23 December 2010

Boring! Bosan!

Ada suara yang mengungkapkan ; "Boring la hidup ni" kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dari hidupnya.

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak cukup. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah).

Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah" Surah Al-Dhariyat ayat 56.

Allah juga berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Surah al-Baqarah ayat 30.

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.




sumber:
Majalah Solusi Edisi 26

No comments:

Post a Comment