"Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna...ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan..."
- Manbai & Raihan -
Setiap kali datangnya bulan ramadhan, pasti lagu ini menjadi kegemaran AK. Mungkin liriknya begitu mudah serta menyentuh perasaan AK.
Sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini, AK berharap agar AK dapat berubah kepada yang lebih baik. AK sudah tanamkan niat & inginkan perubahan pada Ramadhan kali ini. InshaAllah.
Harapan AK buat semua, sama-samalah kita isi bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang berfaedah, buat diri, keluarga, agama, bangsa mahupun negara kita sendiri. Inilah masanya untuk kita membersihkan semua kekotoran di dalam diri. Bak kata ramai orang "Bulan Tazkiyatunnafs".
Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa buat semua.