Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT yg telah memberikan kekuatan kpd kita smua mnghadapi 3 hari exam berturut-turut pd minggu lepas dan pd minggu ini 4 hari berturut-turut tanpa sebarang masalah. Bersyukur juga di sepanjang exam berjalan, tiada masalah yang dihadapi dan jika ada pun hanya terlalu kecil.
Apa yg harus kita lakukan sekarang adalah bertawakal kepada Allah SWT. Mudah-mudahan usaha dan apa yang kita curahkan di atas kertas-kertas jawapan kita akan mendapat keberkatan seterusnya mendapat markah yg tinggi spertimana yg kita harapkan..
Sebenarnya, exam bukanlah satu perkara yg penting untuk menilai sejauh mana tahap pemahaman kita, apa yang penting dari smua ini adalah cara kita menghadapinya dan bagaimana perhubungan kita bersama rakan-rakan ketika mengulangkaji pelajaran tersebut. Dari sana terbitnya ukhwah antara rakan-rakan yang mungkin pada suatu hari ianya tidak mungkin dilupakan.
Apapun yang telah terjadi, bertawakallah kepada Allah SWT kerana Dialah yang Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya. Jangan mudah berputus asa hanya kerana tidak mampu memberikan yang terbaik pada exam kali ini, cukuplah dengan usaha yang keras dan doa yang banyak mengiringi kejayaan kita di masa akan datang.
Firman Allah yang bermaksud:
“…Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 23)
Semoga mendapat kejayaan yg cemerlang pd exam kali ini...:)
No comments:
Post a Comment