27 September 2022

Insentif SPM 2021

 Assalamualaikum wbk

Alhamdulillah pada 24 September 2022 (Sabtu) telah dilaksanakan majlis penyerahan Insentif kepada murid cemerlang SPM tahun 2021. Untuk mata pelajaran Pendidikan Islam, setinggi-tinggi kesyukuran Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana keputusan SPM meningkat dengan drastik atas kerjasama dan hasil usaha anak-anak didik yang sangat baik.

Berikut merupakan GPMP Pendidikan Islam mengikut tahun masing-masing:

2016 : 5.77

2017 : 5.32

2018 : 5.61

2019 : 6.67

2020 : 6.16

2021 : 5.04

Apa yang lebih membanggakan ialah apabila 95.64% calon berjaya lulus di mana calon yang meraih gred Gagal (G) dalam ujian pertengahan tahun dan percubaan SPM berjaya meraih gred C dalam mata pelajaran Pendidikan SPM 2021. Semua hasil kesedaran dan semangat juang anak-anak didik yang tidak berbelah bahagi. Semoga semua anak-anak lepasan SPM 2021 dapat membina kehidupan yang bermanfaat dan menelusuri hala tuju yang baik. Aaaamin


Sharly Masyitah binti Sulimin meraih A- dalam Pendidikan Islam SPM 2021.


Yelzany bin Komborod meraih A- dalam Pendidikan Islam SPM 2021.


Diharap agar keputusan SPM tahun 2022 akan menjadi lebih baik, begitu juga tahun berikutnya. 

Inshaa Allah.


Acid Khoudri

27 September 2022 | Sook | 9:22PM

Hari Keusahawanan SMK Tulid Tahun 2022

 

Assalamualaikum Wbk

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka Hari Keusahawanan SMK Tulid bagi Tahun 2022 dapat direalisasikan dengan penuh kesederhanaan.

Banner Hari Keusahawanan yang direka dan disunting sendiri oleh AK. Dibuat semasa AK sedang bercuti bersama keluarga di Polumpung Kota Belud.

Hari Keusahawanan atau Karnival Koperasi kali yang terakhir telah dijalankan pada tahun 2018. Setelah beberapa tahun berlalu akibat pandemik dan beberapa kekangan, maka karnival koperasi tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2019, 2020, 2021. Syukur pada tahun ini, meskipun jalan kerja untuk program ini dilaksanakan agak kelam kabut, berkat kesabaran dan komitmen seluruh warga sekolah, dapat juga kita sama-sama merealisasikannya.

13 buah persatuan dan beberapa organisasi yang melibatkan diri dalam program pada tahun ini. Kesemua gerai jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan dapat menggandakan pendapatan masing-masing. Tidak dinafikan banyak penambahbaikan yang perlu dibuat pada program akan datang.

Insha Allah, jika tiada masalah dan kekangan, Hari Keusahawanan akan dilakukan lagi pada tahun 2023 sekitar bulan September, iaitu merupakan program penutup sempena sambutan Hari Kebangsaan.