"Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya".
Kehidupan - Raihan ft Inteam
19.02.2012 (somewhere in february)
Aku: "Mak, bila kak amie mahu bersalin?"Mak: "Dia bagitahu 25.02.2012...tapi kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat".
Aku: "Wah bestnya, sudah mahu dapat baby. Makin ramailah cucu mama".
Mak: "Ya..tu la."
Aku pun ada post kat Facebook yg mana family aku akan meraihkan kedatangan dua 'orang baru' ke dalam family aku yg besar ni. Memang gembira sebab makin bertambah anak buah (anak saudara) dan suasana rumah akan bertambah lagi meriah la kan?
21.02.2012
Kakak aku bagi mesej bagitahu yg kakak ipar aku sudah masuk hospital. Dikatakan akan melahirkan anak perempuan. Satu keluarga menanti dengan penuh sabar & gembira.
22.02.2012
Pagi
Abg Alif: "Salam, doakan kak amie supaya bersalin dengan baik".
Aku: "Wasalam, Inshaallah".
Pagi tu dapat mesej dari abang aku alif. Doakan kakak ipar supaya dapat bersalin dengan baik. Aku rasa berdebar semacam. Tapi sekejap sahaja. Kalau abg aku pula macam mana la kan keadaannya tu?...hmmm
Tengahari
Kakak aku, Rfinah bagi mesej kat abg alif, ucapan tahniah dan tanya keadaan baby yang dilahirkan.
Petang
Kakak Rfinah call aku kira-kira pukul 2.00 petang.
Kak Fina: "Salam, cid kau tahu sudah cerita anak alif?".
Aku: "Belum. Kenapa?"
Kak Finah: "Belum ada rezeki dorg mahu dapat anak.?"
Aku: "Apa? Aku tidak faham".
Kak Finah: "Anak dorg lemas waktu dilahirkan. Tidak hidup. Alif call aku tadi sambil menangis. Bergegar tangan & kaki aku dengar cid".
Aku: "Innalillah Wainna ilaihi rajiun. Hmm..Ya Allah, sudah itu takdir dorg. Jadi macam mana lah keadaan kak amie sekarang?.
Kak Finah: "Alif bagitahu dia belum lagi berhenti menangis. Belum dapat terima kenyataan."
Aku: "Allah Akbar..tengok saja bah macam mana Kak Lia dulu..".
(Waktu ni perasaan aku sudah capai tahap sedih mahu menangis, tapi aku tahan).
Kak Finah: "Kau doakanlah dia supaya kuat. Aku lagi ni nanti macam mana aku pun tidak tahu. Kau doakanlah juga aku dengan anak aku selamat."
Aku: "Inshaallah. Jangan fikir negatif."
Kak Finah aku pun sebenarnya mahu bersalin pertengahan bulan Mac. Sebab tu dia agak terkesan dan sedikit gugup mendengar berita tu.
Petang pukul 5.00
Aku: "Mak, bila anak alif mahu dikubur?".
Mak: "Kalau sempat petang ni juga."
Aku: "Bah, aku hanya mampu sedekah al-fatihah. Inshaallah malam nanti aku baca yasin disini."
Malam
Aku dengan kawan-kawan satu rumah berjemaah membaca yasin. Aku niatkan dalam hati supaya abang aku alif, kak amie isterinya supaya kuat dan terus bersabar hadapi ujian ini. Bukan senang sebenarnya sebab ikut pengalaman Kak Lia aku, berbulan-bulan juga baru dapat reda kesedihan tu, sebab itu adalah anak pertama. Memang berat ujian ni, Inshaallah aku yakin ahli keluarga aku kuat hadapinya.
No comments:
Post a Comment