22 November 2014

Semangat Kena Kuat

Semangat Kena Kuat
oleh:
Acid Khoudri


Ujian Allah untuk kita tidak akan pernah putus,
pelbagai bentuk ujian Dia akan utus,
ada yang buruk ada yang bagus.

Langkah kaki harus kuat,
kita mahu jadi hebat,
kita mahu jadi bermanfaat,
maka kuatkanlah semangat.

Walau tajam onak duri,
walau berat ujian diberi,
tetap dengan pendirian diri,
bermanfaat untuk duniawi,
matlamatnya ukhrawi.

Semangat kena kuat,
kita mahu jadi bermanfaat,
jangan lupa Allah walau sesaat,
inshaallah tidak tersesat.

Teruskan melangkah,
jangan mengalah,
walaupun rebah,
ingatkan diri untuk jadi gagah.



Isi hati;

Acid Khoudri
Tambunan
09:50 AM | Taman Syurga SMAI Tambunan

18 September 2014

Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua, sekarang ini tengah cuti sekolah.
Maksudnya, saya kena balik rumah lah jawabnya.
Balik kampung in other words.

Wait !

Banyak tests @ imtihan mahu buat lepas cuti nanti.
And i haven't prepare the questions yet. So how ?
Any suggestion ?

Okay. Lama tidak balik, so balik saja lah.
Bring along your work back home. You may finish your work at your home bro!
Wow, such a brilliant idea.

Okay. I'm home.
Ini kisahnya di rumah.
Day 1 of break, wasn't a productive day at all.
Day 2 of break, wasn't a productive day.
(Okay, i'll try my best to do some work tomorrow. I promise!)
Day 3, i didn't touch my work instead buat kerja mirath @ faraidh.
Was it the work that i should finish off ? No!

Enough. I should decide now whether to stay or go back to school.
Balik sekolah or stay sampai habis cuti.
Hmmmmmmmm...
Priority bro!
Okay, muktamad. I will go back to school.

That's the reality i had when was at home for a short school break. Had no productive days at all.
Yeah, maybe spending time with my beloved family boleh dipertimbangkan keperluan kasih sayang.
I see, the theory of Keperluan by Abraham Maslow is now applied. (out of track!!)

That's all. Terima kasih.

01 September 2014

Jika salah, maafkan..

Lumrah insan tidak lari dari kesilapan,
fitrah manusia tidak lekang dari kesalahan,
hakikat manusia selalu memaafkan,
itulah namanya kehidupan..

Andai diri ini pernah menyakiti,
andai diri ini selalu melukai,
andai diri ini tidak disukai,
diri ini mohon maaf agar hidup dirahmati,
oleh Allah Rabbul Izzati..

Tiada apa yang indah selain kemaafan.,
tiada apa yang siksa selain tidak dimaafkan.

Maafkan. 
Lupakan. 
Teruskan berjalan.

Nukilan hati:
Acid Khoudri
Tambunan, Sabah

22 August 2014

Lagu Memberi Semangat

PERJALANAN HIDUP


dalam hidup ini penuh cobaan dan liku-liku
buatku menyerah dan putus asa
hanya senyuman dan air mata

setiap manusia pernah merasakan kegagalan
jangan menyerah dan putus asa
hidup adalah perjuangan

majulah, jangan menyerah
perjuangkanlah cita-cita
hadapilah hidup ini
mungkin hanya ujian Tuhan

setiap manusia pernah merasakan kegagalan
jangan menyerah dan putus asa
hidup adalah perjuangan

majulah, jangan menyerah
perjuangkanlah cita-cita
hadapilah hidup ini
mungkin hanya ujian Tuhan

(majulah, jangan menyerah
perjuangkanlah cita-cita
hadapilah hidup ini
mungkin hanya ujian Tuhan)

majulah, jangan menyerah
perjuangkanlah cita-cita
hadapilah hidup ini
mungkin hanya ujian Tuhan, hanya ujian Tuhan

Hidup Tidak Manis Tanpa Ujian

"Majulah jangan menyerah..
perjuangkanlah cita-cita..
hadapilah hidup ini..
mungkin hanya ujian Tuhan.."

- Lagu Perjalanan Hidup, Andika -

Kita ibaratkan hidup kita ini seumpama perjalanan sebuah bahtera di lautan yang luas, air laut yang tenang tanpa sebarang cuaca buruk dan ombak yang besar. Perjalanan bahtera itu sudah semestinya tiba dengan selamat. Namun, apakah perjalanan itu akan meninggalkan kesan di dalam hidup kita ?

Cuba kita bayangkan sebaliknya. Bahtera yang sama. Perjalanan bahtera itu diuji dengan getirnya ombak yang memukul, badai yang tidak diketahui datangnya, cuaca yang tidak menentu. Bahtera tetap teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi. Maka, apakah mungkin kita akan melupakan perjalanan 'getir' ini ?

Begitulah hidup. Jika banyak ujian yang Allah swt datangkan di dalam kehidupan kita, itu tandanya Dia ingin membentuk kita untuk jadi insan yang kuat. Sedang Dia sendiri telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran; "Apakah kamu dibiarkan masuk ke syurga tanpa diuji..".

Manisnya hidup itu terletak pada kuatnya sesebuah ujian yang kita lalui. Allah swt tidak akan uji lebih dari apa yang kita mampu. Kerana Dia sudah tahu kemampuan kita, maka ujian itu hadir khusus untuk kita. Umpama sepasang kasut yang akan muat pada kaki kita.

Ingatlah, Allah datangkan ujian kepada kita kerana Dia ingin kita kembali kepada-Nya. Atau mungkin Dia ingin kita terus dekat kepada-Nya. Kepada-Nyalah seharusnya kita kembalikan setiap sesuatu, begitu juga dengan hidup kita.

Jangan biarkan ujian hidup itu menghancurkan hubungan kita dengan Allah. Jangan biarkan ujian hidup itu merubah arah haluan kita mencapai keredhaan-Nya. Jangan biarkan ujian hidup itu tidak berbekas pada iman kita. Hidup tidak manis jika tiada ujian dari-Nya.

Acid Khoudri
Tambunan, Sabah

Lama Tidak Kemaskini Blog Acid Khoudri

Assalamualaikum w.b.k

Wah, agak lama juga blog ini tidak dikemaskini. Hmm..Bukan bererti hidup tidak seindah dulu, bukan juga bererti hidup sudah hilang manisnya, tetapi komitmen AK fokus kepada kerja yang AK lakukan sekarang.

Banyak kisah hidup yang AK ingin kongsikan di sini... AK akan ceritakan satu demi satu...yang penting sahaja untuk dicoretkan di laman ini.

Apapun, AK akan berusaha untuk kemaskini blog AK ini sebaik mungkin. Doakan AK mampu menjalankannya. HeHeHe ;)



Salam Rindu Tidak Bertamu buat semua (^_^)