'KEPUTUSAN' PEPERIKSAAN

...salam semua...

Alhamdulillah syukur baru-baru ini keputusan semester lepas telah pun keluar...mesti ramai sekarang ni tengah gembira dgn keputusan yg diraih...tahniah dan teruskan berusaha untuk meraih kecemerlagan...('',)

Aku sebagai seorang pelajar, biasa lah.. mesti menghadapi benda yg sama...tapi kali ini aku agak sedih (pada mulanya) apabila melihat keputusan yg aku dapat...memang agak teruk....tapi apakan daya, mungkin Allah ingin uji aku, aku redha dengan apa yang aku dapat sebab aku tahu itulah hasil usaha halal aku....Alhamdulillah....

Apa yg aku mahu cerita di sini adalah tentang kejayaan...untuk semester lepas, aku akui yang aku tidak meraih sebuah kejayaan....aku rasa sedih...biasanya setiap kali keputusan peperiksaan keluar, aku akan berdebar dan setelah melihat keputusannya, aku akan gembira.....tetapi semester lepas, tidak....sebaliknya berlaku.....aku sedih kerana aku tidak meraih kejayaan.....aku harus hadapi kenyataan ini....

....TETAPI....

aku masih rasa gembira kerana sepanjang peperiksaan aku telah berkorban demi membantu sahabat-sahabat aku....aku gembira apabila mereka meraih keputusan yang amat memberangsangkan....agak baik....aku gembira melihat hasil usaha kami untuk belajar bersama-sama berhasil....Alhamdulillah...

Manisnya KEPUTUSAN kali ini aku dapat melalui keputusan orang lain, ya, ianya bukan milik aku....setelah bersusah payah, bertarung nyawa, berkongsi suka dan duka, semangat pun  semakin hilang dan datang kembali dek kerana adanya sahabat-sahabat yang memahami...perjuangan untuk harungi peperiksaan tetap diteruskan....Dan hasilnya, Alhamdulillah mereka semua mampu tersenyum....



Itulah 'KEPUTUSAN' yang aku maksudkan pada kali ini...
Aku harap apa yang aku perolehi akan aku ingati selamanya....
....PERSAHABATAN....



Comments

Popular posts from this blog

في حب الله

SEPULUH APRESIASI buat SMAIP Tetap Di Hati