Kalian semua apa khabar? Harapnya sihat dan sentiasa mengamalkan hidup sihat. Mungkin pada saat ini ada yang mula terganggu emosinya. Bukan apa, tajuk yang saya ketengahkan ini lah penyebabnya.
Menjadi satu kewajipan kepada smua pelajar, mahasiswa untuk menduduki peperiksaan di akhir-akhir semester pengajian. Kadang kala peperiksaan inilah yang akan menyebabkan kita bermakna dan mengenal erti siapa kita sebenarnya di dalam dunia ini. Tidak jauh dari seorang hamba, tidak lebih dari sorg insan..Kita juga adalah seorang pengembara ilmu di bumi Tuhan.
Sempena Musim peperiksaan ini, saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan mendoakan agar kalian berjaya dengan meraih kemerlangan seperti mana yang diidam-idamkan oleh setiap daripada kita. Saya juga sebenarnya adalah seorang pejuang di medan yang sama :)
Disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan khususnya buat mahasiswa-mahasiswa di luar sana:
- Buat ulangkaji secara efektif dan smart. Jikalau boleh, buatlah peta minda.
- Jangan ulangkaji terlalu lama. Ambil masa untuk rehat seketika e.g 2 jam ulangkaji, 10 minit berehat.
- Fokuskan fikiran dan jangan fikir masalah yang anda hadapi. Jika anda punya masalah, selesaikan secepat mungkin.
- Jaga hubungan dengan Allah SWT dengan selalu berdoa, Solat & tadarus Al-Quran etc.
- Jaga hubungan dengan rakan-rakan. Jika ada yang tidak kena, jernihkanlah sebelum ia menjadi terlalu keruh.
- Buat study group dengan rakan yang anda percayai akan menghidupkan perbincangan ilmiah, bukan berbincang tentang artis (boleh juga tetapi jgn terlalu lama).
- Ingatlah harapan ibubapa ketika pertama sekali kita menjejakkan kaki ke menara gading. kebanyakan mahasiswa akan lupa tujuan asal mereka ke sana.
- Akhir sekali, perbanyakkanlah berzikir dengan menyebut nama Allah SWT, Inshaallah kita akan mendapat ketenangan ketika mengulangkaji pelajaran seterusnya ketika berada di dalam dewan peperiksaan.
Itu sahaja yang saya mampu kongsikan untuk kalian semua, semoga Allah memberi kemudahan kepada kita.
Allahumma yassir wala tua'ssir.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment