30 December 2010

Saat Pesanan Terakhir Dibaca

Semua sedih. Tunduk ke bumi. Diam dan syahdu mendengarnya.

Aku melihat ke arah sahabat, sedih dan diam tanpa sebarang kata. Lihat saudara mara, mereka juga sedih. Bacaan diteruskan dan hari semakin panas.

Imam khusyuk membaca pesanan. Nadanya sangat menyentuh hati orang sekeliling. Peringatan untuk mereka yang masih bernyawa, pesanan buat yang terkujur dibalut kain putih, si mati.

Aku sangat terpegun, suasana ini menyentuh perasaanku. Andai inilah kehidupanku sehari-hari, aku akan sujud syukur pada illahi. Semua khusyuk, mungkin teringat akan Tuhan Pencabut Nyawa.

Selesai dibaca, semua kembali.

Tertawa, bersembang tentang dunia. Persoalan timbul??

Inilah manusia. Baru sebentar tadi semua tunduk ke bumi, semua khusyuk saat pesanan terakhir dibaca. Tetapi keadaan itu hanya sebentar, mereka mampu merubah suasana. Bukan aku terpegun, tetapi sedih.



p/s: ...susah untuk ingat mati, tapi senang untuk lupa mati, itulah manusia...Sedangkan semua akan merasainya.


29 December 2010

Result: Hakikat Yang Indah

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah swt atas rezeki yang diberikan ke atas kita. Sebelum itu, aku ingin mengambil kesempatan untuk ucap tahniah kepada sahabat-sahabat seperjuanganku yang telah meraih result “YANG INDAH” pada semester lepas (kejayaan ditafsirkan dengan berjaya tersenarai dalam anugerah dekan). Buat yang belum meraihnya, jangan bimbang kerana sesungguhnya kita punya masa untuk meraihnya suatu hari nanti.

Kali ini aku ingin berbicara tentang erti sebenar pencapaian atau kejayaan yang kita miliki dalam hidup. Semua orang memang mengimpikan kejayaan, tetapi yang bezakan kita adalah usaha, kerana usaha itulah yang akan membuat suatu perbezaan antara kita dan orang sekeliling.

Dalam merungkai erti pencapaian, Albert Enstein sendiri ada berpesan: “Jangan pernah berpuashati dengan pencapaian, tetapi berpuashatilah dengan usaha.”

Dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang seseorang hamba itu akan diberi atas apa yang dia usahakan. “Baginya apa yang diusahakan, dan keatasnya apa yang dia usahakan”.

Jelas apa yang digariskan menunjukkan bahawa apa yang kita usahakan maka itulah hasil yang kita akan terima. Ringkasnya, jika kita berusaha lebih, maka kita akan dapat lebih dan begitulah sebaliknya.

Namun, ada juga yang meraih sebaliknya iaitu dia telah berusaha keras, tetapi hasilnya amat tipis. Mengapa? Mungkin ada kesilapan dalam meraihnya atau mungkin juga Allah swt ingin mengujinya.

Sebenarnya, apa yang kita usahakan tidak selalunya akan kita raih apabila tiba hasilnya. Hidup dicipta atas takdir dan kehendak Allah swt. Allah lah yang Maha Agung dan Pengatur terbaik di dalam hidup. Dialah yang akan berikan atas apa yang kita inginkan.


Mari kita renungkan. Jika seorang hamba ini telah berusaha keras dan akhirnya tidak mendapat apa yang diimpikannya iaitu kejayaan. Padahal jika kita lihat, dialah yang akan meraih kejayaan tersebut. Mengapa ini terjadi??

Kita adalah manusia yang dipenuhi dengan setiap inci perasaan. Jika kita diberikan kesenangan, syukur jika kita masih ingatkan Allah, namun jika sebaliknya amat menyedihkan. 


Begitulah juga dengan kejayaan. Allah tidak mahu kita merasa bangga dan memikirkan kitalah yang patut meraih atas apa yang kita usahakan tanpa memikirkan bahawa setiap sesuatu adalah atas takdir dan kehendakNYA. Bila kita didatangkan kejayaan atas usaha keras itu, kita akan terus yakin bahawa apa yang kita usahakan itulah penentu kejayaan. Inilah yang membuatkan kita lari dari kekuasaan Allah yang sebenarnya.

Ingatlah, Allah swt adalah Pengatur kejadian. Takdir dan kehendak akan sesuatu di bawah kuasaNYA. Allah ingin tunjukkan kepada kita bahawa kasih sayangNYA penuh berhikmah. Allah ingin menjaga kita supaya kita tidak jauh dariNYA. Betapa agungnya kasih sayang Allah pada kita......subhanallah..

Maka kita haruslah percaya bahawa setiap sesuatu di dalam hidup ini adalah di bawah kekuasaan Allah swt. Allah datangkan selari dengan apa yang kita inginkan. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.



p/s: Sebenarnya, perkara yang indah bukanlah apa yang kita raih, tetapi cara bagaimana kita meraihnya....

27 December 2010

Mari miliki hati yang sihat

Pertama: 
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua :
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga : 
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat : 
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima: 
Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh: 
Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.


Empat jenis racun hati

Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua: Berlebihan dalam memeandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul 

Berfikir sebelum berkata-kata

RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk.

Adakalanya beratnya bencana lidah itu sehingga boleh menyebabkan tuannya terjerumus ke dalam api neraka. Sehubungan itu, kita seharusnya menjaga dan mengawasi lidah daripada mengucapkan perkataan keji dan kotor. Di sampingnya, selalu ada bahaya menunggu.

Dalam menghuraikan peranan lidah, Imam al-Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja.”

Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan nikmat lidah yang dikurniakan Allah untuk mengucapkan perkataan atau tutur kata yang baik saja. Segala perkataan dan tutur kata yang keji dan kotor wajib ditinggalkan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau berdiam diri saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan.”

Kita sebagai muslim tidak seharusnya menggunakan lidah untuk mencela, mencaci, memaki hamun orang lain dan berbohong.

Amat mendukacitakan apabila ada di kalangan kita yang sanggup melemparkan kata kesat dan keji kepada saudaranya. Mereka seolah-olah tidak memikirkan balasan yang bakal diterima nanti.

Sebenarnya, orang yang menggunakan lidah ke arah keburukan adalah orang yang tidak pandai menilai nikmat kurniaan Allah. Orang sebegini dianggap mengkufuri nikmat kurniaan Allah.

Kesimpulannya, sebagai orang beriman kita hendaklah selalu mengawasi perkataan dan tutur kata. Biasakan diri berfikir dulu sebelum mengucapkan perkataan.

Jika ternyata perkataan yang hendak diucapkan itu tiada bahayanya, ucapkanlah. Jika sebaliknya, hindarilah daripada berkata-kata.

26 December 2010

Barakallahu Lakuma buat pasangan pengantin

Di dalam bulan disember ini saja, ramai passangan yang telah mendirikan rumahtangga. Alfu Mabruk & Barakallahu Lakuma saya ucapkan di atas pembinaan istana suci tersebut. 

Semoga apa yang di cari melalui jalan pernikahan itu dapat sempurna dilaksanakan antara kedua pasangan. Perkahwinan adalah lambang cinta yang suci antara adam & hawa yang ingin mencari ketenangan dan kebahagian dalam hidup berpasangan.

Aku disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan Safwan (usim), Marhamah (uiam), Shafrani, Nuraidah, Sairul, Fauziah, Angah (akak nazim usim) dan banyak lagi. Semoga Allah s.w.t memberikan kalian kebahagian di dunia dan akhirat. Amin..


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


artist:
Maher Zain

24 December 2010

Sehari di Hospital

Ada dua perkara yg mungkin kerap berlaku ketika kita berada di hospital:
    

  • Wad kecemasan adalah untuk kes-kes kecederaan cemas yg memerlukan perhatian yg cepat. Namun, apa yg berlaku adalah sebaliknya. Mereka juga harus mengambil giliran dan harus menunggu. Tunggu? Sudah biasanya ambil masa juga. Bila akan berubah? Entahlah.
  •  Orang ramai yg datang menemani pesakit akan duduk di atas kerusi-kerusi yang disediakan. Si pesakit yg datang, atau ketika menunggu giliran terpaksa berdiri walaupun dalam keadaan yg tenat. Tiada rasa prihatin itulah penyakit orang sekarang. Ditegur, barulah mengendah.

Kedua-dua perkara di atas mungkin perkara remeh, namun jika kita teliti dan berada di dalam situasi tersebut, kita akan merasai betapa susahnya hidup dalam keadaan masyarakat seperti itu.

Bayangkan suatu hari kita adalah pesakit itu, apa yang kita rasakan pada waktu itu? Pastinya kita merasa susah.

Sikap prihatin juga seharusnya perlu diutamakan. Walaupun Nampak remeh, namun kita mampu membantu orang lain.

Jika kita tidak mampu membantu, janganlah pula kita menyusahkan mereka.



p/s: Jika ke hospital @ klinik, ringan-ringankanlah tulang untuk membantu...

23 December 2010

Dicinta & Dibenci Allah s.w.t

Dalam sebuah Hadis Qudsi, disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dicintai Allah s.w.t iaitu:
  1. Orang yang tawaduk, tetapi Allah sangat menyintai orang kaya yang tawaduk.
  2. Orang yang pemurah, tetapi Allah sangat menyintai orang miskin yang pemurah.
  3. Orang yang bertaubat, tetapi Allah amat menyintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah s.w.t iaitu;
  1. Orang yang takabbur, tetapi Allah amat benci dengan orang kaya yang takabbur.
  2. Orang yang bakhil, tetapi Allah sangat benci dengan orang kaya yang bakhil.
  3. Orang yang tidak mahu bertaubat, tetapi Allah sangat benci dengan orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al-Hakim berpesan;

“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu;

  • Apabila solat, jagalah baik-baik fikiranmu.
  • Apabila bertandang ke rumah orang, jagalah pandanganmu.
  • Apabila berada di majlis, jagalah lidahmu.
  • Ingatlah kepada Allah s.w.t sepanjang masa.
  • Ingatlah akan mati, iaitu bersedia menghadapinya.
  • Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
  • Lupakan kesalahan orang lain terhadapmu.

Imam syafie pula berkata;
                “Daripada keelokan islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya.”

Apa yang dapat disimpulkan disini bahawa sebagai seorang muslim kita haruslah bersikap tawaduk dan pemurah. Sekiranya kita pernah melakukan kesalahan, segeralah bertaubat kerana pintu taubat tidak pernah tertutup buat hambaNYA melainkan tibanya hari kiamat.

Bersama-sama kita tinggalkan perkara yang tidak berfaedah kepada diri kita. Masa yang ada seharusnya kita pergunakan dengan sebaiknya, dan pastinya dengan mengingati Allah s.w.t.


p/s: semoga kita tergolong dalam golongan yg dicintaiNYA...amin

Boring! Bosan!

Ada suara yang mengungkapkan ; "Boring la hidup ni" kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dari hidupnya.

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak cukup. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah).

Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah" Surah Al-Dhariyat ayat 56.

Allah juga berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Surah al-Baqarah ayat 30.

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.




sumber:
Majalah Solusi Edisi 26

22 December 2010

Siti Maryam 2: Pelbagai Komentar


ISU mengenai perkahwinan bawah umur kembali mendapat tempat untuk dibahaskan. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan pandangan mereka berkenaan isu ini.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, menolak cadangan supaya perkahwinan kanak-kanak bawah umur diharamkan meskipun ramai tidak berpuas hati dengan perkahwinan seorang gadis berusia 14 tahun Siti Maryam baru-baru ini.Menurut Nazri, kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk memansuhkan undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur kerana amalan itu tidak menyalahi agama Islam sambil menegaskan jika agama membenarkannya, kerajaan tidak boleh mengharamkannya.

Perkahwinan Siti Maryam dikatakan menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berkeras berkata kerajaan tidak menyokong amalan itu.

Kumpulan aktivis pula mahu undang-undang itu dipinda kerana sering menjadi amalan dan dikatakan kira-kira 16,000 gadis bawah umur 15 tahun di Malaysian sudah berkahwin. Pertentangan kenyataan ini sebenarnya manifestasi meletakkan gender mengatasi hukum agama.

Saya mengucapkan syabas kepada Nazri kerana mempertahankan hukum syarak dalam sudut ini. Shahrizat pula seperti biasa meletakkan isu gender melebihi hukum syarak walaupun perundangan Islam membenarkan perkahwinan bawah umur asalkan sudah mencapai umur baligh dan datang haid.

Walaupun perkahwinan bawah umur dibenarkan agama, dari sudut perundangan ia bukanlah secara automatik boleh dilaksanakan. Peruntukan yang jelas ialah jika seorang perempuan bawah umur hendak dikahwinkan, wali hendaklah memohon kebenaran dari Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah akan memastikan perempuan itu layak berkahwin atau sebaliknya dan kebajikan perempuan itu setelah berkahwin juga diberi perhatian. Kebenaran mahkamah bukan dibuat secara semberono tetapi dikawal kaedah hukum syarak dan perundangan Islam.

Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 menyatakan tiada suatu perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah akta itu jika lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang 16 tahun kecuali jika hakim syarie memberi kebenaran secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Pada ketika ini kebiasaannya umur 16 tahun itu masih lagi di bangku sekolah iaitu di Tingkatan Empat. Manakala, lelaki berumur 18 tahun mungkin sudah menamatkan alam persekolahan.

Polemik yang timbul ialah pada waktu umur persekolahan itu bagaimanakah pasangan muda ini akan meneruskan pelajaran dan bagaimana pula jika mereka ingin meneruskan pengajian ke pusat pengajian tinggi?

Dengan adanya siasatan terperinci oleh hakim syariah sebelum memberi kebenaran, kemaslahatan dan kebajikan pasangan bawah umur dapat dijaga. Malah, hakim syarie juga boleh mengenakan syarat tertentu semasa membenarkan pernikahan itu.

Dalam banyak keadaan, perkahwinan bawah umur bukanlah atas desakan ibu bapa tetapi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Malah ada antara mereka yang sudah tidak dapat dikawal oleh ibu bapa dan sanggup melakukan apa saja jika tidak dibenarkan bernikah.

Inilah pertimbangan yang perlu disiasat oleh hakim syarie sebelum memberi kebenaran kepada pernikahan pasangan bawah umur.

Justeru, saya berharap Shahrizat yang mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur meneliti kembali peruntukan hukum syarak dan tidak sewenang-wenang membuat gesaan bertentangan undang-undang Islam.

Isu masa depan perempuan muda yang berkahwin bukan perkara yang boleh mengubah hukum. Sepatutnya program sesuai digarap bagi menjaga kebajikan perempuan muda yang berkahwin ini. Undang-undang mestilah disesuaikan dengan agama bukan agama disesuaikan dengan undang-undang.

Pasangan bernikah pada usia muda sepatutnya diberi bantuan dari segi persediaan alam rumah tangga, meneruskan persekolahan atau pengajian dan meningkatkan ekonomi keluarga. Malangnya, bukan saja perempuan muda yang berkahwin tidak dijaga kebajikannya, tetapi wanita dewasa juga banyak mengalami masalah kebajikan mereka terabai.

Tiada pembelaan yang baik kepada pasangan berkahwin sehingga mencatatkan indeks perceraian yang tinggi akibat tiada persefahaman. Kursus praperkahwinan kepada bakal pengantin tidak membekalkan ilmu yang patut mereka miliki untuk melayari bahtera perkahwinan.

Saya berpandangan walau apapun keadaannya, dalam setiap tindakan kita janganlah sampai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Setiap pandangan kita hendaklah digarap berteraskan kepada agama.


penulis: Zainul Rijal Abu Bakar (Peguam Syarie)

sumber:

21 December 2010

Bersama Teman Ke Tambunan

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah kerana sekali lagi aku dapat keluar menikmati keindahan bumi bersama teman-temanku yang kesemuanya sangat menggembirakan. Kami adalah kawan yg baik sejak di bangku sekolah dahulu.

Pada awalnya, kami agak takut oleh sebab sehari sebelum itu ada satu kemalangan yg berlaku di jalan Tambunan tersebut yg meragut nyawa 4 orang. Jadi, kami hanya tawakal kepada Allah supaya kami diberi keselamatan pergi dan balik. Alhamdulillah, kami selamat..

Selama tiga hari dua malam kami berada di bumi Tambunan, Sabah yang amat sejuk. Banyak tempat yg kami lawati antaranya Air Terjun Mahua, Sungai Kinasagaran, TVRC & byk lagi...

Terima Kasih kpd sahabat kami, Mariedah @ Cgu.Mariedah, Kak Nurul, Us. Zainuddin & juga Cgu.Ramlin serta anak-anaknya yg comel...Semoga Allah memberi kalian rezeki yg melimpah-limpah...Amin.

Sepanjang kebersamaan kami di sana, byk yg telah kami kongsi bersama. Sudah namanya holiday, so tiada masa utk bersedih & berduka. Apa yg kami tahu, kami sangat gembira & enjoy ketika berada di sana..

Aini & Zila...gembira sakan.


Gossip Time...haha


Teruja dgn keindahan alam...


ni la sg.spinx...nama baru...huhu


Air yg sgt sejuk...indahkan?...hehe


19 December 2010

Hassan Basrie: Tangguh bayar denda


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie terselamat daripada hukuman penjara 42 bulan setelah Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pembayaran denda berjumlah RM210,000 yang dikenakan Selasa lalu.

Hakim Tan Hooi Leng membuat keputusan itu setelah mengambil kira perkhidmatan tertuduh selama 30 tahun dan kerjasama yang diberikan sepanjang perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya.

Katanya, mahkamah membenarkan Hassan Basri menangguhkan pembayaran denda tersebut sehingga proses rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi di sini.

Hooi Leng juga memerintahkan Hassan Basri menandatangani bon jaminan dan hadir bersama seorang penjamin, selain pasport antarabangsanya disimpan oleh mahkamah.

Keluarga Hassan Basri bersetuju melunaskan RM25,000 hari ini sebagai wang pendahuluan daripada denda keseluruhan yang dikenakan.

Mahkamah juga memerintahkan wang jaminan sebelum ini dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang perlu dibayar hari ini.

Hooi Leng membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam Ranjit Singh Sandhu dan Beldip Singh yang memohon mahkamah membenarkan pembayaran denda berjumlah RM210,000 dibayar secara ansuran dalam tempoh satu bulan.

Ranjit dalam permohonannya berkata, Hassan Basri tidak dapat menjelaskan denda dalam tempoh tersebut kerana anak guamnya itu perlu mencagarkan rumah dan tanah untuk mendapatkan wang.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib membantah permohonan itu.

''Perbuatan rasuah itu merupakan kes yang serius dan bukan setakat memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi bakal-bakal pesalah rasuah yang lain,'' katanya.

Pada 14 Disember lalu, Hassan Basri dihukum penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atau penjara 42 bulan selepas disabitkan terhadap tujuh pertuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hassan Basri, 56, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa atas tuduhan rasuah hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana tiga daripada hukuman tersebut berjalan serentak.

Hooi Leng menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Hassan Basri menghadapi tujuh pertuduhan rasuah di antara 7 Ogos 2007, 15 Ogos 2007, 17 Ogos 2007 dan 6 September 2007 kerana meminta wang suapan di antara RM1,100 hingga RM20,000 bagi kes jenayah syariah.



14 December 2010

Maaf: Dendam yang Terindah



Setiap kali kita melakukan kesilapan atau kesalahan pasti kita akan merasa bersalah. Syukurlah jika kita dimaafkan. Namun jika sebaliknya, dendam yang akan mewarnai kehidupan kita. Inilah yang pahit dan perit.

Memberi maaf adalah sifat yang paling mulia selain darjat seseorang akan diangkat oleh Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT dan Rasul-NYA berpesan:

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf ayat 199.

“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” Riwayat Muslim.

Sekiranya kita bersalah, memohon maaflah dengan segera. Biarkan ia menjadi tradisi kita sehari-hari. Kemanisannya akan membuatkan hubungan menjadi lebih indah dan tenang.

Jika kita berdendam, leraikanlah ia dengan memberi kemaafan kerana sebaik-baik dan dendam yang terindah itu adalah kemaafan. Hanya inilah yang akan membuatkan hidup jadi tenang. Beringatlah kerana setiap orang pasti tidak luput dari melakukan kesilapan.

Akhir kata, renungkanlah..: “Jadilah seperti pohon epal, walau dilempar batu, ia tetap menjatuhkan buah yang manis”.

13 December 2010

Siti Maryam: Hak Saya Untuk Kahwin




"Perkahwinan adalah hak individu dan saya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri" Siti Maryam Mahmood, 14 tahun.
"Saya sudah fikir tentang tanggungjawab dan akibat kahwin muda" tambah gadis ini ketika mengulas tentang perkahwinannya bersama seorang ustaz yang mengajar kelas tuisyen, Abdul manan Othman, 23 tahun.
Mengikut apa yang dijelaskannya, perkahwinan tersebut telah mendapat keizinan daripada kedua-dua pihak ibubapa pasangan ini.
Apa yang menarik perhatian saya apabila anak gadis ini berkata: "Anak gadis tidak terhalang dari mengembangkan potensi diri setelah menikah di umur yang awal malahan mereka boleh menjadi matang apabila berkahwin".

06 December 2010

AWAL MUHARRAM 1432H



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".


...DOA AKHIR TAHUN...


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



...DOA AWAL TAHUN...



p/s: semoga umur kita diberkati Allah SWT....amin..

05 December 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?




Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Sumber : Harakahdaily


04 December 2010

Silly Laws Around The World II


France: 

- It is illegal to name a pig 'Napoleon';

- Between 8 a.m and 8 p.m, 70% of the music on the radio must belong to French artists;

- It is illegal to sell a doll whose face does not look like the human face. 


Australia:

- Although it is illegal for children to buy cigarettes, condoms and alcohol, it is legal to use them.

- It is illegal to wear black clothes, felt shoes and slippers when you walk on the streets. These items are worn by thieves;

- It is illegal to dress up like Batman;


Finland: 

Donald Duck was once banned for not wearing pants.


USA: 

- Impotence is the reason of divorce in 24 states;

- In Illinois, it is illegal to speak English. The official recognized language is American;

- In Oxford, Ohio, it is still illegal for a woman to undress in front of a picture with a man;

- In Indiana, in 1950, everything that was related to Robin Hood was forbidden. Robin's idea of taking money from the rich and give to the poor was considered a communist idea.


Thailand: 

- If you drop a chewing gum on the street, you can pay the fine up to $ 600;

- All those who go to the cinema are compelled to stand up before the movie starts while singing the national anthem.


United Kingdom: 

- It is illegal to die in the House of Parliament. The reason is that theoretically, who dies between the walls of the House, must be automatically buried under the royal sign.

- The head of any dead whale found on the British coast becomes automatically the propriety of the king. The whale tale is the property of the Queen.

- It is legal to kill a Scottish if you find him in the old town area, but only if he carries an arc with arrows.