Alexanderwathern berkata:
Rumahmu banyak tingkap. Lihatlah ke luar dari semua tingkap.
Sebagai seorang student, kita sepatutnya melihat sesuatu perkara dengan kacamata yang lebih luas. Jangan terlalu berpegang kepada sesuatu prinsip. Jangan terhadkan pemikiran. Kembangkan idea dengan melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Guna kemudahan yang ada dan jangan anggap kekurangan adalah satu halangan.
Adakalanya, kita harus berpegang kuat seutuh yang boleh kpd prinsip dan adakalanya kita harus mengalah utk melihat dari perspektif yg lain. Contohnya jika kita ingin beri kepuasan dan keadilan kepada pihak lain, kepentingan yg besar harus mengatasi kepentingan yg kecil.
Sebagai masyarakat yg hidup dalam sfera politik antara pihak penyokong dan pembangkang, kita harus bijak menilai. Membuka minda seluas-luasnya untuk mentafsir sesuatu kejadian di sekeliling. Jangan mudah termakan dengan apa yang dilemparkan dan jangan pula mudah menyebarkan perkara yang tiada asasnya. Inilah yang sangat penting bagi masyarakat seperti kita.
Apapun hakikatnya, kita harus matang dalam menilai setiap inci kejadian yang berlaku di sekeliling kita kerana apa yang kita percayai maka itulah yang membuatkan kita berpegang kepadanya dan dari situlah bermulanya kekuatan pandangan kita terhadap sesuatu perkara.
p/s: jadi pembangkang bukan bererti ingin menjatuhkan....
No comments:
Post a Comment