Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah swt atas rezeki yang diberikan ke atas kita. Sebelum itu, aku ingin mengambil kesempatan untuk ucap tahniah kepada sahabat-sahabat seperjuanganku yang telah meraih result “YANG INDAH” pada semester lepas (kejayaan ditafsirkan dengan berjaya tersenarai dalam anugerah dekan). Buat yang belum meraihnya, jangan bimbang kerana sesungguhnya kita punya masa untuk meraihnya suatu hari nanti.
Kali ini aku ingin berbicara tentang erti sebenar pencapaian atau kejayaan yang kita miliki dalam hidup. Semua orang memang mengimpikan kejayaan, tetapi yang bezakan kita adalah usaha, kerana usaha itulah yang akan membuat suatu perbezaan antara kita dan orang sekeliling.
Dalam merungkai erti pencapaian, Albert Enstein sendiri ada berpesan: “Jangan pernah berpuashati dengan pencapaian, tetapi berpuashatilah dengan usaha.”
Dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang seseorang hamba itu akan diberi atas apa yang dia usahakan. “Baginya apa yang diusahakan, dan keatasnya apa yang dia usahakan”.
Jelas apa yang digariskan menunjukkan bahawa apa yang kita usahakan maka itulah hasil yang kita akan terima. Ringkasnya, jika kita berusaha lebih, maka kita akan dapat lebih dan begitulah sebaliknya.
Namun, ada juga yang meraih sebaliknya iaitu dia telah berusaha keras, tetapi hasilnya amat tipis. Mengapa? Mungkin ada kesilapan dalam meraihnya atau mungkin juga Allah swt ingin mengujinya.
Sebenarnya, apa yang kita usahakan tidak selalunya akan kita raih apabila tiba hasilnya. Hidup dicipta atas takdir dan kehendak Allah swt. Allah lah yang Maha Agung dan Pengatur terbaik di dalam hidup. Dialah yang akan berikan atas apa yang kita inginkan.
Mari kita renungkan. Jika seorang hamba ini telah berusaha keras dan akhirnya tidak mendapat apa yang diimpikannya iaitu kejayaan. Padahal jika kita lihat, dialah yang akan meraih kejayaan tersebut. Mengapa ini terjadi??
Kita adalah manusia yang dipenuhi dengan setiap inci perasaan. Jika kita diberikan kesenangan, syukur jika kita masih ingatkan Allah, namun jika sebaliknya amat menyedihkan.
Begitulah juga dengan kejayaan. Allah tidak mahu kita merasa bangga dan memikirkan kitalah yang patut meraih atas apa yang kita usahakan tanpa memikirkan bahawa setiap sesuatu adalah atas takdir dan kehendakNYA. Bila kita didatangkan kejayaan atas usaha keras itu, kita akan terus yakin bahawa apa yang kita usahakan itulah penentu kejayaan. Inilah yang membuatkan kita lari dari kekuasaan Allah yang sebenarnya.
Begitulah juga dengan kejayaan. Allah tidak mahu kita merasa bangga dan memikirkan kitalah yang patut meraih atas apa yang kita usahakan tanpa memikirkan bahawa setiap sesuatu adalah atas takdir dan kehendakNYA. Bila kita didatangkan kejayaan atas usaha keras itu, kita akan terus yakin bahawa apa yang kita usahakan itulah penentu kejayaan. Inilah yang membuatkan kita lari dari kekuasaan Allah yang sebenarnya.
Ingatlah, Allah swt adalah Pengatur kejadian. Takdir dan kehendak akan sesuatu di bawah kuasaNYA. Allah ingin tunjukkan kepada kita bahawa kasih sayangNYA penuh berhikmah. Allah ingin menjaga kita supaya kita tidak jauh dariNYA. Betapa agungnya kasih sayang Allah pada kita......subhanallah..
Maka kita haruslah percaya bahawa setiap sesuatu di dalam hidup ini adalah di bawah kekuasaan Allah swt. Allah datangkan selari dengan apa yang kita inginkan. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
p/s: Sebenarnya, perkara yang indah bukanlah apa yang kita raih, tetapi cara bagaimana kita meraihnya....
No comments:
Post a Comment