27 December 2021

Tamat KDC dengan manis

 Throwback 

Tamat cerita KDC tahun 2019

Diploma Pendidikan Lepas Ijazah 
(DPLI) Pendidikan Islam Sekolah Menengah
Kursus Dalam Cuti (KDC)

Alhamdulillah..
Terima kasih buat semua rakan sekelas sewaktu KDC
Kelas SM1 Banggi
(dan semua kelas sm/sr)
IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu

Tanpa bantuan kalian, 
siapalah aku, 
mati kutulah aku. 
hahaha

Pengalaman waktu KDC..
Datang awal pagi
Balik lewat malam
Kelas direct & full seharian
Rehat 1 jam saja
Assignment bertimbun
Pembentangan berulang kali
Exam di dewan panas
Lambat masuk dewan exam
Stay up waktu study week
Ulangkaji ala-ala membentang sebelum exam
Makan-makan dalam kelas
Pensyarah strict
Pensyarah santai
BIG
Aktiviti Kokum
Praktikum
dan banyak lagi

mana yg baik, ikutlah.. 
mana yg tak baik, jangan ikut pula :)

Resepi kejayaan KDC :
1. Bantu kawan, kawan bantu kita.
2. Banyak baca, jawab exam tak gelabah.
3. Banyak minta nasihat & pendapat kawan.
4. Kalau ada info @ nota, kasi share sama orang lain.





p/s :
Ini adalah post aku terakhir tentang KDC. Tiada lagi pasal assignment @ kdc selepas ini. Jazakumullah khairan. 


RPH Praktikum Pendidikan Islam

Assalamualaikum wbk.. 

Menulis RPH praktikum memang sangat susah kerana perlu kreativiti dan idea bagaimana sesuatu kandungan atau ilmu hendak disampaikan kepada murid. In shaa Allah, kalau sudah biasa dengan "flow" untuk RPH ini dan elemen yang penting di dalamnya, mudahlah lepas tu untuk menulis RPH praktikum apatah lagi RPH pdp biasa.

RPH praktikum ini perlu jelas dan terperinci untuk memastikan perjalanan pdp kita berjalan dengan baik dan lancar. Jika ada kelopongan dan kelemahan, segeralah kita perbaiki.

Berikut merupakan salah satu RPH aku semasa menjalani praktikum KDC. #RPHpraktikumKDC

Aku share di sini supaya selepas ini jika ada sesiapa yang mahu rujuk, boleh rujuk dan gunakan. RPH ini pun ada kekurangan juga ya, jadi sepuluh jari dihulurkan mohon ampun maaf lah awal-awal.. hehe

Semoga bermanfaat !


Pautan RPH versi pdf ;

Pautan RPH versi doc ;


Teruskan Berjuang Meski Lelah


Saat kau memutuskan untuk berjuang
berjuanglah sehingga kau temui kesudahan.
Adakala kau perlu berjuang seorang diri
menempuh onak duri kehidupan
tanpa sahabat, kawan & teman
melangkahlah dengan penuh harapan
kadang diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran
bila sesuatu kau telah mulakan
biarlah ia berakhir dengan sesuatu kebaikan
ada kesudahan yang membuatmu tersenyum
rasa bangga bila dikenang.

Kuatkan hatimu
cekalkan dirimu
yakin bahawa semua
akan berakhir
dengan kebaikan.




14 March 2021

Aku & Dunia Pengucapan Awam

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini AK ingin kongsikan tentang dunia pengucapan awam yang AK telah dalami sejak bangku sekolah menengah lagi. Namun, kali ini lebih kepada peranan AK sebagai pembimbing, bukan sebagai peserta.

Sejak 2012, AK berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta yang berpusat di Kota Kinabalu Sabah, AK telah menyelaras banyak program pembentukan keyakinan diri atau pengucapan awam ini. Antaranya ialah syarahan, pidato, tazkirah mahupun debat. Kesemua aktiviti ini menjadi darah daging atau nadi dalam hidup AK sejak 2012 lagi. AK banyak terlibat sebagai seorang pembimbing, walaupun AK tidak berpengalaman (pada ketika itu) dalam bidang pengucapan awam. Namun berbekalkan pengalaman AK sendiri sebagai peserta bahas, syarahan dan kaunseling klien, AK beranikan diri dan mengambil inisiatif mendalami ilmu pengucapan awam dengan lebih terperinci mengikut format tertentu, seperti pidato peringkat universiti, pidato peringkat sekolah, syarahan agama dan banyak lagi. 

Namun, sebelum AK menceritakan lebih lanjut tentang pengalaman pengucapan awam AK ini, AK ingin memaklumkan di sini bahawa insan yang menarik AK dalam bidang pengucapan awam ini ialah Cikgu Maskupah Binti Ag Limuddin, iaitu guru yang sangat AK kagumi dan anggap sebagai inspirasi dalam dunia pengucapan awam. Meskipun beliau tidak pernah berada dalam mana-mana pertandingan pengucapan awam, namun apabila beliau berucap atau memberikan ucapan di hadapan semua murid, semua perkataan yang keluar dari mulutnya ibarat permata yang ditanam dalam diri murid. Paling AK ingat ialah "mereka ini tak tahu diuntung, sudah diberi nikmat, tetapi disia-siakan". Baik, itu adalah penunu api pengucapan awam AK. Selesai.

Sepanjang penglibatan AK sebagai pembimbing dalam dunia pengucapan awam, AK dapat lihat perubahan yang sangat ketara dalam diri murid @ peserta yang AK latih. Terutama sekali dari segi keyakinan mereka berhadapan dengan orang ramai dan perkataan mereka apabila berucap di hadapan. Sangat berbeza sebelum mereka menyertai @ ditarik oleh AK ke dalam dunia pengucapan awam.

Prinsip yang AK selalu pegang ketika mendidik mereka ialah "kita tanam hari ini, kita nikmati hasilnya esok hari ketika menuai." Walaupun usaha yang AK lakukan nampak kecil, dan ada pernah yang mentertawakan, namun AK tetap dengan pendirian bahawa hasilnya pasti akan muncul suatu hari nanti. AK juga selalu mengingatkan kepada anak didik AK bahawa jangan perlekehkan usaha kecil yang kita lakukan, usaha kecil ini jika dikumpul, pasti akan membuahkan satu hasil yang sangat besar!

Apapun, inilah dunia Ak yang Ak temui. Inilah tanah lapangan AK yang akan AK usahakan dengan benih-benih berharga. AK masih menyimpan impian bahawa suatu hari nanti apa yang AK usahakan hari ini akan menjadi manfaat buat semua (anak didik AK). 

Yakinlah pada diri, kerana seorang bintang lahir dari usaha keras yang konsisten..!


Trecy Jay Aznina
Tingkatan 3
SMK Tulid, Keningau 
2020

Adik Trecy Jay telah mengalahkan hampir 200 orang peserta seluruh Malaysia daripada pelbagai jenis sekolah. Bersama dua lagi rakan lain, Chilnia Vennynisha dan Sylveanessa Bonipasius yang juga tersenarai dalam 20 peserta saguhati.


Syukur pada Allah SWT atas kejayaan ini. 

Acid Khoudri
Sook, Sabah
10:30 PM