..Salam Buat Semua..
Alhamdulillah..sedar ataupun tidak, sudah hampir di hujung ramadhan..
Bagaimana amalan kita setakat ini?
Semoga semuanya semakin bertambah, dosa pun haruslah dikurangkan…:)
Pada tahun ini, hara raya adilifitri akan berkunjung di dalam hidup kita sebagai rakyat Malaysia khususnya pada penghujung bulan OGOS..
Ya, penghujung bulan itu..
Inshaallah, jika diberikan peluang untuk menyambutnya, kita akan bersama-sama memeriahkan aidilfitri pada kali ini..
Tetapi
bukan itu sebenarnya yang acid mahu sampaikan, acid cuma ingin kongsikan disini perasaan acid untuk aidilfitri pada kali ini dan juga sambutan hari kemerdekaan Negara kita,
ya.....pada 31 OGOS 2011 ini..
Singkatnya, MERDEKARAYA..haha..harap semuanya dapat faham kenapa ianya disingkatkan..
Mungkin kebetulan, aidilfitri jatuh pada penghujung ogos, dan ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi kesesakan perasaan kita...:
"Mahu sambut Raya, Mahu sambut Merdeka"
Menyentuh tentang persiapan, hmmm…entahlah, susah mahu cakap…
Kalau acid sendiri persiapan untuk hari raya buat setakat ini memang langsung tiada, tetapi persiapan menyambut merdeka, banyak…acid sudah kibarkan bendera, sudah buat 1 puisi bertemakan kemerdekaan dan alhamdulillah telah pun di hantar ke akhbar tempatan..hehe
Apapun, perasaan dan semangat untuk dua perayaan ini tetap harus dihidupkan, supaya kita dapat menikmati indahnya aidilfitri dan juga bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang dapat menyambut hari raya aidilfitri dengan penuh harmoni, tenang dan aman..
Jika dibayangkan, betapa peritnya keadaan rakyat Somalia, Palestine, Thailand dan sebagainya..Inshaallah, sama-sama kita ringankan beban dan berkongsi rezeki kurniaan ALLAH SWT pada kita di muka bumi ini…
Untuk 10 hari terakhir ramadhan ini, bersama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT dan cuba sedaya upaya mengurangkan dosa-dosa kita, sama ada yang kita sedari ataupun tidak..
Inshaallah, apa yang penting adalah ISTIQAMAH..
Sebagai renungan:
“Barangsiapa menyembah ramadhan, ramadhan akan mati (pergi), barangsiapa menyembah ALLAH, ALLAH tetap ada dan tidak akan pernah mati.”
..Wassalam..
No comments:
Post a Comment