20 June 2011

DuNia PasTi BerpuTaR

[ Sedang bumi pun berputar, Siang & Malam adalah buktinya ]


Setiap apa yang kita alami di dalam hidup ini sebenarnya telah dialami oleh orang lain sebelum ini. Mereka ditimpa musibah, lalu sedih dan kemudiannya akan mampu melupakannya. Begitu juga dengan kita, kita akan mengalami sesuatu, tidak kira ianya sesuatu yang sedih atau gembira, tetapi sedar ataupun tidak, kita akan mampu jalaninya dan mampu melupakannya. Itulah namanya putaran hidup.

Dunia ini dicipta oleh Allah swt untuk menguji kita sebagai hambanya. Adakala kita sedar yang kita sedang diuji, dan adakalanya kita agak tersasar dek kerana nipisnya iman ketika itu. Tetapi percayalah, semua ini adalah sebagai CUBAAN dan UJIAN yang Allah datangkan untuk kita supaya kita dapat merasai manisnya hidup bertuhan.

Apa yang berlaku pada kita pada hari ini, kita jadikan iktibar untuk hari esok. Apa yang berlaku pada orang sekeliling kita hari ini, kita ambil iktibar untuk kita seandainya perkara yang sama berlaku ke atas kita pada esok hari. Ingat, dunia pasti berputar. Jadi kita harus siapkan diri untuk menghadapi semua ini.

Allah SWT ingin tunjukkan kasih sayangNYA kepada kita melalui cubaan & ujian dan dari setiap itu adanya keindahan yang mana sama ada kita sedar ataupun tidak. Apa yang penting, kita harus ingat akan Dia & sentiasa IKHLAS..

19 June 2011

= SeLaMaT HaRi BaPa =

Today is father’s day as what people around us are now quite busy celebrating it…for me, celebrate or not, is just the same thing coz what actually important is we appreciate our beloved ones…

[...My Dearest Parents...]


Anyhow, as usual…wish to say....HAPPY FATHER’S DAY....to my beloved father = ENCIK AHMAD BIN JILUN = … No one can replace you and your deeds dad…. You are an overrated gift I ever have in my live….

My father is currently in a not very well condition, so I do hope all of you out there may pray for his recovery… Inshaallah…

15 June 2011

Jangan Selalu Berbohong



BERLAKON untuk melepas diri? Anda yang membaca artikel ini juga tidak boleh tidak, pernah berlakon untuk melepaskan diri daripada pelbagai situasi. Bermula sejak di zaman persekolahan, kita berlakon kononnya buku latihan tertinggal di rumah, padahal kita tidak membuat kerja sekolah. Kita berlakon, kaki kita sakit sebab tidak memakai kasut sekolah, padahal kasut kita basah kerana kita bermain lopak hujan petang semalam.

Apabila dewasa, berlakon untuk melepaskan diri menjadi satu mekanisme muslihat untuk mempertahankan diri. Berpura-pura tidak nampak si kakak penjaja kerepek yang singgah dari meja ke meja ketika kita makan di restoran, adalah satu contoh lakonan untuk mengelak daripada membeli jajan yang kita tidak ingini. Menyombongkan diri ketika dihampiri si pengutip derma di hadapan pintu bank mahupun mencampak telefon bimbit ketika berbual sewaktu memandu kerana takut disaman anggota polis trafik yang muncul di sisi adalah contoh lakonan untuk melepas diri.

Terdapat banyak lakonan yang kita lakukan untuk melepaskan diri. Apakah ini satu pembohongan? Ya. Berlakon untuk melepaskan diri juga adalah satu bentuk pembohongan. Saya tidak berani mengatakan ia bohong sunat kerana setahu saya, tidak ada istilah bohong sunat. Kerana itu saya juga tidak berani untuk mengatakan, berlakon untuk melepaskan diri sebagai berpahala, apatah lagi satu perbuatan yang berdosa.

Namun, dalam pelbagai situasi dan ketika, kadangkala kita terpaksa berlakon untuk melepaskan kawan-kawan kita mahupun imej syarikat tempat kita bekerja. Contohnya, kita pernah menyatakan kawan kita Dol, sudah masuk ke pejabat tetapi terpaksa keluar kerana ada hal, sedangkan kita tahu dia datang lewat. Ataupun memberitahu pihak pembekal, cek untuknya masih belum bos tandatangani lagi, padahal pihak syarikat kita belum ada duit untuk membayarnya. Lakonan untuk menutup kesalahan orang atau pihak lain kita lakukan untuk cover line.
Walau apa pun, berlakon untuk melepaskan diri juga wajar dilakukan agar kita tidak terjerat dengan tipu helah orang lain. Yang tidak bagusnya ialah apabila lakonan untuk melepas diri itu dilakukan berlebih-lebihan sampai sebati di dalam diri. Akhirnya, kita menjadi orang yang sentiasa bersandiwara untuk menipu orang lain.

Manusia yang sebegini menghidap gangguan psikologi yang dinamakan sindrom penafian. Sebuah artikel menarik The Denial Syndrome and Its Consequences, tulisan Dr. Sabrina P Ramet, seorang pensyarah yang berkelulusan Sains Politik, Universiti California, Los Angeles, Amerika menggariskan manusia yang menghidap gangguan psikologi ini.

Menurutnya, seseorang yang menghidapi gangguan psikologi sindrom penafian mempunyai tiga peringkat. Pertama, menafikan yang benar, sebaliknya percaya apa yang diperkatakannya itu yang benar. Kedua, menafikan yang benar, walaupun dia tahu yang apa yang diperkatakannya itu tidak benar. Ketiga, dia mempunyai persepsi terpilih, ingatan terpilih dan intepretasi terpilih, lalu mengenepikan maklumat yang benar. Dalam erti kata lain, dia hanya memilih apa yang sesuai dengan kehendaknya.

Di peringkat ini, seseorang yang menghidapi sindrom penafian ini akan mempamerkan personaliti yang elok. Pada waktu yang sama, dia akan menyalah atau meletakkan kesemua kesalahan kepada orang lain. Dialah yang sentiasa benar dan orang lain yang menuduhnya pula yang salah.

Sindrom penafian yang ekstrim menjadikan seseorang itu kerap berbohong untuk melepaskan diri. Andainya ia sudah menjadi tabiat yang sebati di dalam diri, ia bererti dia terjerumus sebagai pembohong tegar yang hidup di dalam dunia pembohongan yang dianggapnya benar, sebaliknya realiti yang benar itu palsu pula baginya. Pendek kata, dia hidup di dalam dunia khayalan kerana sudah tidak sedar diri.

Orang begini berasakan dia boleh hidup dengan berbohong kerana dia menyangka orang lain sentiasa mempercayainya. Ini sama sekali tidak akan terjadi kerana seperti kata Abraham Lincoln,“You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time."



sumber: Akhbar Sinar Harian

13 June 2011

Amat menyentuh perasaan...

Lagu ini terlalu mendalam liriknya...dulu versi english, sekarang bila dibuat dalam versi bahasa melayu, liriknya tetap menyentuh perasaan para pendengar...huhu


Lirik : Sepanjang Hidup

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Inilah janjiku kepadamu

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

12 June 2011

I AM MUSLIM : Sifat Individu Muslim..

10 sifat yang perlu ada pada seorang muslim :


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

3) Fikiran & pengetahuan yang mantap (Mutsaqqafal Fiqr)

4) Mampu berusaha (Qadiran ala kasbi)

5) Akidah yang baik (Salimul Akidah)

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi Shu'unihi}

10) Berguna untuk orang lain (Nafi'un li Ghairihi)




08 June 2011

Perjuangan menulis 'THESIS'ku bermula...

Alhamdulillah..... tajuk tesisku yang aku usulkan ke Fakulti telah diluluskan oleh mereka...Walaupun sebenarnya aku ingin sangat tajuk kedua (Underwater Cultural Heritage Under Islamic and International Law)* itu tidak diluluskan, mungkin tajuk itu terlalu berat & besar lingkungannya jadi Fakulti tidak luluskannya...Apapun aku bersyukur sebab tajuk yang memang aku cadangkan sendiri (hehe) telah dipilih....=)

"HUMAN TRAFFICKING AND SMUGGLING UNDER MALAYSIAN AND INTERNATIONAL LAW PERSPECTIVES"........nah, itulah tajuk tesisku...walaupun nampak kecil, tetapi skopnya agak besar....hoihoi

Sebenarnya pemilihan tajuk itu telah pun dilakukan dengan prosedur yang banyak...pertama sekali aku minta pandangan Miss Fadhlina Alias.... Dia cakap tajuk ini agak menarik tetapi banyak kerja yang aku kena lakukan...dia bagitahu lagi isu ini akan berkembang dari masa ke semasa... Kemudian, aku minta pendapat Mdm Intan Nadia Ghulam Khan...Ketua Program kami...dia setuju dengan tajuk ini dan tiada masalah....

Tanpa segan silu, semata-mata untuk perkara ilmu & mendapatkan pandangan, aku tanya beberapa orang senior SMSU aku....antaranya; Sis Siti Martiah, Sis Siti Nasyrah, Sis Azimah Mazlan, Bro Fareed Hassan, Bro Hisham Hanapi, Bro Azim Mazlan (actually he's my junior tetapi dia ni lahir dulu dari aku..haha) and so on.... Kebanyakan mereka berselisih pendapat dan orang yang menjadi bingung & pening adalah aku...hahaha....tapi tidak apa, oleh kerana semangat untuk 'academic project' ni, aku sanggup melaluinya...hehe

Alhamdulillah, setelah tajuk itu diluluskan, aku terus mesej penyelia yang dilantik untuk tesis itu : Miss Fadhlina Alias, again...haha....Dia minta aku mula buat research (kajian) tentang undang-undang (law) sahaja buat masa ini, jangan terlalu tengok perkembangan & penguatkuasaan undang-undang berkaitan tesis aku tu...mungkin dia mahu aku faham dahulu baru tengok pengaplikasiaannya...pastu baru tahu dimana ada kekurangan yang perlu dikritik dan diperbaiki melalui cadangan....

Buat masa ini, aku sedang menjalani praktikal @ latihan industri, aku berkesempatan untuk mencari sedikit maklumat tentang tesis ini secara online...hehe....antara website yang selalu aku buka:

   1) humantrafficking.org 

   2) Council for Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants

   3) Attorney General Chamber

   4)  Jabatan Immigresen Malaysia

   5) Kementerian Dalam Negeri Malaysia

   6) UN Office on Drugs and Crimes

   7) UN.GIFT.HUB (Global Initiative to Fight Human Trafficking)


Setakat ini, aku dapat memahami undang-undang yang ada di peringkat antarabangsa mahupun nasional (Malaysia) dan beberapa pindaan yang telah dibuat keatas undang-undang tersebut. Sebolehnya aku mahu juga tahu & faham pengaplikasiaannya kepada isu-isu terbaru yang semakin banyak akhir-akhir ini...

Apapun keadaannya, semangat untuk memulakan menulis tesis ini sudah lama wujud dalam diri aku dan hanya menunggu lampu hijau daripada penyelia sahaja lagi untuk memulakannya...

*tajuk ini penyelia aku yg cadangkan...aku minat juga la tajuk ni....hehe

p/s: aku mahu habiskan dengan cepat, tidak mahu tesis ini mengganggu konsentrasiku ketika belajar di tahun akhir nanti....=)
Salam buat semua...

Aku mahu kongsi sedikit ilmu tentang undang-undang @ hak anda....haha...Ni sebagai kemudahan @ bekalan jika suatu hari nanti anda ditahan oleh polis...



Bila anda ditahan oleh seorang @ beberapa orang polis, kemudian anda dibawa ke Balai Polis kerana akan ditahan untuk beberapa hari, anda ada hak untuk :

      1) Tanya mereka (pihak polis) sebab anda ditahan.

      2) Buat panggilan keluarga dan bagitahu dimana anda berada.
      3) Buat panggilan kepada mana-mana peguam yang anda kenali untuk dapatkan nasihat.


Sekiranya anda tidak dibenarkan melakukan perkara di atas, hak anda telah dinafikan oleh pihak Polis.


p/s: bersama menjunjung keadilan.....yeah..!!





sumber: http://legal-malaysia.blogspot.com/2011/05/in-lock-up-your-right-you-should-know.html

07 June 2011

[ Sahabat Terbaik Dalam Hidup ]

Persahabatan yang lazim masa kini dapat digambarkan dalam sebuah cerita. Ada seseorang yang mempunyai 3 orang teman. Ia melakukan beberapa perbuatan jahat dan sebagai akibatnya, harus menghadap ke pengadilan. 

Ia pergi minta tolong pada seorang temannya iaitu teman yang pertama. Dengan terus terang temannya mengatakan bahwa ia tidak mau berurusan dengan kejahatan yang dilakukannya. Ia tidak mau menjadi saksi untuk menolongnya. 

Lalu ia pergi menemui teman kedua. Ketika didatangi, teman yang kedua mengatakan bahwa ia hanya akan pergi sampai ke pengadilan, tidak mau menjadi saksi. 

Kemudian ia minta tolong pada teman ketiga. Ia segera menyambut baik dan berkata: “Ya, kesusahanmu adalah kesusahanku, kesusahanku adalah kesusahanmu dan aku akan berusaha menolongmu dengan cara apa pun yang engkau kehendaki.” Sudah jelas bahwa dari antara ketiganya, yang terakhir adalah jenis teman yang terbaik. 

Dalam hidupmu, engkau juga mempunyai tiga teman seperti itu. Pada saat kematian, seseorang harus meninggalkan semua yang dimilikinya. Kekayaan dan kedudukan tidak menemanimu. Teman atau keluarga mungkin datang ke kuburan dan sesudah itu semuanya akan pulang ke rumah masing-masing. Hanya perbuatan yang baik atau jahat yang telah engkau lakukan dalam hidupmu akan menyertaimu... 



Agar tetap baik, engkau harus menjunjung tinggi kebenaran yang abadi, sedangkan segala sesuatu yang lain, termasuk tubuhmu, terpengaruh oleh perubahan, kerosakan dan maut...


p/s: Alhamdulillah, aku memiliki teman seperti yang ketiga itu....=)

05 June 2011

...Sekadar Coretan Untuk Diri...

Waktu…datang menjelma dan menemaniku kemudian berlalu pergi…membawa tawa tangis senyum dan sedih…ia mengukir warna hidup, hitam mahupun putih…aku pasrah kerana itu semua sudah takdir untukku…

Segala apa yang aku fikirkan, ada yang mengetahui….segala apa yang aku lihat, ada yang melihat….segala apa yang aku katakan, ada yang mendengar….dan segala apa yang aku lakukan, ada yang menyaksikan….tiada satu pun yang dapat aku sembunyi….



Apa yang aku cintai, pasti akan pergi….apa yang aku damba, pasti akan hilang….begitu hidup ditulis….apapun yang terjadi, hidup harus diteruskan, pedih harus dilalui, ria harus dirai…..meski semua itu melalui sebuah tangisan….tangis atas sedih, tangis kerana gembira….

Andai aku dapat ulang waktu, aku ingin isi masa yang terbuang…masa aku menghilang….andai aku dapat kembali pada saat itu, aku ingin mengubah sedih jadi gembira, hapuskan semua kepedihan dan aku ingin menikmati keindahan detik itu….

Andai aku dapat mengubah segalanya pada masa lalu, yang hitam aku putihkan dan yang keruh aku jernihkan…namun aku hanya insan biasa, semua itu hanya satu angan, mimpi yang datang dan berlalu pergi, meski airmata yang jatuh dipenuhi darah, semuanya tidak akan dapat aku ulangi dan kembali….

Sekian.

[Acid Khoudri]


p/s: Aku mungkin tidak dapat kembali, namun aku mungkin dapat mengubah apa yang akan terjadi di masa depan dengan mengubah diri jadi yang lebih baik...inshaallah...

04 June 2011

Acid Khoudri : Aku kembali..

Salam buat semua...

Aduhai...agak lama juga aku sudah tidak menulis di blog ni...mungkin kerana terlalu sibuk dengan pengajian & hal-hal lain....tapi tidak apa, sekarang aku kembali di arena ini....haha

Pertama sekali, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang masih menyokong aku, tidak kisahlah yang sudi jadi pengikut (follower) ataupun tidak sebab aku tahu ada sesetengah orang tidak ada masa untuk menjadi pengikut....hehe...syok sendiri plak....tapi inilah kenyataannya yang aku sendiri baru tahu....huhu

Kedua, aku ingin mengambil kesempatan ini kepada semua rakan-rakan yang ada di arena ini untuk bersama-sama rakan yang lain memberi tunjuk ajar & nasihat kepada aku dalam dunia blog ini...maklumlah baru anak jagung....huhu

Akhir sekali, semoga apa yang akan aku kongsikan, tuliskan dan paparkan di halaman aku ini akan menjadi satu maklumat @ bahan yang bermanfaat buat kita semua...berkongsi & saling nasihat menasihati antara kita......@AK

~SALAM UKHWAH~