23 December 2010

Dicinta & Dibenci Allah s.w.t

Dalam sebuah Hadis Qudsi, disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dicintai Allah s.w.t iaitu:
  1. Orang yang tawaduk, tetapi Allah sangat menyintai orang kaya yang tawaduk.
  2. Orang yang pemurah, tetapi Allah sangat menyintai orang miskin yang pemurah.
  3. Orang yang bertaubat, tetapi Allah amat menyintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah s.w.t iaitu;
  1. Orang yang takabbur, tetapi Allah amat benci dengan orang kaya yang takabbur.
  2. Orang yang bakhil, tetapi Allah sangat benci dengan orang kaya yang bakhil.
  3. Orang yang tidak mahu bertaubat, tetapi Allah sangat benci dengan orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al-Hakim berpesan;

“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu;

  • Apabila solat, jagalah baik-baik fikiranmu.
  • Apabila bertandang ke rumah orang, jagalah pandanganmu.
  • Apabila berada di majlis, jagalah lidahmu.
  • Ingatlah kepada Allah s.w.t sepanjang masa.
  • Ingatlah akan mati, iaitu bersedia menghadapinya.
  • Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
  • Lupakan kesalahan orang lain terhadapmu.

Imam syafie pula berkata;
                “Daripada keelokan islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna kepadanya.”

Apa yang dapat disimpulkan disini bahawa sebagai seorang muslim kita haruslah bersikap tawaduk dan pemurah. Sekiranya kita pernah melakukan kesalahan, segeralah bertaubat kerana pintu taubat tidak pernah tertutup buat hambaNYA melainkan tibanya hari kiamat.

Bersama-sama kita tinggalkan perkara yang tidak berfaedah kepada diri kita. Masa yang ada seharusnya kita pergunakan dengan sebaiknya, dan pastinya dengan mengingati Allah s.w.t.


p/s: semoga kita tergolong dalam golongan yg dicintaiNYA...amin

No comments:

Post a Comment