20 June 2011

DuNia PasTi BerpuTaR

[ Sedang bumi pun berputar, Siang & Malam adalah buktinya ]


Setiap apa yang kita alami di dalam hidup ini sebenarnya telah dialami oleh orang lain sebelum ini. Mereka ditimpa musibah, lalu sedih dan kemudiannya akan mampu melupakannya. Begitu juga dengan kita, kita akan mengalami sesuatu, tidak kira ianya sesuatu yang sedih atau gembira, tetapi sedar ataupun tidak, kita akan mampu jalaninya dan mampu melupakannya. Itulah namanya putaran hidup.

Dunia ini dicipta oleh Allah swt untuk menguji kita sebagai hambanya. Adakala kita sedar yang kita sedang diuji, dan adakalanya kita agak tersasar dek kerana nipisnya iman ketika itu. Tetapi percayalah, semua ini adalah sebagai CUBAAN dan UJIAN yang Allah datangkan untuk kita supaya kita dapat merasai manisnya hidup bertuhan.

Apa yang berlaku pada kita pada hari ini, kita jadikan iktibar untuk hari esok. Apa yang berlaku pada orang sekeliling kita hari ini, kita ambil iktibar untuk kita seandainya perkara yang sama berlaku ke atas kita pada esok hari. Ingat, dunia pasti berputar. Jadi kita harus siapkan diri untuk menghadapi semua ini.

Allah SWT ingin tunjukkan kasih sayangNYA kepada kita melalui cubaan & ujian dan dari setiap itu adanya keindahan yang mana sama ada kita sedar ataupun tidak. Apa yang penting, kita harus ingat akan Dia & sentiasa IKHLAS..

2 comments: