Assalamualaikum w.b.k..
2015 hingga 2017, walaupun
singkat di pelabuhan ini namun bahtera yang aku labuhkan kini mula berlayar
kembali dan penuh dengan muatan yang berharga. Pelabuhan ini walaupun pernah
kujejaki, namun datang dengan berbeza tujuan.
Terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan kepada semua guru dan kakitangan yang telah memberi banyak tunjuk
ajar, bimbingan dan nasihat. Pada awalnya, aku adalah seorang yang “zero”
mengenai pendidikan, namun di pelabuhan inilah aku bertukar menjadi “hero” bagi
diriku sendiri.
Di kesempatan ini juga, aku ingin
memohon ampun dan maaf, andai aku pernah terkasar bahasa, buruk pada perlakuan
dan pertuturan, sama ada sengaja atau tidak sengaja, atas segala kekurangan,
atas segala kelemahan, dalam menjalankan tugas dan memikul amanah.
Apresiasi pertama buat Pengetua,
Al-Fadhilah Ustazah Hajah Dg Apsah Binti Hj Binsin, atas semua tunjuk ajar dan
cara kerja rasmi, yang aku pelajari secara langsung mahupun tidak langsung.
Tegas dan baik hati dengan kerja dan pekerja. Moga SMAIP terus menerus gemilang
di bawah pimpinan Ustazah.
Apresiasi kedua buat Penolong
Kanan Pentadbiran, Al-Fadhil Ustaz Fuad Imam Wahdan Syamsulhadi. Sejujurnya,
nama yang paling digemari untuk dilafazkan dan disebut bila mempengerusikan
majlis. Terima kasih atas segala nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan, menjadi
seorang Setiausaha STAM bukanlah satu tugas yang mudah, malah ketelitian itu
adalah ciri utama seorang setiausaha. Terima kasih atas kepercayaan memberi
amanah demikian kepada saya.
Apresiasi ketiga buat Penolong
Kanan Hal Ehwal Pelajar, Al-Fadhilah Cikgu Maskupah Bt Ag Limuddin. Ibunda
sejak di bangku sekolah. Insan yang telah mengajar aku erti nilai kemanusiaan,
memahami dan petah dalam bicara ilmiah. Terima kasih atas semua kepercayaan
yang diberikan. Sesungguhnya di balik setiap amanah yang diberikan,
terselindung beribu hikmah dan pelajaran. Alhamdulillah, hikmah dan pelajaran
itulah yang telah membina dan menjadikan aku seorang Pendidik.
Apresiasi keempat buat Penolong
Kanan Kurikulum, Al-Fadhilah Ustazah Fathiyah Binti Ahmad. Seorang yang sangat
cemerlang, menjadi idola dalam akademik dan pendidikan. Banyak nasihat dan
tunjuk ajar yang aku pelajari, terima kasih atas amanah dan kepercayaan pada
diri ini. Impian, ingin duduk semeja di peringkat kebangsaan.
Apresiasi kelima buat Penolong
Kanan Kurikulum, Al-Fadhil Cikgu Sazali Bin Hj Ibrahim. Guru yang pernah
menjadikan aku sebagai kebanggaannya. Datang semula ke SMAIP sebagai rakan
kerja. Selalu jadi pembantunya, dan selalu dapat maklumat mengenai kokurikulum
darinya. Terima kasih atas tunjuk ajar, nasihat dan teguran yang diberikan.
Apresiasi keenam buat Ketua Guru
Disiplin, Al-Fadhilah Hajjah Saimah Binti Rostani. Insan yang dari bangku
sekolah suka menyiram kami dengan kata-kata motivasi dan nasihat. Jiwa
ibundanya amat kuat, dan keprihatinannya amat mengagumkan, tidak tertanding.
Terima kasih atas kepercayaan, amanah dan tunjuk ajar sepanjang saya menjadi
anak murid dan pekerja di SMAIP. Teruslah memberi inspirasi kepada anak-anak
SMAIP.
Apresiasi ketujuh buat semua
rakan kerja guru lelaki, Ustaz Abd Kadir Abdullah, Ustaz Jumardi Tassa, Ustaz
Mohd Fadzly Luqman, Ustaz Abd Rahman Karim, Cikgu Mohd Rejab Bin Sariman, Cikgu
Mohthar Bin Marzuki, Cikgu Mohamad Hafiz Fahmi Bin Mohamad, Ustaz Ajrul Mumin
Awang, Cikgu Mohd Lutfi Bin Kalid, Ustaz Abid Soleh Abidin dan Cikgu Mohd Amir
Syaifuddin Bin Md Usop. : "Terima kasih atas segalanya. Halalkan makan dan minum.
Terima kasih menjadi ahli kerja dalam menjayakan sesuatu majlis dan program. Rakan
kerja yang selalu ceria. Sepanjang bekerja di SMAIP macam langsung tiada
masalah di bawa ke dalam bilik guru. Suasana kerja yang sangat membantu, ceria
dan matang. Tiada tekanan atau stress dirasai bila duduk di bilik guru. Segala
jasa dan budi kalian hanya Allah dapat balas."
Apresiasi kelapan buat semua
rakan guru perempuan, Cikgu Dg Rosmi Lamit, Cikgu Norehan Abu Bakar, Cikgu
Noriza Binti Abd Razak, Ustazah Dgku Lehainie Bt Ag Salleh, Ustazah Norhafizah
Milati Bt Mohd Mursal, Ustazah Wan Rozanah Bt Suhaini, Ustazah Rosajimawati
Binti Abd Rashid, Ustazah Rathana Bt Rodjit, Ustazah Nurfarhain Bt Nuwar,
Ustazah Sheilla Mei K Diaz, dan Cikgu Khairunnisa Bin Tahir : "Terima kasih atas
segala bantuan, tunjuk ajar, nasihat dan teguran sepanjang perkhidmatan di
SMAIP. Moga kalian terus cemerlang di bumi SMAIP."
Apresiasi kesembilan buat Ustazah
Wan Husna Bt Ramzan, Ustazah Zainon Bt Omar, Cikgu Dg Raihanah Nadiah Binti Ag
Mokti, Cikgu Dg Asmah Bt Raduan, Ustazah Nurul Khuzaimah Bt Maka dan Cikgu Siti
Aishah Bt Khalid. "Rakan kerja tulang empat kerat, rakan kerja yang tidak kenal
erti tugas ringan atau berat, rakan kerja yang sangat komited dan memahami.
Terima kasih untuk semuanya, makanan dan minuman. Kalian adalah unsung heroes,
ikhlas dalam menjalankan tugas. Kerja berat mana pun, tidak terasa kalau
bekerja dengan kamu semua."
Apresiasi kesupuluh buat
Kakitangan Bukan Mengajar, Puan Rohani Bt Hassan dan Encik Sulhan Bin Hasan.
Banyak ilmu perkeranian dikongsi dengan aku, sama ada tentang sistem pemfailan,
draf surat, persuratan, fotostat, dan sebagainya. Banyak ilmu kehidupan yang
diberikan. Selepas ini tidak tahu bagaimana keadaan petang aku di tempat baru.
Moga Allah lindungi kalian dan sentiasa sihat bersama ahli keluarga tersayang.
Sekian SEPULUH APRESIASI buat
SMAIP tercinta. Moga Allah memberi kesihatan dan rahmat-Nya untuk kalian terus
berjuang membawa sinar kegembiraan dan kecemerlangan di bumi SMAIP.
Sekian, wasalam.
|
Suasana SMAIP yang tenang dan damai. |
|
Lapor diri di SMAIP pada tahun 2015. Menerima jadual waktu daripada Cikgu Hjh Saimah Rostani. |
|
Barisan guru lelaki. |
|
Barisan pendidik bersama Al-Fadhil Ustaz Hamdani Omar, Mantan Pengetua SMAIP. |
|
Barisan orang kuat SMAIP. Dari kiri : Cikgu Hajah Saimah Rostani, Cikgu Maskupah Ag Limuddin, Ustazah Fathiyah Ahmad dan Pengetua Ustazah Hajah Dg Apsah Bt Binsin. |
x