28 February 2012

Semester Akhir

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan nikmat-NYA selama ini Acid Khoudri (AK) mampu meneruskan perjuangan AK di bumi USIM ini. Syukur sekali lagi kerana ini adalah perjuangan terakhir AK di sini. 

Pada semester kali ini, iaitu semester 10 (akhir) setelah 5 tahun berjuang, AK telah berjaya mendaftar beberapa subjek yang mana pada persepsi ramai orang bahawa subjek yang AK dan rakan-rakan seperjuangan ambil pada semester ini walaupun sudah berada di semester akhir agak banyak jika dibandingkan dengan pelajar universiti yang lain khususnya pelajar tahun akhir. 



Entahlah mungkin disebabkan ramai orang cakap semester akhir adalah semester yang agak sibuk dan mencabar. InshaALLAH, AK percaya dengan kekuasaan Allah dan AK akan cuba sedaya upaya untuk melalui semester ini tanpa sebarang keluhan. InshaALLAH, amin.

AK berharap semester ini adalah semester yang paling bermakna buat AK dan rakan-rakan lain. Hmmm..agak sukar untuk terima kenyataan juga sebab tidak lama lagi kami semua akan teruskan hala & matlamat hidup masing-masing. AK berharap selepas habis semester ini, AK dan yang lain dapat mengadakan satu majlis untuk meraikan perjuangan kami & sekaligus sebagai majlis perpisahan kami.

Apapun yang bakal dilalui, semester ini harus ditempuhi dengan jayanya. AK sudah ada azam yang AK mahu berubah & fokuskan bidang AK. InshaALLAH, Allah Musta'an. Amin.


25 February 2012

Belum ada rezeki

"Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya".
Kehidupan - Raihan ft Inteam

Assalamualaikum buat semua. Kali ini izinkan saya buat entri dalam bentuk dialog sebab kejadian ni antara aku, kakak aku, abang aku & family aku.

19.02.2012 (somewhere in february)

Aku: "Mak, bila kak amie mahu bersalin?"
Mak: "Dia bagitahu 25.02.2012...tapi kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat".
Aku: "Wah bestnya, sudah mahu dapat baby. Makin ramailah cucu mama".
Mak: "Ya..tu la."


Aku pun ada post kat Facebook yg mana family aku akan meraihkan kedatangan dua 'orang baru' ke dalam family aku yg besar ni. Memang gembira sebab makin bertambah anak buah (anak saudara) dan suasana rumah akan bertambah lagi meriah la kan?

21.02.2012

Kakak aku bagi mesej bagitahu yg kakak ipar aku sudah masuk hospital. Dikatakan akan melahirkan anak perempuan. Satu keluarga menanti dengan penuh sabar & gembira.



22.02.2012

Pagi


Abg Alif: "Salam, doakan kak amie supaya bersalin dengan baik".
Aku: "Wasalam, Inshaallah".


Pagi tu dapat mesej dari abang aku alif. Doakan kakak ipar supaya dapat bersalin dengan baik. Aku rasa berdebar semacam. Tapi sekejap sahaja. Kalau abg aku pula macam mana la kan keadaannya tu?...hmmm

Tengahari

Kakak aku, Rfinah bagi mesej kat abg alif, ucapan tahniah dan tanya keadaan baby yang dilahirkan.

Petang

Kakak Rfinah call aku kira-kira pukul 2.00 petang.

Kak Fina: "Salam, cid kau tahu sudah cerita anak alif?".
Aku: "Belum. Kenapa?"
Kak Finah: "Belum ada rezeki dorg mahu dapat anak.?"
Aku: "Apa? Aku tidak faham".
Kak Finah: "Anak dorg lemas waktu dilahirkan. Tidak hidup. Alif call aku tadi sambil menangis. Bergegar tangan & kaki aku dengar cid".
Aku: "Innalillah Wainna ilaihi rajiun. Hmm..Ya Allah, sudah itu takdir dorg. Jadi macam mana lah keadaan kak amie sekarang?.
Kak Finah: "Alif bagitahu dia belum lagi berhenti menangis. Belum dapat terima kenyataan."
Aku: "Allah Akbar..tengok saja bah macam mana Kak Lia dulu..".
(Waktu ni perasaan aku sudah capai tahap sedih mahu menangis, tapi aku tahan).
Kak Finah: "Kau doakanlah dia supaya kuat. Aku lagi ni nanti macam mana aku pun tidak tahu. Kau doakanlah juga aku dengan anak aku selamat."
Aku: "Inshaallah. Jangan fikir negatif."


Kak Finah aku pun sebenarnya mahu bersalin pertengahan bulan Mac. Sebab tu dia agak terkesan dan sedikit gugup mendengar berita tu.

Petang pukul 5.00

Aku: "Mak, bila anak alif mahu dikubur?".

Mak: "Kalau sempat petang ni juga."
Aku: "Bah, aku hanya mampu sedekah al-fatihah. Inshaallah malam nanti aku baca yasin disini."



Malam

Aku dengan kawan-kawan satu rumah berjemaah membaca yasin. Aku niatkan dalam hati supaya abang aku alif, kak amie isterinya supaya kuat dan terus bersabar hadapi ujian ini. Bukan senang sebenarnya sebab ikut pengalaman Kak Lia aku, berbulan-bulan juga baru dapat reda kesedihan tu, sebab itu adalah anak pertama. Memang berat ujian ni, Inshaallah aku yakin ahli keluarga aku kuat hadapinya.

16 February 2012

Penghargaan yg murah

" Pahit getir hidup dan pengorbanan 
terpaksa dihadapi demi kejayaan "
Ella - Standing In The Eyes of The World.

Assalamualaikum W.B.K buat kalian semua. 
Agak lama juga tidak update blog ini, 
tapi alhamdulillah kali ini 
aku diberi kesempatan untuk buat entri baru. 
Pasal keputusan aku daa... HaHa

Alhamdulillah Hamdan Kathiran Ya Rabb...

Result semester lepas sudah pun keluar 
dan aku agak puas hati dengan apa yang aku dapat. 
Rezeki Allah selalu ada 
pada orang yang berusaha dengan cara yang halal. 
Betulkan?? 
Alhamdulillah..=)


Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan 
untuk mengucapkan jutaan terima kasih 
kepada semua teman seperjuangan:

NAZIM
ANOD
ARIFF
BOB
IFTITAH
NAEEM
HAFIZI

Barakallah & Jazakallah Khairan !!

dorg lah yang telah banyak membantu 
sepanjang semester 9 tahun lepas. 
Budi dan jasa baik kalian 
aku tak tahu nak balas macam mana, 
tetapi aku harap keputusan aku semester lepas ni 
cukup sebagai bukti betapa berkesannya 
& berbaloinya usaha kita selama ini. 

Yup, hanya Allah tahu betapa peritnya & payahnya kita 
untuk study satu-satu subjek. 
Tapi Alhamdulillah, 
Allah selalu bagi rezeki pada mereka yang berusaha.

Untuk Semester akhir ini, 
aku akan lebih berusaha keras sekeras mungkin 
(study smart masih perlu dikekalkan). 
Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku 
bila masuk semester akhir ni
setelah 9 semester @ 4 tahun dilalui. 

Uhhhh...lama tu...sudah penat daa...HuHu

Salam, Bye~