Hidup Tidak Manis Tanpa Ujian

"Majulah jangan menyerah..
perjuangkanlah cita-cita..
hadapilah hidup ini..
mungkin hanya ujian Tuhan.."

- Lagu Perjalanan Hidup, Andika -

Kita ibaratkan hidup kita ini seumpama perjalanan sebuah bahtera di lautan yang luas, air laut yang tenang tanpa sebarang cuaca buruk dan ombak yang besar. Perjalanan bahtera itu sudah semestinya tiba dengan selamat. Namun, apakah perjalanan itu akan meninggalkan kesan di dalam hidup kita ?

Cuba kita bayangkan sebaliknya. Bahtera yang sama. Perjalanan bahtera itu diuji dengan getirnya ombak yang memukul, badai yang tidak diketahui datangnya, cuaca yang tidak menentu. Bahtera tetap teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi. Maka, apakah mungkin kita akan melupakan perjalanan 'getir' ini ?

Begitulah hidup. Jika banyak ujian yang Allah swt datangkan di dalam kehidupan kita, itu tandanya Dia ingin membentuk kita untuk jadi insan yang kuat. Sedang Dia sendiri telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran; "Apakah kamu dibiarkan masuk ke syurga tanpa diuji..".

Manisnya hidup itu terletak pada kuatnya sesebuah ujian yang kita lalui. Allah swt tidak akan uji lebih dari apa yang kita mampu. Kerana Dia sudah tahu kemampuan kita, maka ujian itu hadir khusus untuk kita. Umpama sepasang kasut yang akan muat pada kaki kita.

Ingatlah, Allah datangkan ujian kepada kita kerana Dia ingin kita kembali kepada-Nya. Atau mungkin Dia ingin kita terus dekat kepada-Nya. Kepada-Nyalah seharusnya kita kembalikan setiap sesuatu, begitu juga dengan hidup kita.

Jangan biarkan ujian hidup itu menghancurkan hubungan kita dengan Allah. Jangan biarkan ujian hidup itu merubah arah haluan kita mencapai keredhaan-Nya. Jangan biarkan ujian hidup itu tidak berbekas pada iman kita. Hidup tidak manis jika tiada ujian dari-Nya.

Acid Khoudri
Tambunan, Sabah

Comments

  1. kadang-kadang kita sendiri akan keliru dengan ujian yang hadir sesama manusia,
    keliru dengan pertanyaan mengapa ujian hadir,
    samaad untuk menguatkan kita untuk akan datang atau untuk melengkapkan apa yang kurang antara satu sama lain sesama manusia.

    pastinya ujian tetap akan hadir..
    jelas di dalam Al-Quran; "Apakah kamu dibiarkan masuk ke syurga tanpa diuji..".

    namun tak semudah itu untuk kita hadapi apa yang hadir dalam hidup.
    sebab tu pergantungan kepada Allah, bukan pada manusia.
    ap pun, selamat maju jaya.

    -twu sbh-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

في حب الله

Berfikir sebelum berkata-kata

SEPULUH APRESIASI buat SMAIP Tetap Di Hati