...Assalamualaikum...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432H
Alhamdulillah..syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-NYA, aku berkesempatan meraikan hari raya aidil adha @ korban pada tahun 2011 ini.
Rasa syukur & gembira.
Di sebalik kesyukuran & kegembiraan itu,
aku masih sedih kerana pada tahun ini sudah kali kedua aku merayakan aidil adha di perantauan, d negeri orang, bukan di negeri aku sendiri (SABAH).
Apakan daya, itulah yang perlu aku jalani sebagai seorang perantau. Syukurlah aku masih diberi kesempatan untuk berada di hari yang penuh kemuliaan & keberkatan ini.
06/11/2011
Di subuh hari, bersama seorang sahabat Md.Nazim Amzed, tiba di Hentian Bas Jitra.
Ya Allah, akhirnya aku sampai juga di negeri darul aman ini.
Alhamdulillah~
(Walaupun sebenarnya aku rasa semakin jauh dari keluarga, aku cuba lapangkan hati & fikiran untuk terima hakikat yang aku tidak bersama mereka pada raya korban ini.)
Solat Sunat Aidil Adha, syahdu & damai...mendengar suara takbir & bersama-sama melaungkan takbir, memuji kebesaran Allah SWT dan mensyukuri segala nikmatnya.
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...~
Inilah keadaannya bila menyambut hari raya bersama orang lain,
keluarga seorang sahabat karibku,
ya,..bukan keluarga aku sendiri,
..........
aku cuba mencari kegembiraan, namun tetap gagal,
kerana aku asyik teringat Mak & Bapa aku di kampung,
walaupun pada malam raya itu aku sudah menghubungi mereka,
di kampung kesayanganku, nun jauh di sana.
Malam ini aku cuba melupakan kesedihan,
mencuba untuk menikmati kegembiraan yang ada,
Alhamdulillah, aku dapat merasainya.
Terima Kasih Sahabat.
Terima Kasih Sahabat.
07/11/2011
Semalam, aku sudah diberitahu oleh Md.Nazim, sahabatku.
Pada hari ini akan diadakan majlis korban.
Allahuakbar,..subhanallah...
sudah lama aku tidak menghadiri majlis seperti ini.
Maklumlah, di kampung halamanku jarang sekali majlis seperti ini diadakan.
Alhamdulillah, sepanjang acara tersebut,
aku dapat melihat pelbagai karenah & ragam,
ya..orang asing..
tetapi aku tidak sedikit merasa asing,..
aku sendiri pelik kenapa aku jadi seperti itu...
mungkin kerana Allah ingin berikan aku kesempatan
untuk merasai betapa manisnya bila berada di perantauan
merayakan aidil adha bersama orang yang langsung aku tidak kenali...
Alhamdulillah..~~
Rasullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
APA YANG AKU HARAPKAN PADA KALI INI,
BUKANLAH KEGEMBIRAAN & KESERONOKAN,
...TETAPI...
RASA SYUKUR PADA KASIH SAYANG ALLAH SWT,
[atas kurniaanNYA; rezeki, kesihatan, sahabat & orang yg baik]
RASA TAWADHU' PADA KEBESARAN ALLAH SWT,
[atas segala pengorbanan].
Sekian, Wasalam.
penghargaan; Md.Nazim Amzed @ Facebook
Beraya Di Perantauan
ReplyDeleteBetapa kita Menyedari Erti Sebuah Persaudaraan...
Yang Jauh Kita Rindukan..
Yang Dekat Kita Eratkan...