01 December 2010

Isu Victoria: Permohonan MAIWP



Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membatalkan tuntutan seorang peguam wanita bukan Islam yang mahu menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan akan didengar di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada 21 Februari depan. Peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili MAIWP berkata, sekiranya permohonan anak guamnya untuk membatalkan tuntutan Victoria Jayaseele Martin, ditolak maka mahkamah akan mendengar merit kes tersebut.

Pada 14 Mei lalu, Hakim Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria membuat semakan kehakiman supaya satu perintah mandamus (bagi memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) dikeluarkan untuk mendesak MAIWP menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan beragama Islam.

Ini kes pertama di ibu negara melibatkan seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran mencabar keputusan hanya peguam beragama Islam boleh bertugas sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Mei lalu, Victoria antara lain menuntut perintah membatalkan keputusan MAIWP yang menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu perisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993 yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) kepada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 dan kaedah itu juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



sumber:


No comments:

Post a Comment