Untuk berjaya dalam hidup, kita harus memiliki daya kekuatan yang cukup supaya kita mampu menepis segala kesusahan dan halangan-halangan yang dihadapi. Adakalanya, seseorang itu cukup dengan ilmunya, tetapi tahap kekuatan dirinya agak lemah. Yang dimaksudkan kekuatan di sini adalah MOTIVASI DIRI.
Motivasi diri adalah sangat penting dalam hidup untuk meraih kejayaan dan kecemerlangan. Dengan motivasilah, Albert Enstein tidak pernah berputus asa dalam melakukan sesuatu. Hasilnya, nama beliau masih kukuh hingga ke hari ini.
Motivasi amat penting dalam hidup kita supaya kita merasa diri kita mampu dan berupaya menghadapi segala kesulitan yang dialami. Kadangkala, kesulitan yang dialami mampu membuatkan seseorang rasa terhimpit dan seterusnya merasa dunia seolah-olah tidak berlaku adil kepadanya. Inilah kesan daripada kurangnya motivasi dalam diri.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada dalam diri supaya kita mampu menguasai motivasi diri dan bersemangat mencapai impian dalam hidup:
TAHU TUJUAN
Tujuan perlu ada supaya perjalanan dan usaha kita tercapai. Tujuan yang dikatakan di sini adalah satu tujuan yang jelas. Ibarat ingin memulakan sebuah perjalanan dengan kenderaan, kita harus punya tujuan agar kita tahu dimana destinasi kita. Kita perlu tujuan untuk kita mudah mengatur langkah mencapainya.
TETAPKAN IMPIAN DAN MATLAMAT
Impian dan matlamat sangat diperlukan. Tidak salah jika kita punya berjuta-juta impian, kerana dengan impian itu kita akan sanggup untuk memilikinya dan sanggup untuk menghadapi apa sahaja rintangan yang ada.
MEMPUNYAI KEINGINAN YANG KUAT
Setelah memiliki impian dan matlamat, kita kena tanamkan keinginan untuk meraih impian tersebut. Ini mampu menjadikan anda melakukan sesuatu dengan tekun dan mengharapkan sesuatu hasil yang baik malahan terbaik. Jika anda rasa keinginan semakin pudar dan hilang, lihatlah kembali kepada impian dan matlamat anda.
TETAPKAN HALUAN SENDIRI
Tetapkan haluan dan langkah yang perlu di ambil untuk meraih impian. Jangan pernah membandingkan diri dengan orang sekeliling kerana ini boleh menyebabkan kita rasa diri punya bermacam-macam kekurangan. Namun, jika anda punya kekurangan anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk kita memperolehi kejayaan yang diimpikan. Lihat berapa ramai orang kurang upaya, kurang berkemampuan (miskin) mampu meraih kejayaan dengan cemerlang.
BERANI
Berani yang dimaksudkan adalah berani melakukan apa yang dikehendaki ketika memiliki impian tersebut serta berani meneruskan langkah mencapainya. Berani juga boleh ditafsir dengan tidak malu pada kesalahan yang di buat kerana kejayaan biasanya datang setelah kegagalan dan kesilapan kita. Jangan anggap kesalahan dan kegagalan sebagai satu noktah kepada usaha kita mencapai impian dalam hidup.
LUPAKAN MASA SILAM
Tidak semua masa silam perlu kita lupakan. Adakalanya, masa silam juga menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam diri. Masa silam yang ahrus dilupakan adalah bilamana kita rasa ia akan menjadi beban kepada impian kita. contohnya, kita pernah melakukan kesalahan kepada seseorang sehingga menyebabkan orang itu kecewa terhadap kita. Perkara sebegini harus kita lupakan kerana ia mampu menjadi pemusnah motivasi dan kekuatan kita.
(Hasil bacaan dan sumbangan rakan seperjuangan)
No comments:
Post a Comment