14 December 2012

Allah Tahu Apa Yang Terbaik

Mungkin hari ini, kita tidak jadi apa yang kita inginkan pada suatu masa dahulu. Kita ingin jadi seorang yang punya kereta besar, rumah besar, isteri/suami yang cantik & baik, berkedudukan tinggi, kuat pengaruh terhadap orang di sekeliling.

Mungkin suatu masa dahulu juga kita ingin jadi seperti seseorang yang kita pernah temui. Menyimpan azam untuk jadi sepertinya suatu masa nanti. Mengorak langkah dan melalui satu perjalanan hidup yang agak sukar semata-mata untuk jadi sepertinya, mendapatkan sebuah kehidupan yang mirip seperti kehidupannya. 

Mungkin juga kita pernah tahu akan jalan cerita kehidupan seseorang sehingga memberikan kita inspirasi untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia dan senang serta mampu membahagiakan orang lain.

Hari ini, apa yang kita inginkan suatu ketika dahulu tidak satu pun menjadi. Tidak ada satu pun yang tercapai. Tiada satu pun yang mirip & hampir kepada apa yang pernah kita bayangkan & inginkan.

Mungkin pada waktu itu kita lupa bahawa Allah SWT lebih berkuasa atas segalanya. Mungkin pada waktu itu juga kita lupa bahawa Allah SWT adalah perancang kehidupan kita. Mungkin juga kita terlupa bahawa Allah SWT adalah Pencipta kita, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Ada perjalanan yang jauh & sukar, ada juga yang singkat & mudah. Apapun kisah perjalanan hidup kita di dunia ini, semua atas kehendak Allah SWT. 

Allah berikan kita sebuah kapal, kita sendiri nakhodanya. Kita ingin ke Timur atau Barat, terserah kepada kita, tetapi Allah datangkan angin, ombak & taufan untuk uji kekuatan kapal tersebut. Sejauh mana kita mampu mengendalikannya. Sejauh mana kita mampu mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Hidup bukanlah bererti kita harus jadi apa yang kita inginkan. Hidup adalah untuk menyembah & saling memberi manfaat. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Allah berikan sesuatu atas kehendaknya mengikut keperluan hambaNya.

Bersangka baik atas setiap kejadian yang Allah datangkan kepada kita. Semoga terus kuat untuk terus hidup di dunia yang sementara ini.

Wallahu A'lam.

Acid Khoudri
12.00 AM | Papar, Sabah

11 August 2012

Meniti Hari Terakhir Ramadhan

Naluri kita manusia selalu leka
Hanya sujud dan sembah padanya jua
Kini engkau datang berserah diri
Bersama kehitaman masa nan silam
Ampunan mu ku harapkan
Tiada daya ku menghindarkan
Kesalahan dan dosa ku
Hanya engkau yang tahu
Di ramadhan ini kabulkan doa ku
Suluhkanlah cahaya mu
Di malam yang penuh syahdu

# Ramadhan, Ramli Sarip #


Masya Allah, tanpa disedari kita sudah pun berada di penghujung ramadhan. Rasanya baru semalam kita berpuasa dan apa yang AK dapat rasakan, ramadhan kali ini cukup berbeza.


Ramadhan kali ini banyak membuatkan AK mengalirkan airmata. Tidak kiralah apapun peristiwanya, bagi AK semua kejadian itu punya hikmahnya tersendiri. Bak kata sahabat AK, mungkin ada hikmah yang kita akan temui dan mungkin juga ada yang kita tidak akan temui sebab Allah ingin rahsiakan hikmahnya untuk kebaikan semua.

Sepertimana yang AK harapkan di awal ramadhan dulu, AK mahu ramadhan kali ini akan jadi titik tolak perubahan pada diri AK. Alhamdulillah, AK dapat rasakan 90% dari diri & jiwa AK sudah mengalami perubahan. Bukan apa, AK sendiri dapat rasakan dan ada beberapa sahabat & kawan mula tegur yang AK sudah berubah. Alhamdulillah, sekali lagi AK mahu tegaskan, "Setiap kebaikan yang kita ingin lakukan, Allah pasti akan beri kemudahan & pertolongan selagimana niat kita betul."


Dan untuk beberapa hari ramadhan yang berbaki ini, eloklah kiranya kita sama-sama mempertingkatkan keimanan kita kepada Al-Khaliq dan bersama-sama mengerjakan amal jariah sebanyak yang mungkin. Bak kata sahabat AK (Ak punya ramai sahabat yang baik, selalu bagi nasihat kepada AK), hidup ini singkat & haruslah kita isi masa yang kita ada dengan perkara yang mendatangkan hasil kepada kita, untuk dunia & akhirat."


Wallahu A'lam, Jazakumullah Al-Kheir ~

20 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

"Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna...ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan..." 
- Manbai & Raihan -

Setiap kali datangnya bulan ramadhan, pasti lagu ini menjadi kegemaran AK. Mungkin liriknya begitu mudah serta menyentuh perasaan AK. 

Sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini, AK berharap agar AK dapat berubah kepada yang lebih baik. AK sudah tanamkan niat & inginkan perubahan pada Ramadhan kali ini. InshaAllah.

Harapan AK buat semua, sama-samalah kita isi bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang berfaedah, buat diri, keluarga, agama, bangsa mahupun negara kita sendiri. Inilah masanya untuk kita membersihkan semua kekotoran di dalam diri. Bak kata ramai orang "Bulan Tazkiyatunnafs". 





Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa buat semua. 



12 July 2012

Broadening Knowledge & Deepening Skills

"keep on moving, don't stop like the hands of time" - by Soul II Soul.


I feel much better and relieved when I managed to find a lawfirm which handles syariah cases nearby my hometome i.e Papar, Sabah. 

Alhamdulillah, the lovely and very kind syarie lawyer accepted my chambering application after she read my resume and did a brief interview. Even she also commented that I have to modify my resume so that it looks like an application for a job not for a scholarship. Thanks for the advice anyway~

Now, I need to broaden my knowledge and deepen my skills in syariah matters, include drafting affidavits, preparing bundles and so on. At the meantime, I have to settle my another commitment for my family. May Allah SWT bless me all the way to reach the success. 

For me, my new life just begins...(but not officially lah). Then, I started to think many plans ahead. As I always say to myself, "It's not wrong to have a dream, even dreams, because dream will push you to step forward."

Life is short, no time to stay even for a while. Life is about to keep on moving.


Wallahu A'lam.



03 June 2012

Are we gonna say next hello ?

Laura Pausini in her song titled "it's not goodbye" has mentioned that : "Till the day I let you go, Till we say next hello, it's not goodbye."

For me, I'd prefer to let the rest to Allah SWT whether to give us chance to say that next 'hello' or not because we cannot predict what will happen in the future. We have our plan and Allah SWT as well has His plan for us, and the best planner is Allah SWT, indeed He will do what best for us. Right ?? >_<


It is just a matter of time ^_^


26 May 2012

~ Menyentuh & Tersentuh ~

Salam friends, just wanna share a song which makes me feel so sad and sorrowful to leave my friends here.. Not more than a month, this long journey will end and AK really hope that the friendship would never come to an end.. As a friend of mine said, friends come and go and we should be always ready for that at all time in our life.. AK tries to make the things and problems between AK and friends right and never hold any grudge..^_^

Here the lyrics for the song, Memori Tercipta by Shila Hamzah. Enjoy yaaa >_<

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa



My Classmates : Husna, Nora, Fiqa, Umiey, Areda, Mcsyu, Afiqah, Hanim, Nik, Aqeeda, Syuhada, Hakimah, & the most loyal one, Fareez ^___^

How time flies.....=(

18 May 2012

Malam Anugerah Dekan 2012

Berkongsi kegembiraan ketika Majlis Anugerah Dekan 2011/2012.
Semoga Allah SWT memberkati semua penat lelah kita dalam meraih kejayaan ini
dan memberikan kita kemudahan untuk meraih kejayaan di masa depan.
..:: Amin Ya Rabb ::..







~ الله يبارك فيكم وجزاكم الله الخير ~

Memoir of Final Year Student

Nothing else, just wanna share few photos which have been taken during final year @ semester. 
Enjoy >_<









Hope this friendship will never end. 

 ~I wish you all love and luck ~

06 May 2012

Oh Dunia..

Oh dunia..
Kukejar dunia yang tiada akhir
Kupenuhi nafsu yang tiada kering
Kuturuti hati yang tiada bersih.

Oh dunia..
kau diami hatiku
kau tawan segalanya.

Oh dunia..
kemana lagi hendak kupergi 
andai setiap langkahku sudah kau kuasai
kemana lagi hendak kucari
andai setiap noda dosa sudah kurasai.

Oh dunia..
dimana akhirmu
dimana hujungmu
bila keringmu
bila tandusmu
hanya IMAN yang tahu.


kalam hati:
Acid Khoudri
Nilai (06/05/2012)

30 March 2012

Sambung study @ Kerja ?

Assalamualaikum buat semua. Agak lama juga AK tidak update blog ni. Sekarang AK berada di tahun akhir, jadi banyak kerja yang AK kena siapkan. Maka sebab itulah AK jarang buka blog ni.

Kali ni AK ingin ceritakan keadaan AK sekarang sabagai pelajar tahun akhir. Ya, semua pelajar tahun akhir pasti akan merasai dan mengalami perkara yang sama macam AK. Maklumlah, sudah fikir pasal masa depan.

Ramai kawan AK cadangkan supaya AK sambung study ke peringkat master bersama-sama dengan mereka, antara tempat yang jadi pilihan mereka adalah UKM, UIAM dan UM. Kebanyakan daripada mereka ajak AK sambung master of law atau LLM. Hmmm...agak berat sebenarnya mahu pertimbangan hal ni. 

AK cuba tanya seorang kawan AK, dia ni pelajar yang AK sangat respect dan kagum sebab dia ni pelajar cemerlang setiap semester sepanjang AK bersama dia. AK tanya apa yang akan dia lakukan selepas habis belajar, dia jawab ingin sambung study iaitu master. Tapi apa yang buat AK kagum dan sedikit terkejut adalah dia tak mahu sambung LLM sebab dia sudah penat study law katanya. HaHaHa. Sama la dengan AK sebenarnya. AK pun sudah penat study law. AK pun bagitahu la yang AK kalau mahu sambung master pun mungkin AK tak ambil LLM, tetapi master dalam islamic finance and banking. Hehe. AK sebenarnya sudah lama sejak dari interview dulu lagi mahu mendalami & sambung study dalam dua kursus ni, Master In Islamic Finace di INCEIF dan Master of Science In Islamic Finance and Banking di UIAM.

Tapi sebenarnya niat dan perancangan AK mahu sambung study tu agak tersasar dan terhalang apabila ibunda AK mahu AK balik ke sabah dan berkhidmat di sana. Dalam erti kata lain, AK kena kerja dulu kemudian fikir pasal study. Hmm. Untuk perancangan kerjaya ini, AK sudah letak dalam target mahu rebut dua peluang sahaja di negeri sabah, jadi seorang pensyarah sementara di mana-mana kolej swasta ataupun praktis syariah di mana-mana firma guaman yang buat sivil dan syariah supaya AK dapat belajar kedua-dua bidang.

Hmm..sekarang ni AK dan kawan-kawan memang sedih dengan isu pengiktirafan degree AK di institusi ni. AK dan rakan-rakan lain sedang berusaha supaya perkara yang kami idam-idamkan atau hak kami dalam universiti ini diberikan sepenuhnya. Memang sedih bila AK dapat tahu keadaan sebenar graduan yang sama kursus pengajian dengan AK.

Buat masa ni, AK hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan semua usaha kami, supaya Allah memberikan kemudahan kepada AK untuk teruskan perancangan hidup AK ni, tetapi dalam membuat perancangan ni semua, AK kenalah berpijak di bumi yang nyata.

Inshaallah, semuanya pasti ada hikmahnya. AMIN

28 February 2012

Semester Akhir

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan nikmat-NYA selama ini Acid Khoudri (AK) mampu meneruskan perjuangan AK di bumi USIM ini. Syukur sekali lagi kerana ini adalah perjuangan terakhir AK di sini. 

Pada semester kali ini, iaitu semester 10 (akhir) setelah 5 tahun berjuang, AK telah berjaya mendaftar beberapa subjek yang mana pada persepsi ramai orang bahawa subjek yang AK dan rakan-rakan seperjuangan ambil pada semester ini walaupun sudah berada di semester akhir agak banyak jika dibandingkan dengan pelajar universiti yang lain khususnya pelajar tahun akhir. 



Entahlah mungkin disebabkan ramai orang cakap semester akhir adalah semester yang agak sibuk dan mencabar. InshaALLAH, AK percaya dengan kekuasaan Allah dan AK akan cuba sedaya upaya untuk melalui semester ini tanpa sebarang keluhan. InshaALLAH, amin.

AK berharap semester ini adalah semester yang paling bermakna buat AK dan rakan-rakan lain. Hmmm..agak sukar untuk terima kenyataan juga sebab tidak lama lagi kami semua akan teruskan hala & matlamat hidup masing-masing. AK berharap selepas habis semester ini, AK dan yang lain dapat mengadakan satu majlis untuk meraikan perjuangan kami & sekaligus sebagai majlis perpisahan kami.

Apapun yang bakal dilalui, semester ini harus ditempuhi dengan jayanya. AK sudah ada azam yang AK mahu berubah & fokuskan bidang AK. InshaALLAH, Allah Musta'an. Amin.


25 February 2012

Belum ada rezeki

"Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya".
Kehidupan - Raihan ft Inteam

Assalamualaikum buat semua. Kali ini izinkan saya buat entri dalam bentuk dialog sebab kejadian ni antara aku, kakak aku, abang aku & family aku.

19.02.2012 (somewhere in february)

Aku: "Mak, bila kak amie mahu bersalin?"
Mak: "Dia bagitahu 25.02.2012...tapi kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat".
Aku: "Wah bestnya, sudah mahu dapat baby. Makin ramailah cucu mama".
Mak: "Ya..tu la."


Aku pun ada post kat Facebook yg mana family aku akan meraihkan kedatangan dua 'orang baru' ke dalam family aku yg besar ni. Memang gembira sebab makin bertambah anak buah (anak saudara) dan suasana rumah akan bertambah lagi meriah la kan?

21.02.2012

Kakak aku bagi mesej bagitahu yg kakak ipar aku sudah masuk hospital. Dikatakan akan melahirkan anak perempuan. Satu keluarga menanti dengan penuh sabar & gembira.



22.02.2012

Pagi


Abg Alif: "Salam, doakan kak amie supaya bersalin dengan baik".
Aku: "Wasalam, Inshaallah".


Pagi tu dapat mesej dari abang aku alif. Doakan kakak ipar supaya dapat bersalin dengan baik. Aku rasa berdebar semacam. Tapi sekejap sahaja. Kalau abg aku pula macam mana la kan keadaannya tu?...hmmm

Tengahari

Kakak aku, Rfinah bagi mesej kat abg alif, ucapan tahniah dan tanya keadaan baby yang dilahirkan.

Petang

Kakak Rfinah call aku kira-kira pukul 2.00 petang.

Kak Fina: "Salam, cid kau tahu sudah cerita anak alif?".
Aku: "Belum. Kenapa?"
Kak Finah: "Belum ada rezeki dorg mahu dapat anak.?"
Aku: "Apa? Aku tidak faham".
Kak Finah: "Anak dorg lemas waktu dilahirkan. Tidak hidup. Alif call aku tadi sambil menangis. Bergegar tangan & kaki aku dengar cid".
Aku: "Innalillah Wainna ilaihi rajiun. Hmm..Ya Allah, sudah itu takdir dorg. Jadi macam mana lah keadaan kak amie sekarang?.
Kak Finah: "Alif bagitahu dia belum lagi berhenti menangis. Belum dapat terima kenyataan."
Aku: "Allah Akbar..tengok saja bah macam mana Kak Lia dulu..".
(Waktu ni perasaan aku sudah capai tahap sedih mahu menangis, tapi aku tahan).
Kak Finah: "Kau doakanlah dia supaya kuat. Aku lagi ni nanti macam mana aku pun tidak tahu. Kau doakanlah juga aku dengan anak aku selamat."
Aku: "Inshaallah. Jangan fikir negatif."


Kak Finah aku pun sebenarnya mahu bersalin pertengahan bulan Mac. Sebab tu dia agak terkesan dan sedikit gugup mendengar berita tu.

Petang pukul 5.00

Aku: "Mak, bila anak alif mahu dikubur?".

Mak: "Kalau sempat petang ni juga."
Aku: "Bah, aku hanya mampu sedekah al-fatihah. Inshaallah malam nanti aku baca yasin disini."



Malam

Aku dengan kawan-kawan satu rumah berjemaah membaca yasin. Aku niatkan dalam hati supaya abang aku alif, kak amie isterinya supaya kuat dan terus bersabar hadapi ujian ini. Bukan senang sebenarnya sebab ikut pengalaman Kak Lia aku, berbulan-bulan juga baru dapat reda kesedihan tu, sebab itu adalah anak pertama. Memang berat ujian ni, Inshaallah aku yakin ahli keluarga aku kuat hadapinya.

16 February 2012

Penghargaan yg murah

" Pahit getir hidup dan pengorbanan 
terpaksa dihadapi demi kejayaan "
Ella - Standing In The Eyes of The World.

Assalamualaikum W.B.K buat kalian semua. 
Agak lama juga tidak update blog ini, 
tapi alhamdulillah kali ini 
aku diberi kesempatan untuk buat entri baru. 
Pasal keputusan aku daa... HaHa

Alhamdulillah Hamdan Kathiran Ya Rabb...

Result semester lepas sudah pun keluar 
dan aku agak puas hati dengan apa yang aku dapat. 
Rezeki Allah selalu ada 
pada orang yang berusaha dengan cara yang halal. 
Betulkan?? 
Alhamdulillah..=)


Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan 
untuk mengucapkan jutaan terima kasih 
kepada semua teman seperjuangan:

NAZIM
ANOD
ARIFF
BOB
IFTITAH
NAEEM
HAFIZI

Barakallah & Jazakallah Khairan !!

dorg lah yang telah banyak membantu 
sepanjang semester 9 tahun lepas. 
Budi dan jasa baik kalian 
aku tak tahu nak balas macam mana, 
tetapi aku harap keputusan aku semester lepas ni 
cukup sebagai bukti betapa berkesannya 
& berbaloinya usaha kita selama ini. 

Yup, hanya Allah tahu betapa peritnya & payahnya kita 
untuk study satu-satu subjek. 
Tapi Alhamdulillah, 
Allah selalu bagi rezeki pada mereka yang berusaha.

Untuk Semester akhir ini, 
aku akan lebih berusaha keras sekeras mungkin 
(study smart masih perlu dikekalkan). 
Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku 
bila masuk semester akhir ni
setelah 9 semester @ 4 tahun dilalui. 

Uhhhh...lama tu...sudah penat daa...HuHu

Salam, Bye~

23 January 2012

Semester Break (shortest)

Salam..

Having finished my exam for the 9th Semester.
to wrap up what have been done throughout the journey:
IT'S TIRING SEMESTER!

It started with the so-called boring lectures & burden-some classes,
then came into exam season,
have tried & put very much effort to finish my revision,
to study & get all set to answer the papers.

Finally, the exam is OVER !

Now I'm in my semester break,
the shortest semester break I guess.

I have many plans & long to-do-list for this break,
May Allah ease my affairs.
Hope all of them will be accomplished.