ke bumi. Diam dan syahdu mendengarnya.
Aku melihat ke arah sahabat, sedih dan diam tanpa sebarang kata. Lihat saudara mara, mereka juga sedih. Bacaan diteruskan dan hari semakin panas.
Imam khusyuk membaca pesanan. Nadanya sangat menyentuh hati orang sekeliling. Peringatan untuk mereka yang masih bernyawa, pesanan buat yang terkujur dibalut kain putih, si mati.
Aku sangat terpegun, suasana ini menyentuh perasaanku. Andai inilah kehidupanku sehari-hari, aku akan sujud syukur pada illahi. Semua khusyuk, mungkin teringat akan Tuhan Pencabut Nyawa.
Selesai dibaca, semua kembali.
Tertawa, bersembang tentang dunia. Persoalan timbul??
Inilah manusia. Baru sebentar tadi semua tunduk ke bumi, semua khusyuk saat pesanan terakhir dibaca. Tetapi keadaan itu hanya sebentar, mereka mampu merubah suasana. Bukan aku terpegun, tetapi sedih.


p/s: ...susah untuk ingat mati, tapi senang untuk lupa mati, itulah manusia...Sedangkan semua akan merasainya.

Result: Hakikat Yang Indah

Image
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah swt atas rezeki yang diberikan ke atas kita. Sebelum itu, aku ingin mengambil kesempatan untuk ucap tahniah kepada sahabat-sahabat seperjuanganku yang telah meraih result “YANG INDAH” pada semester lepas (kejayaan ditafsirkan dengan berjaya tersenarai dalam anugerah dekan). Buat yang belum meraihnya, jangan bimbang kerana sesungguhnya kita punya masa untuk meraihnya suatu hari nanti.
Kali ini aku ingin berbicara tentang erti sebenar pencapaian atau kejayaan yang kita miliki dalam hidup. Semua orang memang mengimpikan kejayaan, tetapi yang bezakan kita adalah usaha, kerana usaha itulah yang akan membuat suatu perbezaan antara kita dan orang sekeliling.
Dalam merungkai erti pencapaian, Albert Enstein sendiri ada berpesan: “Jangan pernah berpuashati dengan pencapaian, tetapi berpuashatilah dengan usaha.”
Dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang seseorang hamba itu akan diberi atas apa yang dia usahakan. “Baginya apa yang diusahakan, dan keatasn…

Mari miliki hati yang sihat

Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua :
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat :
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima:
Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh:
Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.


Empat jenis racun hati

Pertama:Berlebihan dalam berbicara
Kedua: Berlebihan dalam …

Berfikir sebelum berkata-kata

RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk.
Adakalanya beratnya bencana lidah itu sehingga boleh menyebabkan tuannya terjerumus ke dalam api neraka. Sehubungan itu, kita seharusnya menjaga dan mengawasi lidah daripada mengucapkan perkataan keji dan kotor. Di sampingnya, selalu ada bahaya menunggu.

Dalam menghuraikan peranan lidah, Imam al-Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja.”

Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan nikmat lidah yang dikurniakan Allah untuk mengucapkan perkataan atau tutur kata yang baik saja.Segala perkataan dan tutur kata yang keji dan kotor wajib ditinggalkan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau berdiam dirisaja.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah …

Barakallahu Lakuma buat pasangan pengantin

Image
Di dalam bulan disember ini saja, ramai passangan yang telah mendirikan rumahtangga. Alfu Mabruk & Barakallahu Lakuma saya ucapkan di atas pembinaan istana suci tersebut. 
Semoga apa yang di cari melalui jalan pernikahan itu dapat sempurna dilaksanakan antara kedua pasangan. Perkahwinan adalah lambang cinta yang suci antara adam & hawa yang ingin mencari ketenangan dan kebahagian dalam hidup berpasangan.
Aku disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan Safwan (usim), Marhamah (uiam), Shafrani, Nuraidah, Sairul, Fauziah, Angah (akak nazim usim) dan banyak lagi. Semoga Allah s.w.t memberikan kalian kebahagian di dunia dan akhirat. Amin..

We're here on this special day Our hearts are full of pleasure A day that brings the two of you Close together We're gathered here to celebrate A moment you'll always treasure We ask Allah to make your love Last forever
Let's raise our hands and make Do'a Like the Prophet taught us And with one voice Let'…

Sehari di Hospital

Image
Ada dua perkara yg mungkin kerap berlaku ketika kita berada di hospital:
Wad kecemasan adalah untuk kes-kes kecederaan cemas yg memerlukan perhatian yg cepat. Namun, apa yg berlaku adalah sebaliknya. Mereka juga harus mengambil giliran dan harus menunggu. Tunggu? Sudah biasanya ambil masa juga. Bila akan berubah? Entahlah.Orang ramai yg datang menemani pesakit akan duduk di atas kerusi-kerusi yang disediakan. Si pesakit yg datang, atau ketika menunggu giliran terpaksa berdiri walaupun dalam keadaan yg tenat. Tiada rasa prihatin itulah penyakit orang sekarang. Ditegur, barulah mengendah.
Kedua-dua perkara di atas mungkin perkara remeh, namun jika kita teliti dan berada di dalam situasi tersebut, kita akan merasai betapa susahnya hidup dalam keadaan masyarakat seperti itu.
Bayangkan suatu hari kita adalah pesakit itu, apa yang kita rasakan pada waktu itu? Pastinya kita merasa susah.
Sikap prihatin juga seharusnya perlu diutamakan. Walaupun Nampak remeh, namun kita mampu membantu orang lain.…

Dicinta & Dibenci Allah s.w.t

Dalam sebuah Hadis Qudsi, disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dicintai Allah s.w.t iaitu: Orang yang tawaduk, tetapi Allah sangat menyintai orang kaya yang tawaduk.Orang yang pemurah, tetapi Allah sangat menyintai orang miskin yang pemurah.Orang yang bertaubat, tetapi Allah amat menyintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan yang dibenci Allah s.w.t iaitu; Orang yang takabbur, tetapi Allah amat benci dengan orang kaya yang takabbur.Orang yang bakhil, tetapi Allah sangat benci dengan orang kaya yang bakhil.Orang yang tidak mahu bertaubat, tetapi Allah sangat benci dengan orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Luqman Al-Hakim berpesan;
“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu;
Apabila solat, jagalah baik-baik fikiranmu.Apabila bertandang ke rumah orang, jagalah pandanganmu.Apabila berada di majlis, jagalah lidahmu.Ingatlah kepada Allah s.w.t sepanjang masa.Ingatlah akan mati, iaitu bersedia menghad…

Boring! Bosan!

Image
Ada suara yang mengungkapkan ; "Boring la hidup ni" kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dari hidupnya.
Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak cukup. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah).
Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah" Surah Al-Dhariyat ayat 56.
Allah juga berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadi…

Siti Maryam 2: Pelbagai Komentar

ISU mengenai perkahwinan bawah umur kembali mendapat tempat untuk dibahaskan. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan pandangan mereka berkenaan isu ini.
Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, menolak cadangan supaya perkahwinan kanak-kanak bawah umur diharamkan meskipun ramai tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun Siti Maryam baru-baru ini.Menurut Nazri, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk memansuhkan undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur kerana amalan itu tidak menyalahi agama Islam sambil menegaskan jika agama membenarkannya, kerajaan tidak boleh mengharamkannya.
Perkahwinan Siti Maryam dikatakan menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berkeras berkata kerajaan tidak menyokong amalan itu.
Kumpulan aktivis pula mahu undang-undang itu dipinda kerana sering menjadi amalan dan dikatakan …

Bersama Teman Ke Tambunan

Image
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah kerana sekali lagi aku dapat keluar menikmati keindahan bumi bersama teman-temanku yang kesemuanya sangat menggembirakan. Kami adalah kawan yg baik sejak di bangku sekolah dahulu.

Pada awalnya, kami agak takut oleh sebab sehari sebelum itu ada satu kemalangan yg berlaku di jalan Tambunan tersebut yg meragut nyawa 4 orang. Jadi, kami hanya tawakal kepada Allah supaya kami diberi keselamatan pergi dan balik. Alhamdulillah, kami selamat..
Selama tiga hari dua malam kami berada di bumi Tambunan, Sabah yang amat sejuk. Banyak tempat yg kami lawati antaranya Air Terjun Mahua, Sungai Kinasagaran, TVRC & byk lagi...
Terima Kasih kpd sahabat kami, Mariedah @ Cgu.Mariedah, Kak Nurul, Us. Zainuddin & juga Cgu.Ramlin serta anak-anaknya yg comel...Semoga Allah memberi kalian rezeki yg melimpah-limpah...Amin.
Sepanjang kebersamaan kami di sana, byk yg telah kami kongsi bersama. Sudah namanya holiday, so tiada masa utk bersedih & berduka. Apa yg …

Hassan Basrie: Tangguh bayar denda

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie terselamat daripada hukuman penjara 42 bulan setelah Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pembayaran denda berjumlah RM210,000 yang dikenakan Selasa lalu.
Hakim Tan Hooi Leng membuat keputusan itu setelah mengambil kira perkhidmatan tertuduh selama 30 tahun dan kerjasama yang diberikan sepanjang perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya.
Katanya, mahkamah membenarkan Hassan Basri menangguhkan pembayaran denda tersebut sehingga proses rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi di sini.
Hooi Leng juga memerintahkan Hassan Basri menandatangani bon jaminan dan hadir bersama seorang penjamin, selain pasport antarabangsanya disimpan oleh mahkamah.
Keluarga Hassan Basri bersetuju melunaskan RM25,000 hari ini sebagai wang pendahuluan daripada denda keseluruhan yang dikenakan.
Mahkamah juga memerintahkan wang jaminan sebelum ini dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang perlu dibayar hari …

Maaf: Dendam yang Terindah

Setiap kali kita melakukan kesilapan atau kesalahan pasti kita akan merasa bersalah. Syukurlah jika kita dimaafkan. Namun jika sebaliknya, dendam yang akan mewarnai kehidupan kita. Inilah yang pahit dan perit.
Memberi maaf adalah sifat yang paling mulia selain darjat seseorang akan diangkat oleh Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT dan Rasul-NYA berpesan:
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf ayat 199.
“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” Riwayat Muslim.
Sekiranya kita bersalah, memohon maaflah dengan segera. Biarkan ia menjadi tradisi kita sehari-hari. Kemanisannya akan membuatkan hubungan menjadi lebih indah dan tenang.
Jika kita berdendam, leraikanlah ia dengan memberi kemaafan kerana sebaik-baik dan dendam y…

Siti Maryam: Hak Saya Untuk Kahwin

Image
"Perkahwinan adalah hak individu dan saya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri" Siti Maryam Mahmood, 14 tahun. "Saya sudah fikir tentang tanggungjawab dan akibat kahwin muda" tambah gadis ini ketika mengulas tentang perkahwinannya bersama seorang ustaz yang mengajar kelas tuisyen, Abdul manan Othman, 23 tahun. Mengikut apa yang dijelaskannya, perkahwinan tersebut telah mendapat keizinan daripada kedua-dua pihak ibubapa pasangan ini. Apa yang menarik perhatian saya apabila anak gadis ini berkata: "Anak gadis tidak terhalang dari mengembangkan potensi diri setelah menikah di umur yang awal malahan mereka boleh menjadi matang apabila berkahwin".

AWAL MUHARRAM 1432H

Image
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".


...DOA AKHIR TAHUN...

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


...DOA AWAL TAHUN...


p/s: semoga umur kita diberkati Allah SWT....amin..

Kenapa Tak Rogol Saya?

Image
Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki …

Silly Laws Around The World II

France:
- It is illegal to name a pig 'Napoleon';

- Between 8 a.m and 8 p.m, 70% of the music on the radio must belong to French artists;

- It is illegal to sell a doll whose face does not look like the human face.

Australia:

- Although it is illegal for children to buy cigarettes, condoms and alcohol, it is legal to use them.

- It is illegal to wear black clothes, felt shoes and slippers when you walk on the streets. These items are worn by thieves;

- It is illegal to dress up like Batman;


Finland:

Donald Duck was once banned for not wearing pants.


USA:

- Impotence is the reason ofdivorcein 24 states;

- In Illinois, it is illegal to speak English. The official recognized language is American;

- In Oxford, Ohio, it is still illegal for a woman to undress in front of a picture with a man;

- In Indiana, in 1950, everything that was related to Robin Hood was forbidden. Robin's idea of taking money from the rich and give to the poor was considered a communist idea.


Thailand:

- If you drop a c…

Silly Laws Around The World

Image
Here are some of the funniest laws that can only be meant 'by fools for fools' because surely wise and people in right mind won't think of making such laws, let alone having the need to put them down as such in their legal books: Different states of the United States have some unique yet foolish and eccentric laws of their own. In Alabama, putting salt on a railroad track may be punishable by death and keeping an ice cream cone in your back pocket at any time is a crime. A law in Fairbanks, Alaska does not allow moose to have sex on city streets. In Alaska, you may hunt a bear safely but it is illegal to wake a bear and take a picture for photo opportunities.In Arizona, US, donkeys cannot sleep in bathtubs and you may be imprisoned for 25 years for cutting down a cactus. In Arkansas, schoolteachers who bob their hair are not eligible for a raise and it is illegal to buy or sell blue light bulbs. In Baldwin Park, California, nobody is allowed to ride a bicycle in a swimming …