28 February 2012

Semester Akhir

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan nikmat-NYA selama ini Acid Khoudri (AK) mampu meneruskan perjuangan AK di bumi USIM ini. Syukur sekali lagi kerana ini adalah perjuangan terakhir AK di sini. 

Pada semester kali ini, iaitu semester 10 (akhir) setelah 5 tahun berjuang, AK telah berjaya mendaftar beberapa subjek yang mana pada persepsi ramai orang bahawa subjek yang AK dan rakan-rakan seperjuangan ambil pada semester ini walaupun sudah berada di semester akhir agak banyak jika dibandingkan dengan pelajar universiti yang lain khususnya pelajar tahun akhir. 



Entahlah mungkin disebabkan ramai orang cakap semester akhir adalah semester yang agak sibuk dan mencabar. InshaALLAH, AK percaya dengan kekuasaan Allah dan AK akan cuba sedaya upaya untuk melalui semester ini tanpa sebarang keluhan. InshaALLAH, amin.

AK berharap semester ini adalah semester yang paling bermakna buat AK dan rakan-rakan lain. Hmmm..agak sukar untuk terima kenyataan juga sebab tidak lama lagi kami semua akan teruskan hala & matlamat hidup masing-masing. AK berharap selepas habis semester ini, AK dan yang lain dapat mengadakan satu majlis untuk meraikan perjuangan kami & sekaligus sebagai majlis perpisahan kami.

Apapun yang bakal dilalui, semester ini harus ditempuhi dengan jayanya. AK sudah ada azam yang AK mahu berubah & fokuskan bidang AK. InshaALLAH, Allah Musta'an. Amin.


No comments:

Post a Comment