Posts

Showing posts from December, 2017

Tenanglah Engkau Disana Abdul Muttalib

Image
Hari ini 23 Disember 2017, belasungkawa buat kita semua.
"...engkau pergi meninggalkan dunia, kami merindukanmu, bagimu syurga di sana dengan izin-Nya..."
Sedih dan sangat terkejut menerima berita pemergian seorang anak didik yang terlalu rapat dengan AK sewaktu berkhidmat di SMAN Tambunan pada tahun 2014. Arwah sangat baik dan ringan tulang, selalu bersama AK dan tidak putus mengorek ilmu daripada AK.
Allahyarham Abdul Muttalib Mohd Rizal, berasal dari Kampung Merampong, Keningau merupakan seorang murid yang sangat pendiam tetapi menyimpan seribu rahsia. Banyak rahsia dan perkongsian arwah sampaikan kepada AK. Tidak pernah jemu membantu AK dan selalu menenami AK kemana sahaja.
Moga Allah SWT menempatkanmu bersama hambanya yang soleh. Tenanglah engkau disana wahai Abdul Muttalib.
اللهم اغفر له وارحمه، وعافه ،واعف عنه ،وأكرم نُزُله ، ووسع مُدخلهُ ، واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خ…

Peranan Guru Sebagai Mua'llim, Mudarris, Muaddib, Murabbi dan Mursyid

Image
Berikut adalah beberapa bahan yang telah dikumpul untuk menjana idea dan memahami konsep seorang guru yang memainkan peranan sebagai mua'llim, mudarris, muaddib, murabbi dan mursyid.
Menerusi setiap peranan tersebut, guru akan menyelesaikan dan menangani masalah yang dihadapi oleh muridnya dengan kaedahnya tersendiri sesuai dengan peranan yang dimainkannya.
Moga bermanfaat untuk semua. 






Kemahiran Pengucapan Awam

Image
Menjadi seorang guru adalah mustahak baginya untuk menguasai kemahiran berucap di hadapan umum. Kemahiran pengucapan awam ini juga perlu dipupuk agar mesej yang disampaikan jelas dan diterima dengan betul.
Guru yang berkualiti seharusnya memiliki cara dan kaedah yang berkesan dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran. Keupayaan dan tahap kecekapan murid perlu difahami terlebih dahulu sebelum memilih laras bahasa dan gaya penyampaian.

Apapun, kemahiran berucap di hadapan orang perlu dimiliki dan dikuasai oleh golongan pendidik. Cara untuk menguasai kemahiran ini boleh dipupuk dengan tips berikut:
1. Keyakinan dalam diri untuk menyampaikan. Yakin bahawa berucap adalah satu proses yang dibentuk dan dididik bukan dikuasai secara semulajadi. 
2. Persediaan diri dan bahan yang ingin disampaikan. Persediaan penting memastikan pengucap faham dan tahu apa yang disampaikan dan pendengar mengetahui intipati ucapan. 


3. Latihan sebelum naik ke pentas atau berada di depan awam. Latihan penting untuk…

INTERAKSI DISEMBER 2017

Image
Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti bermula dengan rasminya pada 04 Disember 2017 hingga 16 Disember 2017 selama dua minggu. Alhamdulillah AK ditempatkan di IPG Gaya Kota Kinabalu sahaja dekat dengan rumah dan boleh ulang alik. Banyak pengalaman yang diperoleh dan ilmu pengetahuan juga mencurah-curah selama dua minggu kursus ini. Meskipun tamat untuk Interaksi Disember 2017 ini namun tugasan yang menanti juga banyak perlu dilunaskan. In shaa Allah hingga jumpa lagi di Interaksi Mac 2018 nanti. Moga tabah. PDPLI KDC Ambilan November 2017
IPG Gaya Kota Kinabalu Sabah
Opsyen Pendidikan Islam (Sekolah Menengah)
Kumpulan 1 Sekolah MenengahWasalam.

Ahlan Wasahlan

Image
Assalamualaikum w.b.k
Kenangan menghantar anak didik yang akan melanjutkan pengajian di peringkat universiti. Apa yang lebih membanggakan ialah universiti yang menjadi destinasi menimba ilmu seterusnya ialah Universiti Sains Islam Malaysia.
Satu pesanku, moga tabah dan teruslah menjadi hebat. Hebat pada diri sendiri sudah memadai. Banyak dan terlalu banyak dugaan yang bakal dihadapi, hanya doa mampu mengiringi. 
Kepada Asyraful Aqwa, Mohd Izzudin dan Mohd Faizal, Welcome to the club,  ahlan wasahlan,  selamat datang ke USIM.







Tulis Untuk Ingat

Tulis Untuk Ingat
Aku bicara untuk menjelas agar apa yang aku dapat semua tahu.
Aku soal untuk memahami agar apa yang aku tahu semua jelas.
Aku tulis untuk mengingati agar apa yang aku jelas semua kekal.
Aku bicara  aku soal aku tulis kerana aku mahu dan tahu ianya amat penting  bagi aku dan semua.

oleh: Acid Khoudri Papar, Sabah

Teruslah Berjalan Mencari Makna Kehidupan

Terus Berjalan Mencari Makna Kehidupan
Teruslah berjalan meski langkahmu keseorangan kerana Dia itu Tuhan kan selalu menjadi teman.
Teruslah berjalan sejauh mana mampu kau capai kerana hidupmu  kau sendiri yang perlu tentukan.
Teruslah berjalan mencari dan terus memahami makna kehidupan.
Teruslah berjalan bersedia hadapi apa rintangan kerana ia bisa mematangkan.
Teruslah berjalan mencari makna kehidupan walau dirimu keseorangan ke mana yang kau inginkan bersedia hadapi rintangan paksikan hidupmu pada Tuhan.

oleh: Acid Khoudri 22.12.2017 Papar  |  Sabah