21 December 2017

Teruslah Berjalan Mencari Makna Kehidupan

Terus Berjalan Mencari Makna Kehidupan

Teruslah berjalan
meski langkahmu keseorangan
kerana Dia itu Tuhan
kan selalu menjadi teman.

Teruslah berjalan
sejauh mana mampu kau capai
kerana hidupmu 
kau sendiri yang perlu tentukan.

Teruslah berjalan
mencari dan terus memahami
makna kehidupan.

Teruslah berjalan
bersedia hadapi apa rintangan
kerana ia bisa mematangkan.

Teruslah berjalan
mencari makna kehidupan
walau dirimu keseorangan
ke mana yang kau inginkan
bersedia hadapi rintangan
paksikan hidupmu pada Tuhan.


oleh:
Acid Khoudri
22.12.2017
Papar  |  Sabah

No comments:

Post a Comment